Monday, 31 October 2016

Al Fatihah Untuk Ayah..


Assalamualaikum

Pada 19hb Oktober 2016, suppose to be aku balik Kedah sebab husband kena ke Sabah atas urusan kerja. Mula-mula ikut planning nak stay umah akak aku dekat Damansara. Tapi nak jadikan cerita akak aku pulak tak jadi balik ke Damansara. So, ayah aku beria sangat nak aku balik Kedah sebab dia nak jaga aku yang tengah memboyot perut ni. "Hang jadi dak balik ni. Ayah tanya" akak aku whatsapp. Lepas bincang dengan husband, kami setuju sebab kebetulan memang nak balik Kedah pun lepas husband habis kerja dari Sabah. Husband pun pi lah beli tiket bas. Well aku rasa macam adventure pulak sebab tak penah naik bas sorang2. Malam 18hb Okt sempat la aku dok whatsapp dengan akak aku. "Sapa nak pick up dekat station bus nanti?" tanya aku ringkas. Akak aku kata maybe ayah aku. Then aku cakap la kalau ayah tak larat tak pa lah, naik cab jelah. Rasanya tak lama lepas tu, akak aku whatsapp cakap ayah sakit teruk. Aku apa lagi menggelabah la. Terus call akak aku tanya macam2 pasal ayah. Katanya ayah aku sakit pinggang. Tak boleh bangun. Aku suruh akak aku call ambulans. Sebab macam teruk sangat aku tengok dalam gambar yg akak send dekat whatsapp. Aku cool down dulu. Sebab tak nak pikir bukan2. 

Masa ambulans sampai, ayah dah separa sedar. Tekanan darah ayah sangat rendah. Ayah tak jawab apa2 masa staf nurse tanya. Maybe terlalu menahan sakit. Ayah dibawa ke hospital bertemankan adik bongsu lelaki. Mak dengan adik lelaki aku follow belakang ambulans. Sepanjang malam tu, aku rasa dua jam ja kot aku tidur. Sebab risau sangat. Yelakan aku jauh. Dalam pukul 4.30pagi, mak aku call. Suara mak tenang. Harapan aku ayah okay jelah. Tapi mak cakap ayah perlu dibedah. Keadaan ayah dah 50-50. Ya Allah nak luruh jantung aku dengar. Mak aku cakap pembuluh darah dalam perut bengkak. Tunggu masa nak burst. So ayah perlu dibedah segera. Tapi mak cakap operation tu pun inshaallah 9/10 ja berjaya. Mak aku call sebab doktor suruh anak-anak buat keputusan. Nak bedah ke tidak sebab kalau tak bedah, ayah cuma ada masa untuk survive dalam 2,3 hari sahaja (aku sebak sangat). Aku terus setuju ayah dibedah sebab pakar bedah tu katanya di hospital Penang. Aku kejut husband aku. Lidah kelu sangat nak cakap. Sumpah aku tak tau nak hadap benda ni macam mana. Tak lama lepas tu, akak sulung call cakap ayah perlu dibawa ke KL sebab pakar yg dekat Penang tu accident pulak. Tapi risiko sangat tinggi sebab doktor takut pembuluh darah tu burst masa dalam perjalanan. Bukan dekat dari Kedah nak ke KL. Doktor suruh kami adik beradik buat keputusan lagi. Aku tak boleh nak bagi keputusan. Aku suruh husband aku yang cakap. Sebab aku sebak sangat masa tu. Majoriti semua tak nak risikokan ayah ke KL. Jadi pagi tu jugak aku, husband, abg ipar shoot balik Kedah. 

