Friday, 19 October 2012

Muhammad Aaron Mikhail


Assalamualaikum peeps! 


Dah lama rasanya tak update blog.  Syiera tersangat la busy sekarang ni. Sorry sangat kepada sesiapa yang jemput syiera join giveaway, contest and so on sebab syiera tak dapat nak join buat masa sekarang..  So SOORRY DEAR. BTW, thanks a lots sebab invite! Boleh dikatakan every week mesti ada assignment. OMG, stress mak jah macam nih! Hehehe..  Sedar tak sedar dah masuk bulan Oktober dah. Which means dah hampir sebulan syiera semester lima. Alhamdulillah, sekejap ja masa berlalu. Same goes to my nephew. Yihaaa !

Muhammad Aaron Mikhail dilahirkan secara normal pada 16 Oktober 2012 pukul 4.40 petang. Seberat 2.8 kilogram. Masa akak syiera nak bersalin syiera tak ada dekat hospital. So, tak dapat la nak rasa detik detik cemas tuh. Bila dengar ja akak cerita on how dia nak deliver baby Aaron, like seriously terasa macam betapa besarnya pengorbanan mak semasa nak lahirkan syiera. Sekarang mungkin dengar ja cerita, esok bila dah tiba turn syiera baru la tau pengalaman tu. Gitu ? Mula dah berangan nak kahwin. Aiceh. K, stop membebel. Hahaha jom la tengok pic Aaron.


Alo lo omey betul baby Aaron mak lang ni ;)

 Aaron dengan mak lang diaa laaa. Hok oloh.

BTW, Selamat Hari Raya Aidiladha everyoneee ;D 


Saturday, 15 September 2012

Maru Cat Si Pencinta Kotak


 Maru merupakan seekor kucing comel yang sangat FAMOUS di YoutubeSetiap satu video Maru menerima purata 1 000 000 pengunjung, dan sekarang, satu dunia telah mengenali Maru sebagai seekor kucing yang dapat buat orang tersenyum. Yang unik tentang Maru ni, Maru ni peminat kotak rupanya. Tak kira la kotak apa pun sama ada kotak kasut, kotak tisu, semua Maru nak masuk jugak. Kucing ni memang obses gila dengan kotak. Hahaha.


Untuk lihat video beliau yang comel tahap gaban ni, boleh la membuat carian account you tube iaitu  mugumogu. Mesti ampa semua tergelak-gelak plus plus terasa macam nak picit je gegula kapas ni kan. Kalau ampa semua nak tahu, owner si Maru ni ada create website untuk dia. Nak tengok? PICIT SINI. Tapi website ni ditulis dalam bahasa Jepun. Pandai-pandai la ek nak faham macam mana. Hehehe. Jom kita terjah gambar  gegula kapas ni.


" bergolek-golek dalam kotak memang hobi saya "


 " Sempit tapi saya tetap nak tido dalam kotak jugak! "


 " Cak! Saya tahu saya memang comel. K bye! "


Saturday, 1 September 2012

Merdeka everyonee..


Assalamualaikum..

Alhamdulillah kita semua dah 55 tahun merdeka. Bersyukur tak? Haruslah bersyukur. Negara kita aman damai. Rakyat yang makmur berbilang kaum. Susah nak cari negara macam kita. Only in Malaysia. Be proud Malaysians ;D 

Lokasi: Dewan Perdana, Uitm Kedah.

" Alhamdulillah malam sebelum kita menyambut kemerdekaan telah diadakan majlis yang mulia ini. Semua pelajar dan staff menunaikan sujud munajat ambang merdeka. "

ANYWAY, HAPPY MERDEKA EVERYONE !!! 



Wednesday, 29 August 2012

WORDLESS WEDNESDAY : Jom Kejar 3 Pointer !!

