Friday, 23 May 2014

Istiadat Konvokesyen UiTM ke-80 : Syiera Dah Grade !!




Assalamualaikum


Pada 20th May yang lalu telah berlangsung istiadat konvokesyen UiTM ke-80 Fakulti Pengurusan Perniagaan. Sidang ke-14. Paling lasttttt punya sidang. Dan yang paling ramai graduan. Tak tau laa havoc sangat ke bebudak bisnes ni sampai ramai sangat. Hahahaha k. Perasan. Tak lah. Actually ramai sebab campur dengan diploma sekali. Itu sebetulnya.


Syiera bertolak dari rumah ke Shah Alam pukul 6 pagi. Alhamdulillah... perjalanan dari Damansara Damai ke Shah Alam agak smooth. Tak da trafik jam sangat. Walaupun sesat sikit masa sampai dekat Stadium Shah Alam. Tapii... syiera guna apps Waze. Selesai  masalah. Hehehe. Sampai dekat Uitm Shah Alam lebih kurang pukul 7.10 pagi. Memang dah ramai yang sampai.


Pukul 7.30 pagi, urusetia dah memanggil-manggil, melaung-laung suruh graduan & parents masuk dewan. Haaaaa.. masuk-masuk bukan terus duduk. Beratur bapak aaa lama kot. Diorang nak susun graduan ikut no angka giliran. Ada yang datang lambat. Ada yang bising. Ada yang busy selfie. Haih agak messy masa tu. Kesian akak urusetia masa tu melayan kanak-kanak macam kami. Hahahaha. No angka giliran syiera A92. Orang yang ke-92 naik stage. Course syiera paling awal naik stage.


Dah settle susun ikut angka giliran, barulah kami diminta masuk ke dewan. Line up berdua-duaan gitu. Masuk je dewan, semua mata tertumpu dekat kami. Nervous ni. Tapi saja buat muka cool. Syiera sempat buat peace dekat ma ayah syiera. Hmm, ma syiera biasa lah, syiera baru masuk dewan dah nangis. Belum naik stage amik skrol. Hehe. Ayah syiera macam biasa cool. Tak tunjuk sangat perasaan dia. Daddy cool la katakan.


Sooo.. majlis bermula. Ada sajak daripada Dato’ Sahol, lagu “Kepadamu Kekasih” etc. Bla bla bla ucapan pembukaan istiadat. Mengantuk sat bila dengar. Sekitar pukul 9.30 pagi kot, graduan diminta keluar sebaris demi sebaris untuk bersiap sedia naik stage. Syiera boleh dikatakan awal berbanding rakan yang lain. Baris ke-7 yang diminta keluar. Dah mula nervous. Takut tersadung or tergolek atas stage. Biasalah tak pernah pakai heels. Haih tetiba kena pakai heels. Lebih kurang 5 minit lepas tu, syiera naik stage. Alhamdulillah.. smooth semuanya. Muka sengih je. Yela kan ada kamera nak rakam gambar konvo. Control aaa sikit. Buat muka secomel mungkin. Hahahahha k. Tolong tampau dia ni. Merepek lagi. Kami dikira bertuah sebab hadirnya Professor Counselor. Otai niii.. Hehe. “Tahniah” ringkas ucapan Tan Sri masa cakap dekat syiera. “Terima kasih, Tan Sri” balas syiera.


Yeayyyy.. dah selesai. Majlis habis lebih kurang pukul 12 lebih. Walaupun agak penat, mengantuk, lapar etc akhirnya selesai. Keluar ja dewan.. syiera cari parents syiera dulu. Depa hilang daripada pandangan mata. Lautan manusia hoii. Jenuh nak teropong. Jumpa jugak lepas cik abam tolong cari. Hehehe. Soo.. ringkasnya, secara rasmi syiera bergelar alumni UiTM. Graduated as Bachelor In Business Adminstration (Hons) Marketing. Second class upper. Alhamdulillah usaha penat lelah selama tiga tahun menimba ilmu. Akhirnya, berbaloi dengan segulung ijazah. Ma ayah, this is for you. Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Meh syiera belanja sikit gambar. Ihiks.


Mata pandang ke mana pun tak tau T__T


Sekitar dalam dewan.. ramai kan?


Masa terima scroll. Haha lawaknyaaa muka. Bye.


Part tacing satu..


Part tacing dua..


Selfie beramai-ramai. Kalau perasan, tudung biru (lienda) & tudung merah (ain) barisan depan ni pun blogger jugak. Housemate syiera. Geng jemah paling gilaaa. Haha!


Selfie sekali. Hehehehe..



Okay, dah habis. Terima kasih kerana sudi membaca :)








4 comments:

  1. Waaahhh...seronok ye dah grade.
    Lepas ni dah start alam kerja pulak.
    Semoga success slalu ye, adik.
    http://drshikinzainal.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Tahniah kak syiera..! ^_^ hihi. Nervous betul tengok dewan reramai camtu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks ye ismi. Agak gugup jugak. Tapi kena cool.

      Delete

 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page