Saturday, 30 June 2018

Review Genki Pants & Tape

Review Genki Pants & Tape | Assalamualaikum korang. Selamat hari raya puasa btw. Maaf zahir dan batin kalau ada tersalah kata daripada syira 🌹 Dah raya ni mesti banyak makan kan? Sama la syira. Habis rosak diet tau. Haha tapi takpa la. Inikan raya. Gituuuu 😂
Dah jadi mak mak ni kan mesti semua barang baby kena survey dan cuba. Syira pun tak terlepas daripada benda yang sama. Terutamanya pasal diaper Medina.
Penting tau pemilihan diaper ni. Sebab salah pilih nanti naik ruam la dekat baby. Medina masa lahir guna Petpet newborn sebab sesuai dengan cutting yang kecik dan design diaper yang menjaga area pusat baby. Lagipun baby baru lahir ni kerap berak. So sesuai sangat kalau beli Petpet sebab murah.
Bila masuk dua bulan macam tu, syira tukar kepada Tesco Love. Bagi syira, jenama tesco agak bagus kualiti. Tebal tapi agak berbau bila dah penuh. Selalu harga dalam RM27+. Then tukar Huggies Pants. Ya ampun bocor wakk. Medina ni kalau poo poo memang sejenis yang banyak🙈 Tebal tapi cutting kecik. So kalau baby korang montok macam Medina ni tak syor sangat guna Huggies Pants😂
Tukar lagiiii. Pakai pulak Huggies Ultra Pants for girls. Yang ni memang puas hati pakai tapi harga kena urut dada kalau nak beli. Selalu dalam RM40++. Nangis mak okay😧 Ada la beberapa bulan jugak syira beli. Sampai la syira cuba Genki Pants. Alhamdulillah serasi dengan Medina.
Medina berak pun tak bocor wakk. Yang ni paling best. Kualiti tip top. Tebal dan lembut. Cutting besar. Sesuai kalau nak travel. Sebab kekal kering je kalau penuh. Selalu kalau dekat Tesco dapat la harga RM33+. Kalau promosi dapat la dalam RM29+. Tapi syira selalu beli dekat Gmart, harga RM27.80. Murah kan?
Kiri Genki Tape. Kanan Genki Pants
Ketebalan Genki Tape & Pants
Tapi kan.. selalu habis size Medina😤 Asal nak beli ja habis. Hahaha so syira terpaksa cari alternatif lain. Kira backup kalau pants habis. Syira beli Genki Tape. Ada 62 pcs. Lebih 12pcs compare to Genki Pants. Harga syira beli dekat Tesco masa promo RM29.99. Cutting besar macam Genki Pants. Lembutnya Masyaallah. Ibu rasa nak buat lapik bantal tau. Over betul 😅
Ketebalan pun sama macam pants. Tapi kena sentiasa pakaikan Medina seluar sebab dia pandai buka tape😑 Sepanjang syira pakaikan dekat Medina, tak mudah bocor. Kering. Cuma cepat penuh pulak. Dia punya londeh tu dah macam bawak karung emas😩 Setiap 2 jam kena tukar. Kalau Pants tahan sampai 4 jam pun still okay takdak hal.
So conclusion-nya, Genki Tape boleh digunakan sebagai backup. Tapi tak sesuai untuk travel. Kalau duduk rumah okay. Kalau keluar gi mana mana kena guna Pants ye Medina. Okay tu jelah nak bebel wak. Semoga bermanfaat ye. 