Dalam perjalanan tu, aku pulak nak morning sickness bagai. Tak selera nak makan. Actually dah seminggu aku hilang selera tanpa sebab. Ntah kenapa. Akak aku call tanya dekat mana. Then dia cakap ayah dah sedar. Warded di wad biasa. Akak pesan jangan bagitau ayah pasal sakit dia sebab ayah tak tau pun yang dia dah tak dak masa lagi. Ko rasa? Betapa sedihnya aku nak hadap muka ayah lepas tu act like everything was okay. Sepanjang perjalanan memang berhujan dalam kereta sebab aku nangis. Risau. Kami sampai Sg Petani pukul 1.30 pm terus pi hospital tengok ayah. Ayah aku macam biasa. Gelak2 sembang macam tak dak apa. Aku sebak tengok muka ayah yang tak tau dia sakit apa. Dalam fikiran dia cuma sakit pinggan biasa. Ayah sendiri cakap dia tak sakit. Esok lusa ni boleh kuaq la wad. Hmmmm.. bagi yang tertanya ayah sakit apa. Ayah disahkan penyakit abdominal aortic aneurysm (triple A) leaking. Saluran darah paling besar dalam badan kita senang cita membengkak. Its like a ticking bomb ja nak burst. Bila burst, akan jadi bleeding teruk. Darah tak boleh lagi dipam ke jantung.

Pada malam 19hb Okt ayah aku bakal dibawa ke hospital Kulim untuk jalankan CT Scan sebab dekat hospital sini mesin rosak pulak. Siang tu ayah masih sedar lagi cuma dia mengadu lapar je. Ayah kena puasa sebab nak scan. Ayah cakap ayah nak air kopi dengan nasi kandar kuah banjir. Hmmm sedih bila pikir ayah cakap nak makan nak minum tapi kita tak boleh bagi. Mak pujuk ayah supaya sabar lepas balik dari scan baru ayah boleh makan. Aku dan husband balik umah kejap sebab nak rehat. Badan penat sangat travel. Dalam pukul 12 tgh malam macam tu adik bongsu call cakap suruh mai hospital cepat sebab ayah dah kritikal. Kami tergesa-gesa pi hospital. Sampai ja dekat wad, abang ipar tengah ajar ayah mengucap. Aku lari pi dekat mak. Mak tengah nangis masa tu. Akak sulung aku di sebelah mak cuba untuk tenangkan mak. Aku rasa lemah sangat masa tu. Terus rebah dia lutut mak sambil nangis. Mak usap ja kepala aku. Adik lelaki aku dah teresak-esak nangis dekat luar wad sebab dia cakap ayah macam meracau sikit tadi. Ayah sesak nafas masa lepas balik dari scanning. Ayah cuba cabut wayar yang ada dekat badan dia. Disebabkan tu, doktor bagi ayah tak sedar. Takut ayah meracau lagi. Tapi ada benda lain yang kami kena dengar, doktor sahkan saluran darah tu dah burst masa perjalanan ke Kulim. Risiko dia sangat tinggi sebab jalan kan tak okay sangat. Jadi ayah hanya boleh diberi ubat tahan sakit dan tukar darah sahaja. Nothing more we can do. Sebab doktor pun suruh kami bersedia dan berdoa.

Satu malam aku tak balik. Aku stay ja dekat wad. Baca yassin. Bisik di telinga ayah kalimah syahadah. Ucapan maaf ni tak payah cita. Aku sendiri tak sedar berapa banyak kali aku minta maaf dengan ayah. Ayah masih boleh mendengar walaupun dia dalam keadaan koma. Pagi 20hb Okt (khamis), ramailah yang berkunjung tengok ayah. Aku nak balik rumah kejap. Nak mandi and so on. Sementara mak pi makan, aku jaga ayah. You know what? Ayah nangis. Air mata dia mengalir. Aku lap, ada balik. Aku balik tak lama. Rehat pun tak. Sebab tak sampai hati tinggal ayah. Aku stay sampai nak dekat magrib jugak, mak suruh aku balik rehat sebab risau aku yg pregnant ni. Aku akur. Aku balik jugak. Tapi aku sempat bisik dekat telinga ayah "Ayah kalau ayah nak pi, tunggu la hari jumaat. Cek tau ayah kuat. Jangan tunggu cek kalau ayah dah tak mampu tahan lagi". Tepat jam 12.05 pagi jumaat (21hb Okt) adik call cakap ayah dah tiada lagi. Masa pi hospital, setitik air mata pun tak jatuh masa cium ayah. Rasa tenang sangat. Perjalanan ayah dipermudahkan. Ayah selamat dikebumikan lepas solat jumaat. Ramainya yang sembahyang untuk ayah. Hajat cek tertunai, ayah. Lepas ja selesai tahlil, aku bermalam di umah pak mertua sebab kat umah ramai adik beradik nak tidur. Malam tu aku nangis teresak-esak. Rasanya ini kalinya aku nangis teresak-esak. Sebab aku pendam tak nangis sangat. Ya Allah, sakitnya rasa kehilangan ini. Masuk hari ni dah sebelas hari ayah aku tiada. Rindu ayah sayang. Tenanglah ayah tercinta. Al fatihah.





