Tuesday, 11 March 2014

[PRELOVED] Novel "Cinta Pandang Ke-2" Untuk Dijual


Assalamualaikum


Pernah tengok drama ni? Syiera baru ja beli tahun lepas. Baru berkesempatan baca bulan lepas. Haha lambat betul nak baca ye. Bukan apa tak sempat. Sebab bulan Januari baru ja habis degree. So masa banyak fokus kepada tesis. So dah habis baca ni syiera nak let go jelah. Daripada terperuk dalam kotak tu, baik jual je. Dapat jugak duit poket.

Sinopsis
‘‘Dahlah gemuk macam gajah, garang pulak macam singa! Patut tak payah pergi sekolah, duduk saja dalam hutan!’’ Zairul Hasmat memang meluat dengan Ainnur Azleen. Walaupun mereka berdua sekelas, tetapi tidak pernah sebulu. Ada saja sikap Ainnur yang menjengkelkan hatinya. Di sekolah, Zairul ‘prince charming’ sedangkan Ainnur si Ugly Betty. Beza mereka macam langit dengan bumi! Disebabkan badan saiz XXL, Ainnur hanya mampu memuja Zairul dalam diam. Zairul pula memang seronok menyakat. Tidak sudah-sudah mengejek Ainnur menyebabkan Ainnur berasa hati lalu nekad bertukar sekolah. 

Setelah bertahun lamanya masa berlalu…

Ainnur bertemu semula dengan Zairul di dalam sebuah syarikat. Dia menjadi ketua di bahagian itu manakala Zairul hanyalah sebagai budak penghantar surat. Zairul tidak tahu bahawa gadis cantik yang menjadi bosnya itu adalah Ainnur Azleen yang pernah dikutuk dan dicaci suatu waktu dulu. Pertama kali berjumpa, dia terus jatuh cinta! Sanggup berkorban jiwa dan raga. Aha, Ainnur mendapat idea! Inilah masanya untuk dia membalas dendam lama.

[credited: Alaf 21]

                      
                 TERBITAN ALAF 21
                    MUKA SURAT: 576 HALAMAN
                 PENULIS: LAILA KAMILIA

               HARGA: RM19.00
                   POSTAGE: RM6 SEMENANJUNG / RM9 SABAH/SARAWAK

                Berminat?
                  PM FACEBOOK SYIERA : SINI
              WHATSAPP: 013 - 449 7249








No comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page