Tuesday, 17 April 2018

Bersantai di Gegaria Fest 2018


Bersantai di Gegaria Fest 2018 l Assalamualaikum semua! Dah minum petang ka tuu? Ahad lepas syira dan family mengunjungi Festival Gegaria di Amanjaya Mall, Sungai Petani. Actually, tak rancang pun nak pi. Yela, syira ni sejak ada anak ni kurang gemar sikit tempat yang crowded. Bukan apa, takut medina tak selesa. Tapi husband macam beria sangat nak pi. I was like serious laaa laki aku ni, bukan tak suka ka hadap jem. So syira pun okay jela. Bawak family tengok dunia sat.
Sampai ja dekat sana, berpusing kami cari parking. Dah expect pun memang akan takdak parking. Biasalah kan. Around 15 minutes macam tu baru kami dapat parking. Nasib tak basah tiak kita wakk. Nak basah menda dah dok dalam keta ja.
Well, nothing much sebenarnya Gegaria ni. Ada la a few program yang dijalankan. Antara yang menarik, throwback tunnel. Macam pameran barang bersejarah dalam tu. Syira tak masuk, just usha dari luar sebab stroller tak boleh masuk. Menyesal tak bawak baby carrier wakkk. Mencik.
Dalam 'My Game On' ni ada stimulation game macam lumba keta
Selain dari tu, ada gerai pameran Boost. Ala, boost app tu. Kalau korang register dapat topup free tau. Try lah download. Kalau nak makan jangan risau, ada je food truck kat situ. Tapi faham jelah harga macam mana. Air kordial pun RM3 wakkk. Hmm sabor jelah. Berhuhuhu kita dengaq tau.
Congkak gergasi
Pentas utama
Antara artis yang sempat nampak masa tu Nabila Razali tengah kongsi slot tips fesyen. Chazynash pun ada tu pun sebab terserempak dalam mall. Rushing tak tau kemana dia. Hehehe. Acara kemuncak Gegaria Fest ni mesti la konsert tapi malam la. Dengaq cita hujan masa konsert dijalankan. Sabor jelah. Haaa.. tak palah tujela nak cita. Terima kasih la sebab sudi membaca syira membawang pepetang ni. Bye
Sebab rasa reben belakang ni comel sebab tulahhh.. hehe bye
Gegaria Festival telah pun melabuhkan tirainya. So harap lepasni ada lagi la kan



Saturday, 14 April 2018

Letter of Happiness Giveaway by Blog Siqahiqa


Assalamualaikum

klik banner untuk join :)
Tamat 13 May



Friday, 13 April 2018

CokkoWhite Lightening Soap : Sabun Terbaik Penghapus Daki



Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hello there! Sihat ke korang? Entry kali ni syira nak kongsi dengan korang mengenai sabun ajaib penghapus daki. Eh apa tu sabun ajaib penghapus daki? Haa.. nama produk ni adalah Cokkowhite Lightening Soap.
Cokkowhite Lightening Soap ni merupakan produk buatan Malaysia yang diedarkan oleh Aura Menawan Sdn Bhd. Menariknya, sabun cokkowhite ni juga salah satu produk yang menggunakan bahan organik. Wah, syira suka sangat produk organik sebab kita tau produk tu tak mengandungi bahan terlarang.
Yang pastinya, Cokkowhite Lightening Soap ini halal digunakan. Bukan itu ja, produk ni jugak telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Dah dapat kelulusan KKM, of course la kita tak perlu ragu ragu untuk guna kan.
Ni laa produknyaaa..
Yang hijau tu sabun dia. Wangi sangat

Bahan Utama Cokkowhite Lightening Soap
  • Isi kelapa - Eh eh guna isi kelapa? Uniknya. Isi kelapa yang digunakan sebagai skrub bagi menanggalkan daki yang degil supaya kulit lebih bersih dan cerah tanpa kerak daki 
  • Minyak zaitun - Ramai yang tau kebaikan olive oil kan. Salah satu bahan antioksida bagi mengelakkan kulit kita sebarang kesan radiasi yang merbahaya
  • Tea tree oil - Minyak teh yang digunakan bagi mengurangkan kesan parut yang disebabkan oleh jerawat selain itu menghilangkan jeragat
  • Fucowhite - Merupakan bahan yang digunakan bagi memutihkan kulit dan mencerahkan kulit
  • Vitamin C - Digunakan di dalam sabun bagi melindungi kulit kita supaya tidak kering, sentiasa lembap dan tidak mengelupas

