Wednesday, 29 August 2012

WORDLESS WEDNESDAY : Jom Kejar 3 Pointer !!

Assalamualaikum


5 HB SEPTEMBER ni syiera dah start final untuk intersession. Kecut perut aih nak exam. Hope dapat jawab la kan. Doakan syiera okay. Nervous kita. Kepada adik adik yang sedang struggle untuk trial SPM , good luck okay. Buat yang terbaik. Jangan hampakan mak ayah. Make them proud of you.

Dear Najwa Latif, awak tu nak SPM, cipta lah lagu "CINTA PADA BUKU" bukan "CINTA MUKA BUKU". Barulah awak ada di "CARTA HATI" cikgu cikgu. Kalau tak nanti exam dapat "KOSONG" jeee..

Hehehehe. kidding. okay. byee ;D




Sunday, 26 August 2012

UiTM Dihatiku..Eh?

Assalamualaikum.. 


Alhamdulillah, kita semua dah menyambut lebaran. Rasanya tak terlambat syiera nak mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua. Maaf zahir dan batin. Camana collection duit raya okay tak? Bertambah ke tak? Syiera biasa biasa ja. Biasa la, dah tua siapa sangat la nak kasi kan. Anyway, selamat berpuasa kepada yang berpuasa enam. Hewhew hebat la ampa. Puasa lagi. Alhamdulillah ;)

Eh, dah nak masuk bulan September dah? Cepatnya masa berlalu kan. Terasa sekejap ja. Hurmm, bila dah masuk bulan september ni terasa berat hati pulak. Kenapa? Kenapa?

NI SEBABNYA....

9hb September~ Syiera dah nak masuk semester lima. Rasa macam tak ready lagi nak struggle study balik. Cuti tak cukup maaa. Mohon postpone tarikh masuk. Hahahaha I wish... Result baru baru ni alhamdulillah, lebih daripada yang syira expect. Akhirnyaa.. baru nak rasa semua nii :D

ANYWAY.... :)

16hb September~ Ada apa dengan tarikh ni? Actually,  ni tarikh birthday my capital F. Dah tua dah ahjussi tu. Hahahhaa... saja la nak bahan dia nanti. Syiera ni tak tau sangat hadiah apa yang sesuai untuk lelaki. Korang suggest la kalau rasa ada yang sesuai. Selalu belikan dia baju, kasut bola etc. Other than that, dah tak tau dah. hehehehe ^___^

Tuesday, 14 August 2012

Si Kidal Yang Kepoh..


Assalamualaikum...

Statistik- Hasil daripada kajian yang telah dilakukan, orang yang menggunakan tangan kiri atau lebih dikenali dengan nama panggilan kidal adalah 15% daripada jumlah keseluruhan manusia di dunia. Disebabkan faktor inilah sekiranya dilihat banyak peralatan dicipta memberi keutamaan kepada orang yang menggunakan tangan kanan yang mewakili majoriti.


Punca tangan kidal- Punca seseorang cenderung untuk menjadi kidal tidak dapat dijelaskan dengan nyata. Ada pakar yang menyatakan bahawa faktor ini disebabkan oleh genetik dan keadaan persekitaran. Tetapi kidal tidak semestinya berlatar belakangkan keluarga, ada juga sesetengah keadaan dimana hanya seorang sahaja yang kidal didalam keluarga tersebut. Antara teori lain yang menyatakan punca kidal adalah disebabkan tekanan hormon testoran yang tinggi ketika bayi didalam kandungan.


Kelebihan – Seorang yang menggunakan tangan kiri dikatakan mampu berfikir dengan lebih cepat jika dibandingkan dengan orang yang menggunakan tangan kanan. Selain daripada itu, hasil daripada kajian yang telah dilakukan oleh Dr Alan Searleman St. Lawrence juga mendapati bahawa tahap IQ orang yang menggunakan tangan kiri adalah lebih tinggi. Kelebihan untuk orang yang menggunakan tangan kanan pula adalah stigma pemikiran masyarakat terhadap mereka adalah lebih positif. Selain itu, orang yang menggunakan tangan kanan juga mudah untuk menggunakan pelbagai peralatan

.

klik untuk tumbubesaran :D



 well aku ada kawan yang kidal. nama dia cik lienda. abaikan tajuk entry tu sebab tu nama pesbuk dia la tu. hehe. indeed dia memang menulis laju. bak cakap lecturer aku orang yg pantas menulis sesuai untuk keja sbgai setiausaha. cewahh lepas ni boleh la apply. hehhehe.. In fact, capital F pun kidal jugak. rata rata memang si kidal penulis yang cepat. how's amazing is that huh? aku pun tak mampu aih nak speed menulis. hurmm kat dalam dunia tak banyak kan alat or benda yang memang khusus untuk orang left handed. mungkin satu hari nanti..

 cik lienda. sumber: curik dr pesbuk
 anyway, raya dah nak dekat. satu haappaa pun aku tak prepare lagi. sibuk dengan study. lepas raya dah nak exam T_____T .. *sigh.. meroyan aku nak kena struggle study  time raya. hurm its okay pengorbanan kan..okay till then papai.. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Sunday, 12 August 2012

Kucing haiwan yang bersih..

Assalamualaikum


Nabi Muhammad S.A.W. menekankan di dalam beberapa hadisnya bahawa kucing itu bukanlah najis. Malah dibolehkan untuk berwudhu' menggunakan air bekas minum kucing kerana dianggap tidak kotor. Kenapa Rasulullah Saw berani mengatakan bahawa kucing suci dan tidak tergolong dalam lingkungan najis? Bagaimana Rasullualh tahu pada badan kucing tidak terdapat najis? Sebenarnya pada kulit kucing terdapat otot yang berfungsi untuk menolak sel bakteria. Otot kucing itu juga dapat disesuaikan dengan sentuhan otot manusia. Pada permukaan lidah kucing ditutupi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini bengkok menguncup seperti kikir atau gergaji.
  
Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit. Ketika kucing minum, tidak ada setitis pun cairan yang jatuh dari lidahnya. Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya. Telah dilakukan berbagai penyelidikan terhadap kucing dan berbagai perbezaan usia, perbezaan posisi kulit, punggung, bahagian dalam telapak kaki, pelindung mulut, dan ekor. Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan pengambilan sampel dengan usapan. Di samping itu, dilakukan juga penanaman kuman pada bahagian-bahagian khusus.

Hadis Kabsyah binti Ka’b bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah, masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhu. Pada masa itu, datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air di bejana sampai kucing itu minum. Kabsyah berkata, “Perhatikanlah.” Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan?” Ia menjawab, “Ya.” Lalu, Abu Qatadah berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda, “Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan),” (HR At-Tirmidzi, An-Nasa’i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah)

ni Ryan si lionnn sayaaa. comel dak? k baiiii ;) 






 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page