Tuesday, 26 June 2018

Penginapan Awesome di Grand Bluewave Hotel

Terletak di kawasan strategik pada pinggir bandaraya Kuala Lumpur dan di tengah-tengah pusat perniagaan dan komersial Shah Alam, hotel bertaraf 5 bintang ini berkordinasikan bersebelahan Muzium Negeri dan Perpustakaan, dengan hanya 5 minit berjalan kaki dari Masjid Shah Alam yang terkenal. Ia juga merupakan lokasi yang sempurna untuk perniagaan dari Kuala Lumpur dengan hanya 40 minit ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang.
Hotel yang berstatus 5-bintang mewah ini terletak di kawasan yang terkenal. Dikelilingi oleh rumah bandar, kawasan mewah ini juga menawarkan akses mudah ke pelbagai pusat membeli-belah dan tempat makan yang terbaik pada harga yang berpatutan di sekitar kawasan ini. Para tetamu boleh mengunjungi tapak ruang niaga seperti Plaza Alam Sentral dan Shah Alam Mall. Hotel ini pun mempunyai 341 bilik dan suite direka mewah yang menggabungkan semua kemudahan moden yang diperlukan untuk penginapan yang hebat. Hotel yang berkelas perniagaan, Grand Blue Wave Hotel Shah Alam ini jugak mempunyai lokasi dan bilik-bilik yang indah lagi kondusif yang sesuai untuk pelancongan, perniagaan dan percutian. Maka Tidak hairanlah tempat yang bagus ni untuk di jadikan pusat untuk korang menginap, Grand Blue Wave Hotel Shah Alam adalah pilihan yang baik jika korang melawat Malaysia.
Berjarak 12 minit berjalan kaki dari Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz yang ikonik, hotel perniagaan moden ini berjarak 5 km dari stesen keretapi Shah Alam dan 13 km dari Saujana Golf and Country Club. Senang cerita untuk korang, hotel ni adalah yang terbaik dan awesome untuk traveller macam korang sebab kawasannyer yang strategik lagi kondusif ye gais!

Korang jugak boleh bersenam di pusat perniagaan yang lengkap atau menikmati urutan spa tanpa rasa segan silu. Hotel ini juga mempunyai private untuk kaum hawa ye. Perkhidmatan penyewaan kereta dan tempat meletak kereta percuma jugak disediakan untuk guest, ok. Restoran Cina Tung Yuen menyajikan hidangan antarabangsa manakala hidangan tradisional Jepun dapat dinikmati di Agehan Restaurant. Pilihan menjamu selera yang lain termasuklah bahan basah yang segar di Restoran Borak-Borak.

Bagi korang yang suka aktiviti indoor bolehlah try berenang di Kolam renang, Kolam dalaman, Tab mandian panas atau jakuzi. Untuk team korang yang selalu berasa sengal-sengal sendi badan atau memang nak berurut sangat tu bolehlah try berurut di spa.
Makanan berstatus halal juga disediakan. Selain itu kita tidak perlu bimbang tentang aspek halal lain seperti sabun, gigi, sikat, sabun dan lain-lain semuanya halal... Awesome kan, gais?

Korang bolehlah menikmati kemewahan secara menyeluruh di hotel perniagaan 5-bintang di tengah-tengah Shah Alam dengan perkhidmatan mesra pelanggan, kondusif lagi kreatif. Selain itu, hotel ini jugak popular dengan hospitaliti yang unik yang mempunyai unsur penting dalam dedikasi dengan bercirikan tradisi masyarakat Jepun terhadap fasilitinya.

Dari segi kelainannya kalau korang Grand BlueWave Hotel Shah Alam menawarkan 341 bilik mewah termasuk 280 bilik deluxe, 58 suite, 2 bilik penjagaan khas dan Presidential Suite untuk penginapan korang yang sempurna di Shah Alam. Semua bilik dilengkapi dengan fasiliti moden dan dengan tingkap kaca yang luas yang menawarkan pemandangan panorama 'Blue Mosque' atau bandar dalam taman di Shah Alam.

Bilik-bilik yang dihias dengan hangat dilengkapi minifridges, TV dan peti keselamatan, serta kemudahan teh dan kopi. Ada yang mempunyai pandangan masjid. Bilik-bilik kelab menambah akses ke lounge peribadi, sementara suite tingkat atas mempunyai tab pusaran air dan ruang makan. Tingkat satu-satunya wanita, Wi-Fi dan perkhidmatan bilik 24/7 juga tersedia untuk korang.