Kebaikan Cokkowhite Lightening Soap
  • Membantu menghilangkan daki daki degil, parut jerawat serta jeragat di kulit muka dan juga badan
  • Membantu memudarkan kesan sunburn
  • Berkesan dalam mencerahkan dan memutihkan kulit
  • Terbukti menghilangkan bau badan yang tidak menyenangkan apabila berpeluh
  • Membantu kulit supaya kekal lembut dan juga melewatkan proses penuaan
  • Kulit menjadi lembap sentiasa
  • Menghilangkan bintik bintik di muka dan badan
  • Sesuai untuk individu yang suka travel

Cara penggunaan
Cara guna yang semudah A, B,C okay. Hanya perlu cuci atau sental di bahagian yang gelap dan berdaki. Biarkan selama satu atau dua minit sebelum dibilas dengan air bersih. Mudah kan? Oh yaa, korang boleh guna setiap kali mandi atau sebelum nak tidur tu boleh cuci dulu muka.

Testimoni Syiera
Sepanjang hampir seminggu syira menggunakan Cokkowhite Lightening Soap memang berkesan bagi syira. Syira mempunyai masalah kesan parut jerawat. Bila guna sabun ajaib ni hari hari, parut jerawat semakin pudar. Bau dah la wangi. Lepas cuci muka dengan sabun ni terus rasa fresh. Selain tu, syira ni ada jugak masalah kulit kering. Senang mengelupas lebih lebih lagi kalau terdedah dengan sinaran matahari. Alhamdulillah, sepanjang guna sabun Cokkowhite ni, kulit kekal lembu dan lebih lembap. Moist gituuu. The best part is, kesan make up senang gila tanggal. So tak payah nak guna makeup remover. Jimat kan.
Habis foundation syira tertanggal :)
Sebagai surirumah full time okay, syira dah terbiasa dengan kerja rumah. Apa kaitan dengan sabun ni pulak? Haha. Ada la sebab kulit tangan syira rasa kasar ja. Tapi tak perlu risau sebab sabun Cokkowhite ni mampu melembutkan kulit tangan syira. Kalau sunburn pun senang. Sental ja nanti terus putih.
Fokus tangan kiri syira okay. Yang pakai cincin tu
Taraa.. hasilnya

Harga asal Cokkowhite Lightening Soap
Sekotak RM70
Sekarang tengah ada PROMOSI !!
PAKEJ A
1 kotak RM60 FREE POSTAGE
PAKEJ B
2 kotak RM100 with 2 SPECIAL FREE GIFT AND FREE POSTAGE

Berminat? Sebarang pertanyaan boleh dihubungi di details bawah ni:-
Facebook page: Cokko White
Contact number: 010-2826344 / 014-2636132




Wednesday, 4 April 2018

Review: Rawat Selsema Bayi Dengan Garlic Balm


Assalamualaikum

Sejak dua menjak ni kan kejap hujan kejap panas. Kadang siang panas terik, bila mai petang sikit hujan. Disebabkan cuaca tak menentu ni Medina kena selsema pulak. Alhamdulillah nasib tak demam. Kalau demam lagi pening kepala ibu. Sepanjang medina selsema, syira tak bawak pun jumpa doktor.

Kalau boleh, syira taknak biasakan medina dengan ubat. Kita cuba rawat dengan remedy yang sedia ada. Kalau memudaratkan baru syira bawak jumpa doktor. Syira gunakan Garlic Balm homemade daripada ZM Beauty. Produk ni agak viral dekat facebook. So sebagai ibu ni, syira cuba la. Sebab tengok testimoni gempak gila.



Apa yang best pasal Garlic Balm ni?

