Tuesday, 17 April 2018

Bersantai di Gegaria Fest 2018


Bersantai di Gegaria Fest 2018 l Assalamualaikum semua! Dah minum petang ka tuu? Ahad lepas syira dan family mengunjungi Festival Gegaria di Amanjaya Mall, Sungai Petani. Actually, tak rancang pun nak pi. Yela, syira ni sejak ada anak ni kurang gemar sikit tempat yang crowded. Bukan apa, takut medina tak selesa. Tapi husband macam beria sangat nak pi. I was like serious laaa laki aku ni, bukan tak suka ka hadap jem. So syira pun okay jela. Bawak family tengok dunia sat.
Sampai ja dekat sana, berpusing kami cari parking. Dah expect pun memang akan takdak parking. Biasalah kan. Around 15 minutes macam tu baru kami dapat parking. Nasib tak basah tiak kita wakk. Nak basah menda dah dok dalam keta ja.
Well, nothing much sebenarnya Gegaria ni. Ada la a few program yang dijalankan. Antara yang menarik, throwback tunnel. Macam pameran barang bersejarah dalam tu. Syira tak masuk, just usha dari luar sebab stroller tak boleh masuk. Menyesal tak bawak baby carrier wakkk. Mencik.
Dalam 'My Game On' ni ada stimulation game macam lumba keta
Selain dari tu, ada gerai pameran Boost. Ala, boost app tu. Kalau korang register dapat topup free tau. Try lah download. Kalau nak makan jangan risau, ada je food truck kat situ. Tapi faham jelah harga macam mana. Air kordial pun RM3 wakkk. Hmm sabor jelah. Berhuhuhu kita dengaq tau.
Congkak gergasi
Pentas utama
Antara artis yang sempat nampak masa tu Nabila Razali tengah kongsi slot tips fesyen. Chazynash pun ada tu pun sebab terserempak dalam mall. Rushing tak tau kemana dia. Hehehe. Acara kemuncak Gegaria Fest ni mesti la konsert tapi malam la. Dengaq cita hujan masa konsert dijalankan. Sabor jelah. Haaa.. tak palah tujela nak cita. Terima kasih la sebab sudi membaca syira membawang pepetang ni. Bye
Sebab rasa reben belakang ni comel sebab tulahhh.. hehe bye
Gegaria Festival telah pun melabuhkan tirainya. So harap lepasni ada lagi la kan



Saturday, 14 April 2018

Letter of Happiness Giveaway by Blog Siqahiqa


Assalamualaikum

klik banner untuk join :)
Tamat 13 May



Friday, 13 April 2018

CokkoWhite Lightening Soap : Sabun Terbaik Penghapus Daki



Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hello there! Sihat ke korang? Entry kali ni syira nak kongsi dengan korang mengenai sabun ajaib penghapus daki. Eh apa tu sabun ajaib penghapus daki? Haa.. nama produk ni adalah Cokkowhite Lightening Soap.
Cokkowhite Lightening Soap ni merupakan produk buatan Malaysia yang diedarkan oleh Aura Menawan Sdn Bhd. Menariknya, sabun cokkowhite ni juga salah satu produk yang menggunakan bahan organik. Wah, syira suka sangat produk organik sebab kita tau produk tu tak mengandungi bahan terlarang.
Yang pastinya, Cokkowhite Lightening Soap ini halal digunakan. Bukan itu ja, produk ni jugak telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Dah dapat kelulusan KKM, of course la kita tak perlu ragu ragu untuk guna kan.
Ni laa produknyaaa..
Yang hijau tu sabun dia. Wangi sangat

Bahan Utama Cokkowhite Lightening Soap
  • Isi kelapa - Eh eh guna isi kelapa? Uniknya. Isi kelapa yang digunakan sebagai skrub bagi menanggalkan daki yang degil supaya kulit lebih bersih dan cerah tanpa kerak daki 
  • Minyak zaitun - Ramai yang tau kebaikan olive oil kan. Salah satu bahan antioksida bagi mengelakkan kulit kita sebarang kesan radiasi yang merbahaya
  • Tea tree oil - Minyak teh yang digunakan bagi mengurangkan kesan parut yang disebabkan oleh jerawat selain itu menghilangkan jeragat
  • Fucowhite - Merupakan bahan yang digunakan bagi memutihkan kulit dan mencerahkan kulit
  • Vitamin C - Digunakan di dalam sabun bagi melindungi kulit kita supaya tidak kering, sentiasa lembap dan tidak mengelupas

Kebaikan Cokkowhite Lightening Soap
  • Membantu menghilangkan daki daki degil, parut jerawat serta jeragat di kulit muka dan juga badan
  • Membantu memudarkan kesan sunburn
  • Berkesan dalam mencerahkan dan memutihkan kulit
  • Terbukti menghilangkan bau badan yang tidak menyenangkan apabila berpeluh
  • Membantu kulit supaya kekal lembut dan juga melewatkan proses penuaan
  • Kulit menjadi lembap sentiasa
  • Menghilangkan bintik bintik di muka dan badan
  • Sesuai untuk individu yang suka travel

Cara penggunaan
Cara guna yang semudah A, B,C okay. Hanya perlu cuci atau sental di bahagian yang gelap dan berdaki. Biarkan selama satu atau dua minit sebelum dibilas dengan air bersih. Mudah kan? Oh yaa, korang boleh guna setiap kali mandi atau sebelum nak tidur tu boleh cuci dulu muka.

