Friday, 31 May 2013

PERHATIAN PESERTA MINI GIVEAWAY BY SYIERA & LIENDA





Hi semua ! Syiera nak maklumkan di sini tarikh tamat giveaway akan diawalkan.
Bukan tamat 30 June. Tapiiiii diawalkan ke 20 June 2013.
Take note ye semua. Minta maaf sebab terpaksa tamatkan awal.

Kenapa tamatkan awal ?

Okay, syiera sebenarnya agak sibuk sejak kebelakangan ni.
Tambahan pula, tarikh 30 june sebenarnya tarikh study week sebelum syiera final exam bulan Julai. Jadi agak rushing sikit masa tuh. Takut tak sempat nak update.

So, harap semua dapat maafkan syiera. After all, syiera hanya manusia biasa.
Tapiii syiera penah janji nak anjurkan giveaway kan selepas giveaway ni.
Good news people ! Start esok syiera akan lancarkan giveaway.
Hadiah sangat menarik. Semua barangan pos dan topup sahaja.
Suka tak ? suka tak ? Nantikan esok ye. Assalamualaikum.


BAKAL PEMENANG SILA CHECK LINK

JOM JOIN GIVEAWAY NI
ADA 60 HADIAH !!

  





Wednesday, 29 May 2013

PROMOSI !! HARGA MURAH AURAWHITE, FIGURE UP, MAIXARA ETC




Hi hi happy Wednesday ! Sihat tak hari ni ? Kalau sihat, alhamdulillah. 
Kalau tak sihat, mohon makan ubat ye. Kalau tak babap nanti. Hehe
 Okay, hari ni syiera nak promote la sikit produk yang syiera jual ni.
Pelbagai produk yang syiera tawarkan. And the best part is tengah PROMOSI.

Harga adalah seperti berikut: 
  • AURA WHITE 900,000MG + FREE GIFT 7 + FREE POSTAGE : RM 130
  • AURA WHITE COMBO 400 + 900 + STICKER AW + FREE POSTAGE : RM 250
  • AURA SLIM SHAKE + FREE GIFT 7 + FREE POSTAGE: RM 145
  • RADIGLOW + FREE POSTAGE: RM 170
  • FIGURE UP + FREE POSTAGE : 1Botol : RM 65 & 2 Botol : RM 120
  • POMEGRANATE l-glutatione: POMEGRANATE LOTION RED : RM 35 (120GM) POMEGRANATE CLEANSER RED : RM 35 (300GM) 2 TUBE (300GRAM + 300GRAM) : RM 50 (300GM)
  • SABUN KOJIC 3 LAYER : RM 20
  • FELINNA LOTION : RM 65
  • FELINNA PMCVC : RM 65
  • SET COMBO ( LOTION + PMCVC ) + FREE POSTAGE: RM 120
  • BEDAK ARAB 50G : RM 55 (RUSSET,ROSHELLE,CHEERY,CHEERY PINK)
  • BEDAK ARAB : 25G : RM 45 (ORANGE BLUSH,RUSSET,AMBER ROSE)
  • OBUSE LIP TINT : RM 60/BOX (12pcs)
  • MAIXARA : RM 90 (1botol) / RM170 (2 Botol) 
  • MZ SECRET SOUP Sabun Vitamin A, C & E: RM 35
  • ABC ACAI BERRY: RM 65 
Menarik tak harga yang ditawarkan? Jom order sekarang.
Untuk review produk boleh klik DI SINI.

Selain daripada produk kecantikkan, syiera ada jugak tawarkan pelbagai pakaian fesyen terkini. Sekarang semua demam Kpop kan? Hehe, necklace GDragon pun ada dijual !
Candy skinny jeans! Handbag ! Wow ! Banyak lagi.


So, jangan segan-segan untuk visit online shop syiera.
Any questions, boleh PM syiera dekat page ye.
 Assalamualaikum ! 