*Tak panas dan sejuk
Selalukan balm ni panas tapi Garlic Balm ni tak panas. So sesuai sangat kalau nak gunakan untuk baby daripada pantang. Lagipun cepat meresap ke dalam kulit.

*Tiada paraben dan bahan kimia
Yang ni faktor paling penting sekali kalau kita nak guna untuk diri sendiri atau orang lain. Sebab kita kena pastikan betul-betul selamat digunakan.

*100% diperbuat daripada bawang putih
Hahahha.. yang ni syira nak tergelak sikit. First time syira dapat Garlic Balm ni, buka ja penutup dia bau semerbak bawang putih. Bawang putih yang dah digoreng gituuu. Macam nak makan pun ada. So bila sapu dekat medina tak dak la bau busuk sebab kalau orang tua dulu dorang kan bakar bawang putih pastu campur dengan minyak sikit.

*Mempunyai kelulusan KKM
Alhamdulillah produk ZM Beauty ni mendapat kelulusan KKM. Jadi selamat digunakan sebab 100% bahan yang digunakan organik.

Masa malam pertama syira sapu dekat Medina, memang dia merengek marah sebab yelakan korang suka ka orang dok sapu2 dekat hidung kalau tengah selsema? Gitu la kot perasaan dia. Rimas ibu dok kacau. Dahlah ibu geram ja dengar bunyi hingus yang tak nak keluar tu. Hehehe.

Surprisingly, masa lepas tidurkan medina, dia tetiba batuk. Batuk sampai termuntah atas tilam. Sob sob habis tilam ibu ayang oi. Tapi tak pa sebab medina muntahkan kahak dia. Lega syira tengok kahak keluar. Malam tu, medina tidur dengan lebih selesa. Tak dak la merengek sebab marah hidung tersumbat macam sebelum ni. Betullah petua orang tua dulu, guna bawang putih ja.

Kita yang dewasa pun elok jugak guna. Cara nak guna Garlic Balm ni mudah ja. Sapu sikit dekat dada, belakang badan, tapak kaki dan hidung. Guna sekiranya perlu. Medina bebas selsema lepas dua hari. Ibu pun happy tengok dia selesa. Hehe yelakan baby ni dia cranky semacam kalau dia tak sihat. Tapi tak pa syira sukaaaa layan dia cranky. Dalam medina tak sihat pun dia aktif. Sepahkan bilik tetap sepahkan walaupun tak sihat. Rutin wajib dia.

Eh dah la korang, nanti kita cita benda lain pulak.

P/s: selain guna Garlic Balm, suka di sini syira suggest balm yang lain spt Tasneem Naturel CF Balm dan Vick Baby Balsam. Kalau BF mom seeloknya makan bawang putih banyak2. macam syira, syira goreng bagi crunchy pastu makan dengan nasi panas-panas. Alaa.. macam orang pantang tu.

Kalau berminat untuk beli Garlic Balm, boleh whatsapp syira 0134497249



Saturday, 31 March 2018

Buat Duit Dengan Marketplace Tok Syed


Assalamualaikum


Sekarang ni nak harapkan duit gaji ja macam tak cukup ja kan, dengan keadaan ekonomi yang agak tak stabil memang memerlukan kita untuk buat dua tiga kerja dalam satu masa. Syira sendiri fulltime housewife ada la buat bisnes secara kecil-kecilan. So, terfikir jugak nak buat side buat duit online yang santai. Side income yang syira maksudkan Marketplace Tok Syed.

Apa tu Marketplace Tok Syed? Marketplace Tok Syed menyediakan satu platform untuk kita menambah side income yang agak lumayan secara talian sama ada:

>Kita berjual beli di Marketplace Tok Syed
>Menjadi pengedar
>Melalui program affiliate
>Kita melakukan job yang ditawarkan di Marketplace Tok Syed

Alhamdulillah syira baru join hari ni Marketplace Tok Syed dengan method yang ke-empat. Job yang dimaksudkan adalah seperti post di wall facebook, share link ke facebook, post review di media sosial, like facebook sesuatu perniagaan dan sebagainya. Average bayaran setiap job di antara RM2 hingga RM200 mengikut job yang ditawarkan. Ala, korang boleh ja buat bila bila masa sebab santai ja job yang ditawarkan.