Kemudahan termasuk 4 restoran (termasuk Cina dan Jepun), sebagai tambahan kepada bilik kecergasan dan kolam renang luaran. Terdapat juga pusat perniagaan untuk bermesyuarat dan berbengkel di ruang acara. Pada hari raya aidilfitri kali ni, Hotel Grand Bluewave ada special deals untuk korang. Kalau korang nak tau, korang kenala pegi website traveloka online for more details. Jadi ape yang termenung berfikir-fikir lagi gais, jomlah kita ke Hotel Grand BlueWave ni. Cantekkk!

Saturday, 23 June 2018

Ronaldmohoni.com Hari Raya Aidilfitri 2018 Giveaway

Tekan gambar untuk join 😊

Friday, 22 June 2018

Beba Ifa 2nd Giveaway Raya!


Giveaway ini akan berakhir....bila-bila saja..jom blogwalking sambil beraya sakan nanti!
Tekan-tekan dah dapat duit raya..
All the Best!

Wednesday, 13 June 2018

A Fresh New Addition to Domino’s Hottest Korean Sensation

SELANGOR, June 13, 2018 – Fall in love all over again with the sweet and spicy Ssamjeang flavors especially created by Domino’s Pizza. Hot on the trail of its popular Ssamjeang Pizza range, Domino’s introduces its latest addition, the new Ssamjeang Prawn pizza, the fourth variant added to the range.

Featuring springy, succulent prawns marinated with Italian herbs & spices coupled with nutritious seaweed that’s rich with umami flavour, fresh cherry tomatoes, green peppers, sprinkled with roasted sesame seeds atop the specially developed Ssamjeang sauce, the Ssamjeang Pizza is packed with well-balanced flavors and textures. 

Speaking on the new flavors, Shamsul Amree, Senior General Manager, Operations, Domino’s Pizza Malaysia and Singapore said, “We received tremendous love and support from our customers and Korean fans when we first launched the Ssamjeang Tuna, Chicken and Beef. The response was overwhelming and to cater to the growing request of the Ssamjeang pizzas, we have taken it further and created Ssamjeang Prawn. We believe this new addition enhances the flavor profile of the Ssamjeang sauce especially with the delicious combination of multiple flavours and textures in a single pizza.”

“We are heartened by the positive response from our customers and we hope this new flavor will be well received as well. Fasting month and the Raya period is a great opportunity to get together with family and friends while enjoying your favorite pizzas. We are offering fantastic deals for the festive period and we hope our customers will take up the opportunity to enjoy this latest item on our menu while it lasts!” 

Truly inspired by Malaysians love for Korean food, Domino’s Ssamjeang Pizzas were specially crafted to deliver the perfect combination of savory, sweet and spicy flavors. Versatile and flavorful, the Ssamjeang sauce is also available with Ayam-haseyo Chicken Wings, a side of chicken wings baked to perfection with an outer coating of the deliciously addictive Ssamjeang sauce. 

During the festive Ramadan and Raya period, customers can enjoy Ssamjeang Prawn with the two combo deals namely Ssamjeang Buddy Combo and the Ssamjeang Super Combo. Priced at RM37.65(GST zero-rated price), the Ssamjeang Buddy Combo includes one Regular Ssamjeang pizza, one Ayam-Haseyo, one Garlic Twisty Bread and two cans of soft drinks; while the Ssamjeang Super Combo, priced at RM56.51(GST zero-rated price) comprises of two Regular Pizzas, one Ayam-Haseyo, one Cheesy Mozzarella/Cheddar Stix and a bottle of 1.5L soft drink. 