Wednesday, 5 October 2016

6 Minggu Hamil.. Tapi Tak Nampak Baby..


Assalamualaikum


Baru baru ni syira pi klinik untuk pengesahan pregnancy. Perasaan memang berdebar debar sebab pengalaman pertama kan. So noob sikit apa yang perlu syira buat. Tujuan syira pi klinik untuk pengesahan kandungan dah berapa bulan.

Selesai isi borang register semua, staf klinik tanya syira "Puan dah buat upt test dekat rumah? Kalau ada gambar boleh tunjukkan tak" ujarnya lembut. Syira pun tunjuk la gambar dekat dia. "Tahniah puan, memang betul puan dah pregnant" Tersenyum syira.

Lebih kurang 5minit juga tunggu doktor masuk kerja sebab masa tu waktu rehat. Lepas doktor dah sampai, syira dan husband dipanggil masuk. Mula-mula dia tanya asal mana, stay mana. Agak friendly la doktor ni. "First day period of your last period bila ye puan?" Nasib syira ni jenis yang catat setiap kali datang period. Korang kena catat tau kalau dah kawin nanti sebab penting sangat.

"First day period on 17th August" bagitau syira dekat doktor sambil doktor tu dok key in info dalam monitor dia. "Your baby should be dah 6 weeks and 5days. Congrats" Alhamdulillah dah sebulan lebih rupanya. "Jom kita scan" doktor tu cakap. Syira cakap dalam hati "eh dah kena scan ke?"

Syira ikutkan jelah. Maybe prosedur klinik swasta macam tu kot. Masa nak scan tu, tetiba pundi kencing syira kosong pulak dah. Hahaha mana la cek tau kena tahan kencing sebelum scan ultrasound. Ini pun korang kena take note tau sebelum scan kena minum air at least 2 gelas 30 minit sebelum jumpa doktor.

Lepas dorang bagi syira minum, dipanggil masuk balik. Hati berdebar tak tau nak cakap. Doktor sapu apa benda ntah dekat perut. "Sejuk?" tanya doktor. "Tak lah" ringkas syira jawab. "Bukan awak, tu yang dalam tu" Ceh dia maksudkan baby. Tergelak husband syira.

Mata kami tertumpu dekat skrin monitor, doktor tunjuk la ini pundi kencing, dinding rahim etc. Tapi,.. doktor cakap "baby puan tak nampak lagi. It should be somewhere right here" Syira dengar dah cuak. Puas doktor tu pusing kiri kanan still tak nampak jelas dekat mana.

Syira dah mula risau. Kenapa tak nampak. Doktor cakap "Maybe your baby was too tiny. Kandungan belum matang but then saya risau akan risiko hamil luar rahim" Rasa macam nak luruh jantung syira masa tu dengar. Macam nak nangis.

