Wednesday, 23 March 2016

Bila Nak Ada Baby?


Assalamualaikum

Alhamdulillah sedar tak sedar dah masuk lapan bulan usia perkahwinan syira. Eh eh rasa macam baru kelmarin ja kahwin. Haaha sapa sangka sekejap ja dah nak dekat setahun. Bila dah lama sikit ni mula orang bertanya. Soalan famous.

Bila nak ada anak ?

Hmm.. terus terang masa awal-awal kahwin dalam tiga bulan macam tu, syira stress sangat bila orang tanya pasal anak. Sampaikan satu masa tu airmata jatuh. Macam-macam benda negatif syira pikir. Salah satunya, "Aku ni boleh pregnant ka dak ni". Tapi Alhamdulillah la, syira sihat. Suami pun sihat. Cuma rezeki ja takdak lagi. Hihi

Kadang-kadang orang yang tanya ni sekadar bertanya ja. Tapi dalam sekadar bertanya tulah menusuk ke sudut paling dalam. Dalam sangat sampaikan emosi kita boleh berubah tetiba. Tapi syira tak pernah nak tunjuk. Ikut hati macam nak jawab "Tolong beranakkan boleh?" Hahaha

Syira bersyukur sebab dikurniakan seorang suami yang sangat memahami. Selalu bagi semangat kalau orang tanya pasal anak. Tak dak nak melenting. Bagi syira, anak ni anugerah. Bukan senang nak dapat. Yelah hang nak dapat top student pun kena study kan. Macam tu jugak la anak. Kena ikhtiar.

Setiap orang ada bahagian rezeki dia masing-masing. Mungkin rezeki syira belum tiba. Syira tak pernah rasa jeles tengok kawan-kawan yang awai nau timang anak. Bagi syira, biaq syira happy dengan apa yang ada dulu. Syira rasa ramai di kalangan kaum hawa yang mengalami situasi yang sama macam syira kan. Syira doakan semua yang teringin cahaya mata, dipermudahkan. Amin. Jangan lupakan syira jugak okay.

Ni outdoor masa majlis bertandang. Habis basah baju iols

Manja dengan anak saudara dulu la gamaknya :P


Wednesday, 2 March 2016

Bags Giveaway By Penselduabee



Klik banner untuk join
Tamat 30 March 2016






 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page