The all new Ssamjeang Prawn is available at all Domino’s Pizza stores for a limited time only, from June 4 to July 1, 2018, while stocks last. 
Visit Domino’s stores, order online at http://www.dominos.com.my/, or call 1300-888-333 to make an order. To learn more about Domino’s Pizza Malaysia’s Ssamjeang Prawn Pizza as well as other ongoing promotions, visit us at http://www.dominos.com.my/. 
About Domino’s Pizza 

Delivering more than 1 million pizzas a day worldwide, Domino’s Pizza is the world’s leading and fastest growing pizza delivery company committed to upholding the industry in product quality and operational excellence. Globally, Domino’s Pizza Inc. operates a total network of more than 14,000 owned and franchised stores throughout the U.S. and in over 85 markets. Domino’s internationally ranks in the top five companies in online transactions. 
Domino’s Pizza Malaysia is the largest Domino’s market in Southeast Asia and fifth largest in Asia Pacific. Established in 1997, Domino’s Malaysia is managed by master franchise holder, Dommal Food Services Sdn Bhd. To date, there are 217 Domino’s Pizza stores in the country.
At Domino’s Pizza, we take PRIDE in our commitment to enrich the lives of our customers, employees, partners, shareholders and communities. As one of the most lovable brands in Malaysia, we will go the extra mile for your smile as well as uphold our culture to ‘sell more pizza, have more fun’. Embracing our company’s philosophy of smart hustle, Domino’s is committed to provide customers with the ultimate pizza delivery experience, with its product satisfaction guarantee, 30-minutes delivery guarantee and 15-minutes take-away guarantee. 
Forging ahead as an e-commerce entity, Domino’s Pizza has led many firsts in its digital platforms. Domino’s Pizza Malaysia has leveraged on the digital world to the best of its advantage and this began when it was certified as the first QSR company to provide an online ordering platform by the Malaysian Book of Records with the launch of its website in 2003. Domino’s Pizza Malaysia’s online ordering platform is also ranked #1 for its online speed of service in the QSR industry. 
Domino’s is the award winner of the 2009, 2010, 2011, 2012 and 2016 Gold Franny Award, a distinguished Achievement Award of the International Franchise Association at the Domino’s Pizza Worldwide Rally. In a show of confidence by Malaysian consumers, Domino’s Pizza won Bronze in the "Restaurant & Fast Food" category of the prestigious Putra Brand Awards 2014, silver in 2015, bronze in 2016 and Silver in 2017.
Customers can call Domino’s at 1-300-888-333 or log on to its website at www.dominos.com.my to place their orders. For latest updates, please visit Domino’s Pizza Malaysia’s Facebook at https://www.facebook.com/DominosMY/ or Instagram at https://www.instagram.com/dominosmy/. 