Antara job yang ditawarkan di Marketplace Tok Syed..

Menarik tak? Kerja simple, cuma rajin dengan tak rajin ja. Sapa cepat, dia yang untung.

Bukti pendapatan yang syira join baru hari ni..

Sapa nak bagi RM21 dalam beberapa jam ja buat kerja ni. Sikit sikit lama lama jadi bukit. Betul tak?

Macam mana nak join Marketplace Tok Syed ni?

Apa apa pun korang kena register dulu. Sebab program yang ditawarkan hanya untuk ahli yang berdaftar sahaja. Yang tak berdaftar boleh pergi main jauh jauh ek. Eh lawak ja. Haha. Korang klik sini untuk daftar >> DAFTAR

Pastu korang isi la apa yang patut. Sampai dah selesai, korang tunggu email daripada pihak Tok Syed untuk tujuan pengaktifan akaun korang. Lepastu korang klik dekat Marketplace macam gambar bawah ni. Then klik job.

Taraaa.. terpampang senarai job yang masih dibuka untuk korang pilih. Pilih jelah yang mana menjadi pilihan kalbu. Muahehe. Kalau nak reward yang lumayan sikit boleh la tulis entry blog. Macam syira, syira pilih job tulis blog post ni RM150 (150 pitee).

1 pitee bersamaan dengan RM1. Okay faham tak ni anak-anak? Harap faham la ye.

Kalau ada soalan ke pastu nak register tadi tiba tiba sangkut dekat mana mana step, korang jangan panik. Korang boleh contact admin ni. Mengadu jelah apa masalah korang kat dia, nanti dia jawab okay. Masalah yang berkaitan ja, masalah rumah tangga jangan ko nak sibuk cerita pulak ye.

Nah klik sini kalau ada masalah >> KLIK SINI

Korang jugak boleh buat duit dengan affiliate di mana setiap ahli yang korang refer, korang akan dapat komisyen. Rasanya tak perlu cerita panjang sangat pasal method ni sebab dah terlalu kerap digunakan oleh mana mana platform.

Jadi korang jangan lupa daftar tau! Tak rugi pun. Sebab daftar percuma.





Thursday, 29 March 2018

Wonderful March Giveaway by Raydah Alhabsyi


Assalamualaikum


Joined :)


March Giveaway By Penselduabee


Assalamualaikum


Jom join uols


Cash Giveaway by FarhanaJafri



Assalamualaikum


Tamat 7 April :)



Birthday Giveaway by Mrs Pip



GA%2BMrs%2BPip
Birthday Giveaway by Mrs Pip

nak join GA ni, mrs pip letakkan beberapa syarat mudah:-
1/ buat entry bertajuk "Birthday Giveaway by Mrs Pip" , copy paste dan backlink kan banner di atas
2/ wajib follow blog mrs pip
3/ ada IG, wajib follow instagram mrs pip : www.instagram.com/mrspip18 
4/ ada FB, wajib follow FB page mrs pip : web.facebook.com/MrsPip18
5/ dah siap, sila letak link penyertaan korang kat kotak komen di bawah
GA ni akan tamat pada 8 April 2018, dan pemenang akan diumumkan, insyallah dalam masa seminggu selepas GA tamat. 
Pemilihan pemenang akan dibuat sama ada melalui random.org atau pemilihan cabutan bertuah oleh mrs pip sendiri , dan keputusan muktamad.

Seorang pemenang bertuah akan memenangi hadiah :-
  • face mask jenama b.live (fine line stoppage sheer off crease) x 3 sheets
  • Suaviss Colmado body wash 30ml x 2 bottles (random fragrance : lime, coconut, strawberry, grapefruit, mango)
  • pre-loved novel
  • hadiah misteri (wang tunai / skincare product / beauty products / shawl / atau lain lain produk)


Saturday, 20 January 2018

Tasneem Naturel Balm Kit Bayi Magik Medina


Assalamualaikum

Sejak sejak jadi ibu ni memang menjadi kebiasaan untuk syiera cari balm yang sesuai untuk kegunaan harian baby. Baru baru ni syiera diberi peluang untuk mencuba rangkaian produk Tasneem Naturel. Tasneem Naturel balm ni agak famous di media sosial. Mula mula tu syiera dok usha jugak nak beli untuk Medina tapi siapa sangka rezeki Medina dapat pulak try balm comel ni.