Saturday, 25 May 2013

11 Things About Me


11 things about myself 
  • Syiera seorang yang pemalu. Eh? Pemalu dengan orang yang syiera tak berapa rapat. Aiseh. Kalau dengan orang yang rapat, memang syiera ni gila-gila. Hehe  
  •  Syiera pencinta kucing. Ya Allah pendek kata tak boleh nampak kelibat kucing. Especially dekat kedai makan. Banyak kucing yang suka datang minta makan. Kesian je tengok. Mak selalu marah dulu sebab suka kutip kucing bawak balik umah. 
  •  Suka tido kalau tengok cita hantu. Kenapa? Ntah la. Kawan syiera menjerit-jerit. Tapi syiera cepat bosan. Tapiiiiiii !! Kalau cita bunuh-bunuh, tikam-tikam macam cita Saw tuh. Yang tu memang syiera takut sikit sebab syiera nak muntah tengok darah. Weks! 
  •  Syiera suka makan pedas. Extra hot habaq hang. Kalau makan dekat kedai, semua nak pedas. Hehe sampaikan orang yang makan dengan syiera pun pening kalau syiera cakap tak pedas. Wattudu, selera memang macam nih dari dulu. 
  •  Seorang yang kasar duloo duloo. Pernah berkelakuan macam tomboy. Rambut pendek, berseluar memanjang. Tapi alhamdulillah sejak kenal someone tuh dah berubah. Start Form 3 syiera dah mula berhijab. Alhamdulillah. 
  •  Suka pakai inai. Heee dah macam habit syiera pakai inai. Bila dah pudar, letak balik. Inai yang selalu syiera guna jenama Rani daripada Pakistan. Selalu jual dekat kedai jual peralatan umrah tuh.  
  •  Pelajar semester akhir ijazah sarjana muda pentadbiran perniagaan pemasaran. Alhamdulillah pejam celik dah nak habis belajar dekat UiTM Kedah. Dulu masa apply UPU minta Human Resource. Tapi rezeki ke course lain. Mak cakap minat datang kemudian, try dulu baru tau. 
  •  Syiera tak suka pakai tudung yang kaler cerah. Contohnya kuning cair, pink cair, hijau cair. Pendek chegitenyee yang cair-cair neh. OMG stress muka nampak gelap sangat. Yelah, syiera bukan putih sangat. Kuning langsat ja T^T. So selalunya mesti akan pakai kaler gelap sikit macam navy blue, maroon, so on. 
  •  Suka makan tempe. Awww faberet mak jah la tempe ni. Nak kata orang jawa bukan. Tapi suka sebab sedap. Tak payah buat sambal pun tak pe. Just goreng dan makan dengan sos pun dah cukup menyelerakan. 
  •  Syiera tak suka pakai heels. Memang sejak azalinya tak pernah hingin nak pakai heels. Bukan jiwa gua beb. Hehe syiera lebih selesa pakai sneaker or flat ja. Senang bergerak. 
  •  Suka belajar bahasa negeri lain. Contohnya nogori. Ni semua sebab roomate syiera. Beliau asal jempol. Sebab kenal dengan dia la syiera boleh cakap sikit-sikit nogori. Sampaikan kadang-kadang mak tak paham. Yelah kejap cakap kedah, kejap nogori, kejap perak (half perakian).  
The answers for Yana

kenapa terjebak dalam dunia blogging?
Hmm.. sebab masa tuh sibuk betoi la nak try semua benda. Kawan semua ada blog. So terasa kuno sangat. Jadi try la blogging. Hehe
 
kalau korang minat dengan seseorang ,apa yang korang buat ?
Tak buat apa pun. Sebab jarang sangat nak suka orang. Suka kawan je. Eh?
 
kenangan di alam persekolahan yang korang x dapat lupakan ?
Kasut kena rampas. Apa kes? Haha sebab pakai kasut sukan. Cikgu disiplin rampas sebelah je. Selepas habis sekolah gi tuntut dekat pejabat. Dah macam bundle masa tuh. Banyak kasut kena rampas. HAHAHAHA maluuuu :3
 
korang rasa yana nieyh seorang yang macam mana ?
Tengok daripada paras rupa, yana nampak lemah lembut gitu. Tapi mungkin ada kasar dia sikit-sikit. Hehehe betoi tak?
 
berikan pendapat cikit tentang blog yana
Pinkkkk! Suka pink. Ringkas dan comel.
 
pernah tak blog korang masuk mana-mana majalah @ surat khabar
Tak pernah. Majalah sekolah tiap-tiap tahun. Boooooo lah! Hahahaha
 
benda apa yang mendorong untuk korang terus berblogging
Giveaway! Suka masuk contest ^^
 
ada obses dengan apa-apa x? 
Running man! Tak boleh nak skip langsung!
 
berapa lamakah korang terjebak dalam dunia blogging
Since December 2011
 
antara laman sosial yang ada , yang mana menjadi feveret korang ?
Twitter kot. Pesbuk online pun sebab online business.
 