Testimoni Syiera
Sepanjang hampir seminggu syira menggunakan Cokkowhite Lightening Soap memang berkesan bagi syira. Syira mempunyai masalah kesan parut jerawat. Bila guna sabun ajaib ni hari hari, parut jerawat semakin pudar. Bau dah la wangi. Lepas cuci muka dengan sabun ni terus rasa fresh. Selain tu, syira ni ada jugak masalah kulit kering. Senang mengelupas lebih lebih lagi kalau terdedah dengan sinaran matahari. Alhamdulillah, sepanjang guna sabun Cokkowhite ni, kulit kekal lembu dan lebih lembap. Moist gituuu. The best part is, kesan make up senang gila tanggal. So tak payah nak guna makeup remover. Jimat kan.
Habis foundation syira tertanggal :)
Sebagai surirumah full time okay, syira dah terbiasa dengan kerja rumah. Apa kaitan dengan sabun ni pulak? Haha. Ada la sebab kulit tangan syira rasa kasar ja. Tapi tak perlu risau sebab sabun Cokkowhite ni mampu melembutkan kulit tangan syira. Kalau sunburn pun senang. Sental ja nanti terus putih.
Fokus tangan kiri syira okay. Yang pakai cincin tu
Taraa.. hasilnya

Harga asal Cokkowhite Lightening Soap
Sekotak RM70
Sekarang tengah ada PROMOSI !!
PAKEJ A
1 kotak RM60 FREE POSTAGE
PAKEJ B
2 kotak RM100 with 2 SPECIAL FREE GIFT AND FREE POSTAGE

Berminat? Sebarang pertanyaan boleh dihubungi di details bawah ni:-
Facebook page: Cokko White
Contact number: 010-2826344 / 014-2636132




Wednesday, 4 April 2018

Review: Rawat Selsema Bayi Dengan Garlic Balm


Assalamualaikum

Sejak dua menjak ni kan kejap hujan kejap panas. Kadang siang panas terik, bila mai petang sikit hujan. Disebabkan cuaca tak menentu ni Medina kena selsema pulak. Alhamdulillah nasib tak demam. Kalau demam lagi pening kepala ibu. Sepanjang medina selsema, syira tak bawak pun jumpa doktor.

Kalau boleh, syira taknak biasakan medina dengan ubat. Kita cuba rawat dengan remedy yang sedia ada. Kalau memudaratkan baru syira bawak jumpa doktor. Syira gunakan Garlic Balm homemade daripada ZM Beauty. Produk ni agak viral dekat facebook. So sebagai ibu ni, syira cuba la. Sebab tengok testimoni gempak gila.



Apa yang best pasal Garlic Balm ni?

*Tak panas dan sejuk
Selalukan balm ni panas tapi Garlic Balm ni tak panas. So sesuai sangat kalau nak gunakan untuk baby daripada pantang. Lagipun cepat meresap ke dalam kulit.

*Tiada paraben dan bahan kimia
Yang ni faktor paling penting sekali kalau kita nak guna untuk diri sendiri atau orang lain. Sebab kita kena pastikan betul-betul selamat digunakan.

*100% diperbuat daripada bawang putih
Hahahha.. yang ni syira nak tergelak sikit. First time syira dapat Garlic Balm ni, buka ja penutup dia bau semerbak bawang putih. Bawang putih yang dah digoreng gituuu. Macam nak makan pun ada. So bila sapu dekat medina tak dak la bau busuk sebab kalau orang tua dulu dorang kan bakar bawang putih pastu campur dengan minyak sikit.

*Mempunyai kelulusan KKM
Alhamdulillah produk ZM Beauty ni mendapat kelulusan KKM. Jadi selamat digunakan sebab 100% bahan yang digunakan organik.

Masa malam pertama syira sapu dekat Medina, memang dia merengek marah sebab yelakan korang suka ka orang dok sapu2 dekat hidung kalau tengah selsema? Gitu la kot perasaan dia. Rimas ibu dok kacau. Dahlah ibu geram ja dengar bunyi hingus yang tak nak keluar tu. Hehehe.

Surprisingly, masa lepas tidurkan medina, dia tetiba batuk. Batuk sampai termuntah atas tilam. Sob sob habis tilam ibu ayang oi. Tapi tak pa sebab medina muntahkan kahak dia. Lega syira tengok kahak keluar. Malam tu, medina tidur dengan lebih selesa. Tak dak la merengek sebab marah hidung tersumbat macam sebelum ni. Betullah petua orang tua dulu, guna bawang putih ja.

Kita yang dewasa pun elok jugak guna. Cara nak guna Garlic Balm ni mudah ja. Sapu sikit dekat dada, belakang badan, tapak kaki dan hidung. Guna sekiranya perlu. Medina bebas selsema lepas dua hari. Ibu pun happy tengok dia selesa. Hehe yelakan baby ni dia cranky semacam kalau dia tak sihat. Tapi tak pa syira sukaaaa layan dia cranky. Dalam medina tak sihat pun dia aktif. Sepahkan bilik tetap sepahkan walaupun tak sihat. Rutin wajib dia.

Eh dah la korang, nanti kita cita benda lain pulak.

P/s: selain guna Garlic Balm, suka di sini syira suggest balm yang lain spt Tasneem Naturel CF Balm dan Vick Baby Balsam. Kalau BF mom seeloknya makan bawang putih banyak2. macam syira, syira goreng bagi crunchy pastu makan dengan nasi panas-panas. Alaa.. macam orang pantang tu.

Kalau berminat untuk beli Garlic Balm, boleh whatsapp syira 0134497249



 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page