Assalamualaikum


5 HB SEPTEMBER ni syiera dah start final untuk intersession. Kecut perut aih nak exam. Hope dapat jawab la kan. Doakan syiera okay. Nervous kita. Kepada adik adik yang sedang struggle untuk trial SPM , good luck okay. Buat yang terbaik. Jangan hampakan mak ayah. Make them proud of you.

Dear Najwa Latif, awak tu nak SPM, cipta lah lagu "CINTA PADA BUKU" bukan "CINTA MUKA BUKU". Barulah awak ada di "CARTA HATI" cikgu cikgu. Kalau tak nanti exam dapat "KOSONG" jeee..

Hehehehe. kidding. okay. byee ;D




Sunday, 26 August 2012

UiTM Dihatiku..Eh?

Assalamualaikum.. 


Alhamdulillah, kita semua dah menyambut lebaran. Rasanya tak terlambat syiera nak mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua. Maaf zahir dan batin. Camana collection duit raya okay tak? Bertambah ke tak? Syiera biasa biasa ja. Biasa la, dah tua siapa sangat la nak kasi kan. Anyway, selamat berpuasa kepada yang berpuasa enam. Hewhew hebat la ampa. Puasa lagi. Alhamdulillah ;)

Eh, dah nak masuk bulan September dah? Cepatnya masa berlalu kan. Terasa sekejap ja. Hurmm, bila dah masuk bulan september ni terasa berat hati pulak. Kenapa? Kenapa?

NI SEBABNYA....

9hb September~ Syiera dah nak masuk semester lima. Rasa macam tak ready lagi nak struggle study balik. Cuti tak cukup maaa. Mohon postpone tarikh masuk. Hahahaha I wish... Result baru baru ni alhamdulillah, lebih daripada yang syira expect. Akhirnyaa.. baru nak rasa semua nii :D

ANYWAY.... :)

16hb September~ Ada apa dengan tarikh ni? Actually,  ni tarikh birthday my capital F. Dah tua dah ahjussi tu. Hahahhaa... saja la nak bahan dia nanti. Syiera ni tak tau sangat hadiah apa yang sesuai untuk lelaki. Korang suggest la kalau rasa ada yang sesuai. Selalu belikan dia baju, kasut bola etc. Other than that, dah tak tau dah. hehehehe ^___^

Tuesday, 14 August 2012

Si Kidal Yang Kepoh..


Assalamualaikum...

Statistik- Hasil daripada kajian yang telah dilakukan, orang yang menggunakan tangan kiri atau lebih dikenali dengan nama panggilan kidal adalah 15% daripada jumlah keseluruhan manusia di dunia. Disebabkan faktor inilah sekiranya dilihat banyak peralatan dicipta memberi keutamaan kepada orang yang menggunakan tangan kanan yang mewakili majoriti.


Punca tangan kidal- Punca seseorang cenderung untuk menjadi kidal tidak dapat dijelaskan dengan nyata. Ada pakar yang menyatakan bahawa faktor ini disebabkan oleh genetik dan keadaan persekitaran. Tetapi kidal tidak semestinya berlatar belakangkan keluarga, ada juga sesetengah keadaan dimana hanya seorang sahaja yang kidal didalam keluarga tersebut. Antara teori lain yang menyatakan punca kidal adalah disebabkan tekanan hormon testoran yang tinggi ketika bayi didalam kandungan.


Kelebihan – Seorang yang menggunakan tangan kiri dikatakan mampu berfikir dengan lebih cepat jika dibandingkan dengan orang yang menggunakan tangan kanan. Selain daripada itu, hasil daripada kajian yang telah dilakukan oleh Dr Alan Searleman St. Lawrence juga mendapati bahawa tahap IQ orang yang menggunakan tangan kiri adalah lebih tinggi. Kelebihan untuk orang yang menggunakan tangan kanan pula adalah stigma pemikiran masyarakat terhadap mereka adalah lebih positif. Selain itu, orang yang menggunakan tangan kanan juga mudah untuk menggunakan pelbagai peralatan

.