Tasneem Naturel balm ni merupakan produk keluaran Muslim yang diyakini halal untuk kegunaan orang Islam. Selain itu, produk ini juga mempunyai kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan turut dihasilkan di kilang OEM yang bertarafkan GMP (Good Manufacturing Practices).

Syiera bertambah tertarik untuk mencuba kerana Tasneem Naturel balm ni merupakan produk bebas daripada bahan kimia yang merbahaya seperti SLS, paraben dan bahan pewarna. Untuk pengetahuan korang, Tasneem Naturel balm ini juga dihasilkan dengan menggunakan bahan semula jadi dan pati minyak (essential oil) lebih daripada lima jenis EO sesuai dengan penggunaan setiap balm. Wah menarik kan? Terdapat empat jenis balm seperti berikut:

CoughFlu Time

Coughflu Time Balm antara favourite syiera untuk Medina. Sebab apa? Sebab balm magik ni boleh mengurangkan selsema, batuk dan sebagainya. Husband syiera baru baru ni berjangkit dengan sapa ntah selsema (hehehe jangan marah tok laki :P) terus syiera suruh sapu coughflu time. Esok tu alhamdulillah kurang selsema dia. Eh, apasal orang dewasa guna bukan baby? Haaa.. balm ni bukan untuk baby jelah. Orang dewasa pun boleh guna okay. Selain tu kan, balm ni mampu mengurangkan asma, menurunkan suhu badan kalau tetiba demam dan mencairkan kahak. Kalau untuk baby ni bagus sangat lah simpan satu. Standby kalau kalau Medina demam ka batuk ka, tahu tahu jelah kan bawah setahun mana boleh minum ubat.

Cara guna CoughFlu Time
Sapu pada hidung, tulang belakang, tekak, tapak kaki dan dada

Tummy Time
Eee..sukanya tummy time ni. Sebabnya Medina kadang kadang tak poo poo dua hari (which is normal for breastfeeding baby) pun syiera tak risau sangat. Bila syiera sapu ja tummy time kat perut dan tapak kaki Medina mesti Medina buang angin. Itu tandanya perut Medina dalam keadaan selesa dan tak sebu. Sesetengah baby kan kalau tak berak memang rasa kembung ja perut. So, tummy time memang bagus sangat untuk membuang angin dalam perut sesuai dengan ramuan balm ni yang mengandungi halia. Halia kan elok sangat untuk kita buang angin dalam badan. So korang yang rasa macam banyak angin boleh try tummy time balm ni okay.

Cara guna Tummy Time
Sapu pada perut dengan urutan ‘love’ dan tapak kaki

Sleep Time
Yang ni mesti kegemaran ibu ibu sekalian kan? Fungsi utama sleep time balm ini memudahkan anak untuk tidur lebih lena serta membaiki kualiti tidur anak. Selain itu, balm ini juga berkesan bagi membantu supaya anak bangun tidur dalam mood ceria. Happy ja kalau bangun. Medina ni boleh dikatakan kerap bangun malam tapi bukan bangun nak main ke apa. Bangun sebab mengigau ja. Orang Kedah cakap tidoq tak jerap. Hahahaha. So far, syiera dah cuba apply dekat Medina, kadar keberangkalian Medina untuk bangun tu berkurangan daripada sebelum ni. Kalau dia bangun pun untuk menyusu je. Ibu so happy. Sebab ibu pun boleh lena muahehe. Pada yang tak tau kalau korang rasa korang tidur tak lena, korang boleh jugak sapu sleep time balm ni bukan baby ja boleh sapu. Insyaallah lena tidur korang. Sapu nipis ja, jangan menebal pulak kalau ye pun nak nyenyak :P Ala gurau ja.