target kawin umo berapa ?
   25 y/o. Insyaallah. Doa-doa la ye :3

  11 questions for YOU, YOU and YOU. *jawab jangan tak jawab 

  • Nama penuh korang apa ? Haaa intro dulu.
  • Ada boyprenggg or girlprenggg tak ?
  • Minat running man ? Kalau minat, minat siapa dalam running man.
  • Dalam sehari, berapa jam online ?
  • Pernah ke luar negara ?
  • Kalau tak pernah, nak pergi mana ?
  • Pernah tak buat keje gila lepas tuh menyesal ?
  • Siapa bias yang korang paling minat ? Kenapa minat ?
  • Lagi 5 tahun rasanya korang macam mana ?
  • Pendapat korang tentang blog syiera. Komen sikit.
  • Teka sikit syiera orangnya macam mana. Hehe 

Tag uolls. Jangan lupa jawab soalan di atas. 
  •  http://amad-jalanan.blogspot.com
  • http://thisismylife-eyka.blogspot.com
  • http://mimbarhatiku.blogspot.com
  • http://secretofshaila.blogspot.com
  •  http://www.qaleshyaumairah.com
  • http://sisepet-kinderbueno.blogspot.com
  • http://alyiafarzana.blogspot.com
  • http://greenhousera.blogspot.com
  •  http://ceritahatikuu.blogspot.com
  • http://ceritaciklebah.blogspot.com
  • http://www.misznadea.com
 Done ! Nanti dah jawab jangan lupa tinggalkan link entry di cbox. Syiera nak baca jawapan korang. Byeee ^^






Saturday, 4 May 2013

Review Blog Pemenang Mega Giveaway by FY & NEB PART 2



Pemenang keenam review blog ialah ika johan. Yeayyyy! Tahniah.
Tak salah ika ni selalu sangat like link sis dekat page sis. Ke ika lain?
Hehehe harap tak tersalah orang. Okay, blog ika bertemakan oren.
Font pun kaler oren. Betu-betul peminat kaler oren ni. Hehe.
Header ika cantik sangat. Simple but nice. Sidebar ika kemas sangat.
Blog pun ringan. Tak lama pun loading. So korang boleh la terjah blog ika.


 Another pinky blog. Suka suka. Pemilik blog comel ni ialah izzati yang berasal dari Ampang.
Orangnya comel je. Okay okay, blog izzati ringan je loading. Navigation yang sangat cute kat atas tu. Kemas dan tak serabut. Sidebar yang kemas. Simple. Syiera dah tekan tekan churp churp izzati. Hehe haa blog ni ada sediakan tutorial dekat blogger lain. Boleh la blogger lain tengok-tengok. Mana tau ada tips yang berguna untuk korang cantikkan lagi blog. Kan?


 Tadaaa pemenang seterusnya ialah Ku Nurul Azieyan. Btw apa maksud Sirius tu?
Blog yang bertemakan kuning plus jingga sikit. Header yang simple dan comel sangat.
Yang bestnya blog ni ada sediakan resepi. Wow ayam tiram sirius. Macam sedap je bunyi.
FYI blogger ni ada menjual tribal shawl. Sekarang ada sale!!! Cepat-cepat grab.


 Wow wow cantiknya header. Lawa serius. Pemilik blog ni bernama Nabihah Ahmad.
Blog Nabihah ni kalau perasan ada meteor gugur. Cantik sangat dik oiii.
 Lawa sangat. Nabihah ada buat doodle. Mungkin korang boleh tempah dekat dia.
Boleh tengok ramai yang art trade dengan nabihah. Comel semua doodle tuh. Buat untuk sis satu boleh? Hehe gurau jee.


 Dalam banyak-banyak pemenang, ada jugak hero sorang. Yeayyy!
Blogger lelaki kite ni namanya Ahmad Muhaizat. Nickname Mojat.
So sis panggil Mojat la ye. Muda lagi Mojat. Masa sis umur macam Mojat memang tak terjebak lagi dengan dunia blogging ni. Haish lari topik. Hehe Mojat pandai guna photoshop tau.
Mojat ada mengambil tempahan untuk header, banner etc. 
Boleh tekan menutab tempahan untuk order. Talented semua adik blogger sekarang.


Alhamdulillah selesai jugak ke semua sepuluh blog yang syiera review.
Boleh tengok entry review PART 1 DI SINI. Tiba-tiba syiera rasa nak bagi baucer 10% free Lolita Fairytale Collection dekat semua pemenang review blog mega giveaway by FY & NEB. Boleh redeem dekat page syiera ye. TEKAN SINI. Haa nak inform skarang syiera tengah buat giveaway. Pemenang yang syiera cari adalah seramai 58 orang!! Wow wow. Ramai tak? So jom JOIN SEKARANG DI SINI.