klik untuk tumbubesaran :D



 well aku ada kawan yang kidal. nama dia cik lienda. abaikan tajuk entry tu sebab tu nama pesbuk dia la tu. hehe. indeed dia memang menulis laju. bak cakap lecturer aku orang yg pantas menulis sesuai untuk keja sbgai setiausaha. cewahh lepas ni boleh la apply. hehhehe.. In fact, capital F pun kidal jugak. rata rata memang si kidal penulis yang cepat. how's amazing is that huh? aku pun tak mampu aih nak speed menulis. hurmm kat dalam dunia tak banyak kan alat or benda yang memang khusus untuk orang left handed. mungkin satu hari nanti..

 cik lienda. sumber: curik dr pesbuk
 anyway, raya dah nak dekat. satu haappaa pun aku tak prepare lagi. sibuk dengan study. lepas raya dah nak exam T_____T .. *sigh.. meroyan aku nak kena struggle study  time raya. hurm its okay pengorbanan kan..okay till then papai.. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Sunday, 12 August 2012

Kucing haiwan yang bersih..

Assalamualaikum


Nabi Muhammad S.A.W. menekankan di dalam beberapa hadisnya bahawa kucing itu bukanlah najis. Malah dibolehkan untuk berwudhu' menggunakan air bekas minum kucing kerana dianggap tidak kotor. Kenapa Rasulullah Saw berani mengatakan bahawa kucing suci dan tidak tergolong dalam lingkungan najis? Bagaimana Rasullualh tahu pada badan kucing tidak terdapat najis? Sebenarnya pada kulit kucing terdapat otot yang berfungsi untuk menolak sel bakteria. Otot kucing itu juga dapat disesuaikan dengan sentuhan otot manusia. Pada permukaan lidah kucing ditutupi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini bengkok menguncup seperti kikir atau gergaji.
  
Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit. Ketika kucing minum, tidak ada setitis pun cairan yang jatuh dari lidahnya. Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya. Telah dilakukan berbagai penyelidikan terhadap kucing dan berbagai perbezaan usia, perbezaan posisi kulit, punggung, bahagian dalam telapak kaki, pelindung mulut, dan ekor. Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan pengambilan sampel dengan usapan. Di samping itu, dilakukan juga penanaman kuman pada bahagian-bahagian khusus.

Hadis Kabsyah binti Ka’b bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah, masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhu. Pada masa itu, datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air di bejana sampai kucing itu minum. Kabsyah berkata, “Perhatikanlah.” Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan?” Ia menjawab, “Ya.” Lalu, Abu Qatadah berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda, “Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan),” (HR At-Tirmidzi, An-Nasa’i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah)

ni Ryan si lionnn sayaaa. comel dak? k baiiii ;) 






Monday, 30 July 2012

rahsia kucing makan rumput


Assalamualaikum 


RAHSIA KUCING MAKAN RUMPUT
  • Untuk buang gumpalan bulu dalam perut. Dengan cara memuntahkan semula rumput yang dimakan bersama2 dengan gumpalan bulu/tulang ikan. Perut kucing akan lebih selesa jika memuntahkan semula gumpalan bulu/tulang ikan tersebut.
  • Untuk diet selain daripada makanan ruji
  • Untuk sistem penghadaman atau pencernaan, kucing perlukan fiber dari rumput untuk penghadaman mereka supaya lebih lancar
  • Klorofil dari rumput ini membantu pernafasan kucing supaya lebih lancar. Disamping mempunyai vitamin dan tidak seperti rumput biasa.





warna kulit bukan ukuran..

