Saturday, 8 March 2014

Whatsapp Punca Gf / Bf Bergaduh ??



Assalamualaikum



Korang pernah alami situasi macam ni tak? Pernah? Mesti pernah kan. Syiera sendiri pun pernah. Kata orang Whatsapp ni mampu membuat sesebuah hubungan percintaan tu retak. Pergh ayat gua memang tak boleh blah. Kuntum habis. Tapi betul ke? Selalunya kebanyakkan gilpreng boipreng bergaduh disebabkan status “online” di Whatsapp. Contohnya korang ni punya la tunggu mesej daripada beliau tapi tak sampai-sampai. Bila check, alamak dia tengah online rupanya. Tapi betul ke dia tengah online?

Okay, let me explain this. Sebenarnya, di sini ada beberapa situasi. Satu, memang dia tengah online. Erti kata lain, dia tengah buka Whatsapp tu. Kedua, dia tak online pun tapi still naik status online. Kenapa? Sebab dia merupakan kawan/contact yang paling aktif dalam Whatsapp korang. Senang cerita, dia active user walaupun dia tak buka pun Whatsapp. Dia minimize ja. Sebab tu lah nampak online. Macam syiera, syiera tak pernah tutup pun data connection. So memang whatsapp keluar masuk la. Chewah macam ramai sangat dok whatsapp bunyinya pun. Hehehe.. tapi orang yang melihat cakap syiera “online” padahal tak online pun. See?

“Last seen on bla bla bla”.. haa ni lagi satu punca pergaduhan. Betul? Hahaha. Ini memang kantoi teruk la kalau gf/bf korang tetiba online 2, 3 pagi padahal cakap dah tido. Tapi... jangan serkap jarang dulu. Sometimes kita receive mesej daripada someone then baca. Pastu tido balik. Consider as last seen jugak eventhough kita tak balas pun. Baca ja.

Whatsapp ni sebenarnya satu aplikasi yang bagus dan paling fleksibel yang pernah syiera guna. Pendek kata lima bintang la syiera kasi. Haha. Sebabnya memudahkan kita untuk berhubung tak kira melalui mesej, pesanan suara atau video. Ikutkan tu tak perlu dah install WeChat, Viber etc ni. Semua ni Whatsapp dah ada. Kalau guna WeChat lagi pedih sebab korang tak dapat tahu sama ada gf/bf korang online ke tak. Macam syiera memang tak suka WeChat sebab syiera tak reti nak chat dengan orang yang tak dikenali lebih-lebih lagi lelaki. Agak tidak selesa sebenarnya. Nak chat ni better Facebook. Gitu? Ihiks.

Apa-apa pun, korang kena think positive. Jangan main serang gf/bf korang pulak. Tak pasal bergaduh besar. Tanya dulu. Siasat baik punya. Kalau betul baru ambil tindakan. Tapi semua ni kita tak dapat nak control kalau gf/bf korang text orang lain. Semua ni dunia ja... Lagha. Cemburu memang la cemburu. Tapi berbalik pada Allah SWT la sayang oii. Kalau ada jodoh tak kemana la gf/bf korang tu. Duduk dekat Afrika Selatan pun kalau dah namanya jodoh, tetap jodoh. Itu janji Allah SWT. Fikir baik-baik, cakap baik-baik, insyaallah semuanya baik-baik. Amin.


SELAMAT HARI WANITA !!








No comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page