Monday, 1 September 2014

LULU SI KUCING KUAT MAKAN



Assalamualaikum


Bunyi tajuk pun dah macam tajuk karangan budak sekolah. Hah. Lantak lahai. Syiera memang pencinta kucing sejak daripada kecik. Time sekolah dulu selalu kutip mana-mana kucing melintas depan mata. Dulu syiera pi sekolah naik gerek. Tau gerek? Orang kedah panggil basikal 'gerek'. Basikal yang ada raga depan tu. Hihi. Pernah terjumpa kucing putih. Lingkungan umur lebih kurang 3 bulan kot. Kecik lagi kucing tu. Dah comel syiera amik la. Sampai rumah ja kena marah dengan mak. Mak selalu marah kalau syiera kutip kucing. Sebab apa. Sebab kat umah dah banyak kucing masa tu. Ada dalam 14 ekor. Dah beranak pinak tu yang ramai. Tak larat bela mak cakap. Haha 


Makin lama makin kurang kat umah. Ada yang dah mati. Ada yang hilang tak tau pi mana. Orang tua cakap kalau hilang maknanya kucing tu nak mati jauh2 sebab tak nak tuan dia sedih. Yeke? Entah. Ada yang bagi dekat orang. Ada yang kena pos ke market (ayah buang T.T). So sekarang yang tinggal hanya dua ketul je. Dua ekoq hehe syiera suka cakap dua ketul. Ryan dengan Lulu. Nama tak nak kalah. Macam mat saleh. Haha.




Lulu ni kalau ikut usia dia lebih kurang setahun. Muda lagi. Sebab masa syiera mula bela awal tahun ni memang kanak-kanak riang lagi. Keja nak main ja. Semua benda yang ada depan mata dia, dia main. Kaki syiera pun dia main. Heee.. Satu benda yang pelik pasal lulu, dia suka makan belacan. Yes belacan. Kalau belacan hilang kat dapur dah tau dah sapa punya keja. Dia lah. Boleh makan sampai habis. (~_~メ)


Makan ni tak payah cakap lah. Sentiasa lapaq. Omg. Stress. Tak larat bagi makan. Dah tu tak pala. Dia suka berbunyi. Kalau pandai cakap mesti dah faham dia cakap apa. Sepanjang masa nak bising. Naik pening jugak. Mak syiera cakap stepler mulut nak? Hahahaha.. Baru-baru syiera timbang berat lulu. 4kg!!!! Gila berat budak ni. 



Berat sebab dia bunting. Anak ryan. Lol. Hahahaha. Dah lama rasanya dia bunting tapi tak letup lagi. Rasanya dah hampir 3 bulan. Haha lama kan? Mak cakap kot dia 9 bulan kot. Hahahaa. Mak buat lawak. Tak sabaq syiera nak jadi nenek. Haha 






6 comments:

  1. anda di tag

    http://kasihlestariabadi.blogspot.com/2014/09/liebster-award-3.html

    ReplyDelete
  2. You are tagged! Please comment back!
    http://blalalableh.blogspot.com/2014/12/giveaway-contest-shawl-by-nursaila.html

    ReplyDelete
  3. kuat sungguh si lulu makan. Jom join giveaway at http://www.princesscindyrina.com

    ReplyDelete
  4. comel je kucing tu lahaiii, dahlah warna putih ;)

    ReplyDelete
  5. Lulu chomelll XD Kalau kucing sy, bab makan memilih bebenor kalah anak raja ==' Sbb tu badan mantain 3-4 kg je even dah 7 tahun umor.. huhu
    (http://anies-msletoes.blogspot.com/)

    ReplyDelete
  6. Canti bulu dia.. Putih melepakk

    ReplyDelete

 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page