Assalamualaikum..


 hai semua. dah makan? hehehe.. bulan puasa mana makan kan. hehehehe..
haaa.. syiera cukup pantang kalau ada orang yg suka sangat kategorikan org lain.
macam tajuk entry kita, warna kulit. tak kisah la dia hitam ke putih ke apa masalahnya yg korang nak cakap dia tak cantik? Look, walaupun dia kulit dia hitam but still dia cantik. ini fakta okay. sebab ramai juga di kalangan lelaki yg menginginkan teman wanita yang putih gebu. yang berkulit agak gelap di tolak tepi.

kesian kan kalau kita kategorikan orang macam tu. Hello, setiap manusia dalam dunia ni ada keistimewaan dia yang tersendiri. cuba anda bayangkan kalau perempuan tu putih, dia nampak cantik but then kalau bayangkan dia dalam ton kulit yang lebih hitam, so dia pun mesti sama ja kategori dengan perempuan berkulit gelap. 

 once dulu kawan syiera selalu kena kutuk sebab dia berkulit gelap. chill la, standard maa kalau budak sekolah aktif dalam sport then kulit muka burn skit. tu pun nak dijadikan bahan ketawa. setiap kali beliau masuk kelas mesti dia kena kutuk. yang kelakarnya diorang suka nyanyikan lagu Melly Goeslow soudtrack filem Tentang Dia tu. Kan lagu tu ada bait bait " sehitam langit di angkasa blah blah.... ". dengar je perkataan hitam tu beliau mesti ase nak mengamuk.  

chill la, tak kira la dia kulit gelap ke putih ke what don't kita berkawan ja. jangan letakkan warna kulit sebagai ukuran. ketahui lah semua makhluk Allah SWT ni semuanya indah indah belaka. tak bezanya antara kita. seriously, bear in your mind guys. eh, ada je orang berkulit gelap yang lawa. nak bukti ? tengok di bawah. ^_______^

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
v

 
tyra banks 
 
 rihanna


Sunday, 29 July 2012

1st Giveaway Superb Simple By : Yanna

MENANG HADIAH BLOG TERKEMAS!!
Assalamualaikum. 

hari ni terbuka hati nak join giveaway blog comel ni. haha
kalau semua nak join boleh sebab due date lambat lagi.

 

alo lo comei ja banner kan.
so tunggu apa lagi? lai lai join. ketuk banner tu utk join :) 

Saturday, 28 July 2012

Love You ;)


The world is full of beautiful things like YOU. Thanks Capital F. 






Monday, 23 July 2012

Ramadan Datang Lagi..



Assalamualaikum :)


Alhamdulillah dah masuk hari ketiga kita berpuasa kan.  Ameen. Dapat juga kita menjalani ibadah puasa. *Harapnya penuh la bulan ni ye. Insyaallah. Siapa tak puasa tak dapat duit raya. Hik hik.
Ramadan kali ni syiera tak dapat nak berbuka puasa dengan keluarga macam tahun sebelum ni.
Kenapa? Sebabnya syiera buat intersesi di universiti. In a simple word, short semester.
Intersesi ni sebulan je jadinya sepanjang bulan ramadan syiera kena struggle study. 
Boleh dikatakan, tahun ni raya pun takkan meriah sangat sebab syiera kena study.
Sebabnya selepas raya terus final exam. sob sob sob.. Its okay. pengorbanan ni. Hope semua akan berjalan dengan lancar. Doakan syiera okay. Mungkin nanti Facebook, Twitter syiera dll akan sunyi pasni sebab syiera tak sempat nak update sangat. Then kalau syiera tak reply tu harap maklum la ye. *susun jari minta maaf ;)

Apa lagi ek? Oh ya tadi syiera ada tonton Best In World. Episode two. Credit to 8TV. Rancangan ni pasal travel show sambil makan makan. Alah, macam jalan jalan cari makan tu. Astagfirullah al azim.. bulan puasa ni tgok cita macam tu pulak. tergugat iman aihhh. Hahahhahaha... Yang menarik perhatian syiera adalah dengan menu di Seremban iaitu Mee Goreng Bodo. Seriously nama dia bodo. Kelakar kan? Yang makan tu pandai la. Haha. Nama menu yang unik. Mungkin disebabkan mee goreng tu semata mata mee sahaja without ayam, daging and etc. Thats why la dipanggil mee goreng bodo. I think you should take a look at that episode. Sumpah tergelak gelak tengok. Lastly, tadi syiera ada tengok video perkahwinan pasangan pengantin muda. si suami berumur 16 y/o btw isterinya baru 14 y/o. Can you believe it? Serious. So sweet couple ni. Cepat ja jodoh depa sampai. Barakallah. Nak tengok? Ketuk sini.

till then, tata. Komban wa mina san.

