Thursday, 26 June 2014

REVIEW : Movie "Wrong Turn"



As-salam


Malam-malam ni tertiba nak tengok movie seram atau slasher atau lagi tepat melibatkan darah. Syiera lebih takut cerita bunuh-bunuh, orang makan orang daripada cerita hantu. Salah satu cerita yang paling gerun syiera pernah layan koleksi movie Wrong Turn. Tak silap syiera, movie ni ada lima sequal kesemuanya. Setakat mana yang syiera pernah tengok la. Ada yang cakap dah sampai enam. Haha. Tapi bakal release tahun ni katanyaaa.


Okay meh syiera kasi sinopsis sikit. Cerita ni mengisahkan makhluk2 manusia. Yaa manusia macam kita yang menjadi korban penyalahan zat kimia. Bab kimia ni sebenarnya syiera kurang faham mana datang tumpahan kimia. Sebab dorang memang terminum sumber air yang mengandungi kimia sehingga dorang menjadi mutan (dah macam X-Man pulak) yang ganas dan gemar memakan daging MANUSIA !! Dorang ni tinggal dekat West Virginia. Setiap sequal semua pegi sana dan mereka ni terer sangat bagi orang sesat jalan (sebab tu tajuk wrong turn sebab salah kona orang kedah habaq) supaya memasuki kawasan dorang. 


Memang dorang terer la nak perangkap orang. Yang heran, bila dorang kena tikam tak pulak mati. Betul2 kuat sistem imuniti dorang ni. Muka makhluk ni Masyaallah teruk bebenor syiera tengok. Sapa tengok kali pertama mesti terbayang-bayang. Huduh nauu..  Syiera sarankan kalau nak tengok, better tengok daripada sequal pertama. Takut tak faham sebab dia macam berkaitan sikit. Sikit jelah tak banyak. Bagi yang lambat pick up macam syiera ni wajib layan dari awal. Kalau tak blurrrrr... 


Filem ni memang brutal habis. Gua cakap sama lu memang macam real je dorang acting. Potong-potong badan orang tanpa belas kasihan. Yang paling syiera terasa kesakitan Wrong Turn 4, suka suki je dorang melapah daging mamat tu hidup-hidup. Menggigil satu badan syiera. Hahahaha. Yang paling kelakar, siap potong bawang tu. Agaknya nak buat sup kot. Serius kejam. 


Movie ni syiera sarankan tidak sesuai bagi tontonan umum terutamanya preggy women, pesakit kronik, bebudak bawah umur sebab satgi terkejut tergempar naik darah tinggi pulak. Heee.. Ada certain part 18++ dan part yang terlebih brutal potong-potong, tarik segala usus perut, patah riuk tulang. Nak termuntah, terloya, terpening semua ter lah masa syiera tengok. So bukan untuk tontonan famili la ye. Dengan kawan-kawan okay. Macam syiera, syiera layan dengan housemates syiera sebab syiera penakut darah. tettt. Tapi nak tengok gak dalam takut pun. Hahahaha.


WRONG TURN (2003)



WRONG TURN 2 : DEAD END (2007)



WRONG TURN 3 : LEFT FOR DEAD (2009)



WRONG TURN 4 : BLOODY BEGINNINGS (2011)



WRONG TURN 5 : BLOODLINES (2012)



Nak tengok online?

Search je "Wrong Turn" mesti kuar. Rasa ada lagi dalam website tu.
Till then bubyeee. Enjoy.







3 comments:

  1. wow.. mesti best.. lagi pun AA sedang mencari gak movie2 best dan palingletes nak di download,, nak buat bekalan masa masuk semester baru , tonton semasa boring hahaha.. :)

    btw sequal tu episod ehh? oo baru AA tahu hehe ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wajib tonton. Best sangat. Sequel ni ikut kronologi. Tapi tak berkaitan sgt setiap movie. Enjoy!

      Delete
  2. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

    pengkhususan Syarikat.
    1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
    2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.

    ReplyDelete

 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page