Then doktor cakap "apa kata puan refer dengan hospital. sana nanti dorang lagi detail" Enough with that. Syira pi hospital Shah Alam untuk buka buku pink. But then doktor cakap no need to scan in this state. 6minggu terlalu awal untuk scan sebab takkan nampak. Hmm mana satu nak percaya. Syira dah risau sangat ni. Next check up baru doktor nak scan. Sebab masa tu baby dah masuk dua bulan lebih.

Mommy mommy sekalian, pernah tak alami isu macam ni? Share sikit pengalaman korang. Sebab kakak syira first scan pun masa kandungan dah 5 bulan. Help me. Risau. Hmmm. Doakan syira dan baby ye.

Monday, 3 October 2016

6 Minggu Hamil.. Alhamdulillah


Assalamualaikum

Alhamdulillah.. Sebelum ni, selalu sangat orang tanya bila nak ada baby. Merancang ke? Dan.. banyak lagi soalan yang kedengaran macam biasa tapi menusuk ke kalbu tau. Hehe. Syira sebenarnya delay period dah 13 hari macam tu. Mula-mula tu syira buat tak tau jela sebab syira dah biasa period delay sejak kahwin lagi. On off period. Kejap awal, kejap lambat.

So, syira memang tak perasan yang syira ni pregnant. Tapi ada la perubahan macam breast mengeras, meloya, perut cramp. Tu pun syira take it easy jugak sebab sometimes nak period syira ada juga rasa macam tu. Keliru jugak dengan symptom ni. Yelakan tak pernah pregnant macam ni laa.

Setelah didesak oleh mak syira, so syira beranikan diri check upt (urine pregnancy test) pagi 1 Oktober 2016. Mula tu takut ada, nervous ada, takut frust pun ada. Tengok tengok naik line dua. Dalam hati cakap "eh betul ke ni ?" Sampai syira buat dua kali test naik dua line jugak.

"AKU MENGANDUNG"

Lepas mandi terus kejut husband syira, nak tunjuk upt. Dalam keadaan mamai, husband syira speechless. Nak nangis dia. Sebab terlalu happy. Syira dah nangis dah tadi dalam toilet. Hahaha over betui rasa pi teriak. Tapi tu yang syira rasa. Dah check doc memang jangkaan kandungan dah 6 minggu 5 hari. Alhamdulillah, harapan syira baby ni sihat sentiasa. Korang doakan syira tau. 





Saturday, 1 October 2016

Susahnya Nak Cari Body Spray Therapy


Assalamualaikum


Apa benda body spray therapy ni?


Body Spray therapy ni sejenis ubat yang kita sembur je terus sihat. Inshaallah. Syira dah gunakan lama body spray ni. Untuk tujuan migrain. Syira ni boleh dikatakan pesakit migrain tegar gituuu. Tapi bila sembur body spray ni, Alhamdulillah serasi dengan syira.





Selain untuk merawat sakit kepala, body spray ni bagus kalau syira terasa lenguh sendi. Yelakan usia dah meningkat ni macam macam pulak sakitnya. Hehe. Ayah syira pun guna untuk sembur kalau sakit lenguh.


Effect dia yang panas sejuk membuatkan syira selesa sangat bila guna. Tapikan sekarang ni susah sangat nak jumpa stok. Hampir pupus ke macam mana. Hahahhaaha. Rupanya produk ni di rebranding jadi Herbal Spray


So baru baru ni syira ada la beli herbal spray ni. Tapi kan agak frustrated. Sebabnya saiz botol semakin kecik pulak. Berbeza dengan sebelum ni botol memang besauuu. Ce tengok kat bawah. Syira tanya dekat seller, ni memang yang besar ke, Ya, dia cakap memang yang saiz besar.




Redha jela. Dah beli kan. Hehehe. Cuma syira terpikir yang pack lama tak jual lagi ka. Memang susah benor nak jumpa orang jual yang pack lama. Kalau korang nak tau, body spray ni sesuai jugak digunakan untuk slimming tau. Just sembur ja dekat bahagian berlemak tu. Tak caya? Cuba google kebaikan body spray therapy!






 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page