May the Ramadan bring you peace and prosperity, good health and wealth, and brighten your life forever. Ameen   

Wednesday, 18 July 2012

Farah Oh Farah..

Assalamualaikum

Farah ni siapa ni?  Kakak farah umaina sila jangan perasan. Hahaha. Dia ialah cik housemate. Nama beliau Farah Zawani. No ic blablabla.. xtau pun sebenarnya. Hahahaha. Pelajar jurusan Islamic Banking..Umur ala.. ermm..20 an.. marah dia kalau citer pasal bab umur ni. Hihi.

Macamana boleh kenal makhluk Allah ni?

Citer ni bermula bila kami gadis gadis hot sentap 342A tercari-cari housemate baru. Kebetulan nak kata jodoh di situ, Farah pun tgh cari rumah sewa. So kita semua setuju la terima dia. Haip, sebelum nk terima tu kami siap interview dulu. Nak tengok pass ke idok. Soalan pertama yang kami semua tanya “ dia ni gila gila dak?”. Kenapa tanya mcm tu. Haa...sbb kami semua ni agak kepoh dan masuk air skit.  Kalau la farah ni jenis skema taman acane tu? Boleh imagine tak suasana umah kami. *bunyi cengkerik

Perangai dia macamana?

Beliau tersangat la sporting. Happy-go-lucky orangnya.  In a simple word, ngam la dengan kami semua. FYI dia ni pandai menjahit manik. Sangat la rajin menjahit manik sampaikan tali kad matrik pun dia jahit manik. Kau.. mampu ke? Hihi. Kalau aku ke, memang tak dak masa la nak menjahit. Apa tah lagi nak jahit benda cinonek ( kecik, jangan kata aku mencarut plak. Haha). So sapa sapa nak tempah jahit manik boleh cari dia di talian 019 tekan tekan tak dapat. Tetttttt. So farah dah kaya jangan lupa kami. Dah tolong pomot ni. Ahahahaha.

Selang sebaris, dia suka makan. Personally la yang aku perasan. Suka makan bukan bermakna makan banyak. Two different things. Harap maklum. Maksud aku, dia banyak info tempat makan yang best best kat sungai petani. Aku yang zahirnya asal sini pun tak tau sangat. Puii termalu di situ. Hahahah. Yang penting dia memang minat karok. Sama la jugak mcm kami semua. bila dia nyanyi lagu “hukum karma” memang power. Teringat aku kat seseorang tu bila dia nyanyi lagu tu sebab sangat sesuai. *ampa mesti tau sapa kannn . Hikhikhik.

Selang sebaris lagi, dia sangat sayangkan si tua putih. Sapa putih plak dah ni. Putih ni seekor kucing. Sikit sikit cedera parah. Ntah mana datang mai umah sewa kami. So kami pun merawat la. ingat dah okay, nk blah la rupanya melekat sampai skrg. Hahaha putih ni dulu aku panggil dia malik \watak aoran aziz/. Sebab gangster muka. Harap muka ja ganas tapi kalah bila kena gomoi. APTB. Hahaha muka putih ni memang stone. Usha panas ja. Panggg haa bru tau. Tapikan kan nak habaq ni. Si putih ni rapat gila dgn ain. Dgn lin lagi rapat. Siap lena ataih tilam lin habaq mai. \terasa diri ni nak kena maki jugak nanti/. Hahahaha. Farah memang syg gila kat dia. Kalau puith tak balik umah meroyan la dia. Untung la kau putih. Dah la menumpang, orang sayang pulak.
  

Selepas enam bulan...