Review Blog Pemenang Mega Giveaway by FY & NEB PART 1



Pemenang pertama adalah Siti Farhahnis. Wow wow comelnyerrrr blog :3
Gwiyomi gwiyomi auwwww. Lagu pun gwiyomi. Blog ni memang cute sangat.
Serba pink. I love pinkkkkk toooo. Blog yang sangat ringan.
Sekejap je loading walaupun syiera out of reach sekarang sebab balik mengundi.
Okay tak da kaitan. Hehe Blogger ni berasal dari Sabah. Jauhnyerrr.
Navigation sangat kemas di atas. Sidebarnya pun kemas.
Nampak clean dan comel. Semua comel lah pasal blog ni.


Taraaa! Pemenang kedua. Nama blogger ni terang-terang Siti Zawiah.
Sapa tak nampak memang dia something wrong somewhere.
Hehehe okay okay. Blog ni pun pink jugak. Memang sifat perempuan suka pink colour la kan.
Header yang sangat comel. Buat sendiri ek? Kat sebelah kanan ada floating cbox yang cute.
Jangan lupa tinggalkan pesanan. Kepada peminat novel, boleh baca review yang dibuat oleh blogger ni. Besides, blogger ni ada ambil tempahan blog. So boleh tempah dekat dia.


 Pemenang ketiga ialah Aimi Rahim. Tepuk sikitttt. Antara blogger yang syiera selalu ikuti perkembangan. Pernah jadi sponsor GA Aimi duluuuu. Hehehe
Okay, blog Aimi seperti biasa fabulous macam tuan tanah. Colourful.
Header yang comel. Yang menarik perhatian syiera adalah title sidebar tuh.
Lawa sangat Aimi. Seriusss!!FYI, Aimi ada sediakan tutorial berguna untuk blogger lain.



 Blog seterusnya dimiliki oleh Miss Aireyn. Blog yang ringan dan kemas.
Syiera suka la header dia sebab bersambung dengan body post.
Dekat blog ni ada notice board, which is korang boleh tengok giveaway yang terkini.
Background blog ni berbintang-bintang. Terasa berada di ruang galaksi pun ada.
Hehe overall blog ni sangat comel.


 Auwwww. Cantiknya header awak :3 Jelesnyaaa!
Blog yang pink jugak. Background blog ni comel. Bunga kecik kecik.
Sidebar yang kemas. Tak banyak widget which is good. Tak berat blog.
Kejap je loading. Title sidebar yang comel jugak. Overall blog ni comel secomel bloggernya.



Okay dear, esok insyaallah syiera review blog yang selebihnya. Syiera susun sepuluh jari sebab lambat review blog korang due to network connection error. Since syiera bercuti untuk balik mengundi. But then, syiera still akan review jangan risau. I keep my promise on you. So, jangan lupa blogwalking blog yang tersenarai di atas. Tahniah sekali lagi. Tepuk tangan semua. Goodnight. Assalamualaikum.

Nak menang lebih daripada 50 pemenang? Jom join SINI !!!
Pemenang review blog di atas boleh redeem baucer 10% Lolita Fairytale Collection DI SINI.


Wednesday, 1 May 2013

PEMENANG REVIEW BLOG First GA by kecik



Tahniah diucapkan kepada pemilik blog yang nama blognya adalah " Si Gadis Blanker "
Blog yang serba ringkas umpama sebuah diari. Pada awalnya syiera ingat blog ni dah habis loading *line tenet syiera dah serupa siput sedut sebab background hitam jee. Rupa-rupanya blog ni macam diari. Lawa tau. Blog yang sangat kemas dan simple.

Taraaaa ! Ni laaa pemilik blog ni. Comel tak? Comel kan. 
Dalam blog ni yang syiera perasan banyak sangat kata-kata motivasi yang berguna.
Contohnya macam ni...

" Walau bagaimana susahnya pun ia, kalau kita lalui kehidupan ini dengan perasaan gembira dan menghargainya, kita tidak akan pernah mengeluh akan kesusahan itu... " 

 Haa, indah je kan sajak ni. Eh yeke sajak? Ke syair? Hahaha okay belasah je.
Olrite jom blogwalking blog ni. Jangan lupa follow. Assalamualaikum ^^



 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page