Cara guna Sleep Time
Sapu di nadi belakang telinga, tapak kaki, tulang belakang dan pergelangan tangan

Calm Time
Calm time balm ni syiera suka jugak. Eh semua balm syiera suka la macam tu. Calm time balm ni syiera gunakan sekali dengan sleep time sebab sangat berkesan bagi menenangkan anak sekiranya anak anda meragam atau dalam keadaan yang tidak selesa dan keletihan. Kalau Medina macam bad mood ja syiera sapu sikit dekat dia. Baby pun tau bad mood ke? Yes of course. Contohnya kalau dia panas. So Medina agak meragam sebab kurang selesa. Balm ni mampu melahirkan aura ketenangan gitu. Sebabnya bau balm ni yang sangat wangi dan kita yang bau pun rasa lebih relaks.

Cara guna Calm Time
Sapu di tulang belakang, tapak kaki, pergelangan tangan dan nadi belakang telinga

INFO MENARIK MENGENAI TASNEEM NATUREL BALM

  • Boleh digunakan oleh seisi keluarga. Daripada newborn sehingga dewasa
  • Bersaiz kecil dan comel packaging balm ini. Mudah dibawa ke mana saja
  • Dihasilkan dengan ramuan yang bermutu tinggi dan bebas kimia
  • Tasneem Naturel balm ini juga mampu tahan sehingga tiga bulan bergantung kepada penggunaan individu tersebut. Jimat kan?
  • Bau yang sangat wangi serta teksturnya yang tidak melekit, tidak pedih dan mudah meresap ke dalam kulit

HARGA TASNEEM NATUREL BALM

Harga bagi setiap unit Tasneem Naturel balm adalah RM49 bagi Semenanjung Malaysia dan RM52 bagi Sabah dan Sarawak. Berbaloi dan berpatutan kan? Sebab tahan sehingga tiga bulan.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut dan jika korang ingin menempah bolehlah melayari:

TASNEEM NATUREL NETWORK
15-1, Jalan Putra Kajang, Taman Putra Kajang, 43000 Kajang, Selangor

Hotline: 011-20964665(ORDER) / 010-8453469(DAFTAR AGEN&STOKIS)

Okaylah auntie..Medina dah mengantuk. Ibu dah sapu Sleep Time

Wednesday, 17 January 2018

Lama sangat menyepi.. Sebab ni laaa..


Assalamualaikum


Hai korang! 1st of all, minta maaf sangat syira jarang sangat nak update blog. Sejak sejak ada baby ni memang tak menyempat nak menaip. Hehe.. So sekarang ni baru la nak start balik aktif. Memandangkan ada masa free sikit. Untuk pengetahuan korang, syira telah selamat melahirkan baby girl pada 22 May 2017 secara c section. Alhamdulillah semuanya selamat.

Berat baby girl masa lahir 2.28 kg je. Kecik kan? Rata2 yang melawat semua tanya baby premature ka? Eh takkkk.. baby cukup bulan. Sebab syira beranak cukup 38 minggu. Tapi nak buat macam mana kan. Janji baby sihat. Nama yang telah diberikan ialah Nur Medina Insyirah. Maksudnya "cahaya kegembiraan kota Madinah". Syira memang suka nama ni start daripada dapat tahu pregnant lagi walaupun masa tu tak expect pun gegirl.

Sekarang ni Medina dah 7 bulan. Sekejap ja rasa dah masuk 7 bulan. Rasa macam baru ja beranak semalam. Muahaahaha.. Simptom mak mak yang tak dapat dielakkan. Medina dah start makan puree, bubur nasi etc. Alhamdulillah selera betul dia. Tak ada masalah bab makan. Semua dia bedal. Medina alhamdulillah full breastfeeding. Moga moga dapat rezeki full BF sampai cecah umur 2 tahun. Penah jugak ajar minum botol (masa tu try pump) tapi dia tolak botol. Hahaha tak apa la sayang. Janji sihat aja okay. Okay lah nanti syira update lagi pasal medina. Meh syira belanja sikit gambar medina. Muka sebiji ayah dia sob sob sob..

A few hours after deliver

Dalam pantang masa ni, abaikan muka ibu yang macam mak limah..

Ni masa 4 bulan. Sado ke idok?

ok tu aja.. bye auntie :)

 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page