Dah mcm drama plak kan..hahaha kami ni gadis gadis hot sentap kena ucap bye bye kat farah sebab dia dah nak praktikal. Which means dia pindah dari umah kami semua. Sedih kan? Ahahaha walaupun kenal dalam  masa yang singkat tapi rasanya mcm dah lama kenal.  We’re gonna miss you after this. A lot. Seriously.. sob sob sob.. kalau datang kedah jangan lupa bertandang ke sini. I wish you good luck for your future. We love you. Muahhhxx. Jom tengok gambar beliau. 
  
                              
   

 comey dak? omey omey kan. okay stop.agak gedik di situ.
dia nak kawin dah. melepas la ampa. hahaha. 

till then bye bye. 

Exclusive Ramadhan Giveaway By Kiera And Eira


assalamualaikum 


bismillah.. kita join. hehehe
dengan jujurnya kita dah follow/like semua sponsor. 
lai lai jom join. hadiah sangat menarik.

ketuk ketuk banner comel tu utk join 



Sunday, 15 July 2012

Hater became Hearter :)


Assalamualaikum.

tajuk enrty memang tak buleh blah kan. Hahahahaha. lama tak update blog nie. 
well, i'm just finished my final exam. Pheww~ dah lepaihh dah semua. lega habaq maii.
bila dah habeh exam ni masa ni la nak layan movie, doing something yg aku tak sempat nk buat etc.
first thing first, aku layan movie. baru ja lepas maraton 3kilometer \ye ye ja/ tengok movie Twilight.
ampa mesti nak cakap aku ketinggalan zaman kan. HAAHAHAHAHA

 seriously, aku tak pernah tengok !!

jakun juga aku ni ann. Boo la boo la. hiks :D
dulu aku tak intend langsung nak tengok. but then bila roomate aku addicted sgt.
so, aku pun minta la tgok. first impression, hmm not bad la. bila dah lama tengok okay okay syioknyaaa..
uhuk uhuk. agak gedik di situ. maafkan saya. uhuk uhuk sekali lagi.
Now aku dok tunggu breaking dawn part two. coming soon.  

 can't wait! hehehehe

apa yang buat aku suka dalam cita ni. BELLA SWAN. 
aku suka attitude dia yang agak kasar, boyish but then bila dah jatuh cinta, dia betul2 sayang kt Edward tu.
hero pontianak tu serius la beb putih sangat. naik silau mata aku kalau dia kena sunlight. Hahaha
Jacob? Pheww~ tuff tu ja boleh cakap. dalam banyak2 wolf tu dia la yg paling comel. Hiks. 

*keep ur mouth close everybody. hehe

Saturday, 7 July 2012

Segmen Bloglist Ramadhan by Adam Zailani


Assalamualaikum :)

hai hai tup tup tup dah masuk bulan julai kan?
kejap ja ase. dah hampir sempurna tahun 2012.
however, bulan ramadhan pun dah nak dekat !!!
excited tak? hehehhe
okay stop membebel. skarang nak cita pasal segmen ni.

 
otototo comel kan banner ni?
thanks to Adam Zailani sebab dah invite saya :)
syarat syarat sangat simple.
rugi kalau tak join. so apa tunggu lagi?
lai lai jom la join. klik banner comel di atas utk buat magik ke blog owner.

anyway saya dah like syarat paling wajib tu.
I am the lucky liker no 193 \lucky ke/

okay then. jangan lupa ikut syarat semuanya.
nota kaki: puasa jangan tak puasa ^_____^ 

Sunday, 24 June 2012

Cakap Orang Lain Penting Tak?


Assalamualaikum.
anneyong haseyo..
lama tak update blog buruk ni.
 pernah tak kena kutuk dengan orang lain?
me? i'm used it. kadang kadang ase macam dah muak.
sometimes orang kutuk kita sebab kita ada kelebihan yg orang xda.
uhhh come on ni la hidup, they will always keep talking about you.
so apa yang patut kena buat? okay, lets discuss!

OPTION ONE: IGNORE THEM.

ignore them. say it again, IGNORE THEM!!
kalau you guys ase kata kata orang hanya nak jatuhkan kita.
please la ampa jangan la peduli sangat.
buang masa ja pikir. lagi pikir lagi sakit hati.
kadang kadang manusia ni tak suka tengok kita lebih.
What a world...
live your life. life is too short to think about everyone else. 

OPTION TWO: CONSIDERATION

okay, dalam idup ni tak suma pandangan tu negatif. right?
so you guys perlu pertimbangkan dulu pendapat orang.
kalau ase itu pandangan yg membina, just accept it.
jangan stereotaip pada semua pandangan tu negatif ja.
think wisely before you act.

so,thats it. you guys dah matang kan. boleh pikir kan yg mana baik dan yg mana buruk.
syira just bg nasihat. hope dapat membantu.
last shout, kepada haters jangan cakap ikut mulut ja.
please take others feelings as ur consideration!
till then. tata :)

Wednesday, 13 June 2012

Contest : Kami BFF(!)



assalamualaikum ;)

klik banner untuk join

comel kan banner ni ?
jom la join contest ni.
gambar yg dipertaruhkan adalah
v
v
v


ni semua roomates aku. bagi aku bersyukur sangat ada kawan macam diorang ni.
perangai lebih kurang mcm aku walaupun kadang2 ada salah faham.
tapi adat la asam garam dalam persahabatan.
okay. harap menang. till then tata.

mangsa tag: dia 

Sunday, 27 May 2012

"SPECIAL POST" UNTUK BUTIK PINKKU



assalamualaikum peeps.


siapa suka online shopping? sila angkat kening kalau suka. Haha.
okay, hari ni kita nak jadi promoter. kita cita sedikit pasal blog butik pinkku ni.
butik ni menawarkan pelbagai barangan spt tudung bawal, purse, beg dan banyak lg. 
harga pun sangat berpatutan. pilihan yang banyak.
so apa tunggu lagi? grab you chance!

klik banner tu untuk ke blog butik pinkku.


Saturday, 26 May 2012

SEGMEN 2: 6 pekara tentang saya


Assalamualaikum :)

 

 hai hai join segmen pulak. heee dah lama sebenarnya tak join segmen ni.
\asyik join giveaway ja kan/

6 perkara tentang saya

1. Sayangkan kucing. pendek kata tak boleh kalau tak da kucing.
2. Tak suka nak marah orang. tapi sekali dah marah teruk kena nanti. Hahaha
3. Suka menyanyi tapi jarang nak expose.sebab..sebab maluuu.. suara tak sedap macam ampa. tetttt.
4. Dulu suka kutuk roomate sebab gila tengok runningman pastu tergelak gelak.sampai aku pening kepala.tapi sekarang aku pulak yang addicted.\kena kat batang hidung sendiri/
5. Dulu masa kecik kena mengorat pastu nangis. Hahaha. Bodo lagi masa tu -_____-"
Mana nak tau pape masa tu. Haishhh. 
6. Eh dah last? okay lastly, aku suka berkawan. walaupun orang kata aku ni macam sombong muka tapi hakikatnya aku ta macam tu. so kalau jumpa kat luar halo halo aku. sure aku halo balik.

Okay dah habis conteng. kalau nak join sila picit banner tu okay.
aku tag semua blogger yang tersangkut kat blog aku ni.
till then, daaaa... 

nak menang hadiah? jom join Sini

Saturday, 28 April 2012

Kenali jenis fobia anda ;D

Assalamualaikum.


Hey semua. O genki desu ka? Sihat ke tak? macam ampa tengok tajuk entry tu. Ampa ada tak fobia atau takut dekat something? Ado ke tidok? Mesti ada kan. Kebanyakan ada yg takut dengan binatang yg kecik kecik contohnya mcm lipas,lipan, cicak dan lain lain lagi. Aku geli ja tengok takut tak pun. Kononnya la kan. Kalau terkejut tengok katak melompat jugak. Hahaha

Ada juga yg fobia dengan orang ramai. Basically orang mcm ni tak boleh ada kat tempat yg crowded. Kemungkinan depa ni boleh panik kalau tengok orang ramai.kesian kan. Macamana la dia hidup hari demi hari. Takkan la nak terperap ja dalam rumah. Melainkan dia duduk dalam gua. Memang tak da orang. Kelawauu banyak la.

Personally, aku selalu takut dengan bunyi guruh atau kilat. Fobia yg aku alami ni dinamakan sebagai Keraunophobia or Ceraunophobia. Banyak lagi sebenarnya istilah saintifik untuk fobia ni. Aku memang tak boleh nak dengar bunyi kilat. automatically mesti tutup telinga tiapkali berbunyi. Orang cakap kalau kilat bunyi jangan tutup telinga nanti pekak. Betul ke? Aku pun tak tau sejauh mana kebenarannya.


To be honest,aku bukan tak pernah cuba buang perasaan takut tu. Pernah jugak tapi bila dengar ja aku mengelabah. At least, aku kena ada someone di sisi aku. Dulu kecik boleh la nak kapok ma. Ni dah dewasa ( dah wanita pun -_____-“ ) kena la tahan. Bertabah ya! Kalau aku tido sorang sorang memang rasa takut yang amat. Habis la aku sembunyi dalam toto. Paling dasyat sembunyi dalam almari. Tapi tu masa aku kecik laa. Dah besar tak buat dah macam tu. Errr..Heeehehehe.. So doakan la aku boleh atasi fobia yg aku alami ni. Amin ;))
So yang mana satu fobia ampa? Untuk tahu jenis fobia ampa sila picit laju laju di sini ;) Okay, till then. Sayonara mina san.

Wednesday, 21 March 2012

SOSEC daebak !!

Assalamualaikum peeps. how are you??
huishh lama tak conteng conteng kat sini.
busy sikit sejak dua menjak nih.
fuhhhh penat sangat semester ni.
universiti kita ada anjurkan event SOSEC.
SOSEC pediaaa la tu. 
bunyi dah macam sosej pun ada kann.
sosec stands for soft skill enhancement camp.
lokasi kita dekat Dusun Resort Kuala Nerang.
bagi aku dusun resort ni sangat menarik.
walaupun agak pendalaman tapi sesuai utk org yang nk release tension.
banyak aktiviti yg kami semua buat. antaranya merempuh halangan.
yang bebudak PLKN dok buat tu.yg menarik perhatian aku masa team building.
kita ada buat fingers king. memula memg aku tak tau apa kejadah la benda ni.
bila dah briefing baru la faham. cool sangat dapat main benda tu.
overall aku berpuas hati dengan kem kali ni. walaupun aku demam masa tu but still aku enjoy!!
jom terjah gambar gambar pulak ;)
ni coach PLKN yg guide kami semua. daebakkk !!

Saturday, 10 March 2012

SEGMEN blogwalking + follow by Syiera

DITUTUP!!!


Assalamualaikum semua. hari ni kita nak buat satu segmen.
segmen blogwalking + follow.
cara nak join senang je.

  • copy & paste banner di atas.
  • buat entry yang bertajuk " SEGMEN blogwalking + follow by Syiera " sebagai tanda yang you all join segmen nie. (linkkan ke blog syiera okay)
  • then tag at least tiga orang. make sure mereka tau. lagi ramai lagi awesome :)
  • lastly tinggalkan link korang dekat comment box syiera.contohnya http://sayasyiera.blogspot.com/2012/02/segmen-blogwalking-follow-by-syiera.html
nota kaki : tarikh tutup adalah pada 12 Mac 2012.  so jom ramai ramai join. :)

KLIK SINI UTK BLOGWALKING + FOLLOW

# setiap contestant yg join, syira akan follow balik. :D


     

    Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

    |Top of page