Thursday, 7 June 2018

Tips Bengkak Susu

Tips Bengkak Susu | Assalamualaikum uols! Sihat ke? Syira tak berapa sihat 😥 Tetiba jadi bengkak susu. Normally, bengkak susu terjadi disebabkan susu tidak dikeluarkan dengan secara betul atau efisien. Tapi kes syira ni, medina kurang menyusu sebelah siang. Acuh tak acuh je dia. Asyik nak main je. Itu pasal la malam semalam syira rasa sakit di sekitar payudara.
Sakit betul rasa dia. Bagi yang tak penah alaminya, rasa sakit dia macam kita nak datang period kan sometimes breast rasa tegang dan sakit. Lebih kurang macam tulah. Actually ini kali ketiga syira bengkak susu. Masa pantang dulu tak jadi. Huhu jadi apa yang perlu buat kalau bengkak susu?
Tuam sejuk dan panas
Setiap kali jadi bengkak susu, syira akan tuam sejuk dulu lepas tu baru tuam panas. Boleh guna ice pack atau balut ais pastu tuam di sekitar breast. Kenapa tuam sejuk? Sebab nak bagi rasa kebas. So kurang sikit sakit. Then tuam panas menggunakan tuala yang direndam dengan air suam. Yang ni bagus sebab air suam mampu melancarkan ketulan susu yang tak keluar tu.
Kerapkan breastfeeding
Ini tips paling penting kalau bengkak susu. Sila lah kerapkan penyusuan supaya susu dapat dikeluarkan. Lagi kerap lagi bagus.
Letak kobis
Ini petua orang tua dulu. Syira cuba petua ni. Memang menjadi. Tapi tak boleh letak lama. Sebab ada kajian mengatakan letak kobis ni penyebab susu kering. Alhamdulillah syira tak alami hal tu. Lain orang lain kesannya.
Pam susu
Part ni menangis nak buat. Macam syira, medina ada masa dia menyusu sat ja so kena lah pam. Memang sakit tapi kena tahan. Perlu diingatkan untuk pam pun jangan sampai breast kosong. Agak2 kita rasa lega. Sambil2 pam sambil urut/tuam bahagian ketulan tu.
Mandi air suam
Yang ni syira pernah buat sekali je. Tapi bagus untuk melancarkan susu yang berketul. Boleh cuba yang ni.
Ini antara tips yang syira gunakan bagi meredakan bengkak susu. Selalunya bengkak susu sembuh dalam 3 hari. Tapi kalau rasa macam memudaratkan, sila ke klinik okay. Jangan biar. Satgi jadi benda lain pulak. Okay itu saja. Byeee 😊😊


Tuesday, 5 June 2018

Drama Nur TV3 - Sarat Dengan Mesej Mendalam

Drama Nur TV3 - Sarat Dengan Mesej Mendalam l Terus terang, syira dah jarang sangat tengok drama melayu TV3 terutama sekali drama pukul tujuh hehehhe Ramadan kali ni, syira tertarik untuk layan drama Nur. Lakonan mantap Amyra Rosli, Syafiq Kyle dan ramai lagi. Syira suka drama ni sebab penuh mesej mendalam. Terutamanya pasal Islam.
Hormat ibu
Walau apa pun yang terjadi dekat Adam, Adam tak pernah melawan ibunya. Yang ni syira salute. Yelakan cinta Adam dan Nur kan dapat tentangan hebat daripada ibu dan kakak Aishah. Adam tetap hormat ibunya walaupun betapa kerasnya hati ibu dia untuk menerima menantu dia (Nur) yang pernah menjadi seorang pelacur. Pelacur yang tak pernah berhubungan seks pun tapi tetap dipandang serong.

Seorang ayah yang tidak judgemental
Yang ni serius wehhh syira suka gila watak Datuk Jalaluddin Hassan. Terkesan watak beliau. Cara beliau support Adam supaya membimbing Nur tanpa perlu judge siapa latar belakang Nur. Lebih lebih lagi bila beliau bagi nasihat dekat Adam. Suka betul dengar.

Taat dengan Yang Satu
Nur yang hidup bergelumang dengan dunia lorong tapi dia tak pernah sekali pun lupa untuk bersujud pada Allah. Sungguhpun dia mendapat tentangan ibu dia yang menghalang dia untuk solat tapi dia tetap taat dalam menjalankan kewajipan muslimah. Kesian dia wehhh. Hidup penuh cabaran.

Ini antara mesej yang syira sempat take note. Korang kena layan baru korang merasai apa syira cakap. Giteww. Dalam banyak banyak watak dalam drama ni, watak Ustaz Hamadi la paling syira tak suka. Dia punya munafik tu menjadi betul. Berserban bagai tap kaki pelacur. Geram ja dengan watak ni. Tak habis habis nakkan Nur. Padahal Nur dah jadi biras dia. Hahahahha korang layan la sendiri. Assalamualaikum


Chomel Baby Pelindung Sempurna Kebersihan Si Manja

Chomel Baby Pelindung Sempurna Kebersihan Si Manja l Assalamualaikum dan salam sejahtera. Eh dah lama tak ketemu. Sihat ke korang? Kalau sihat alhamdulillah. Kalau tak sihat jangan lupa makan ubat ya dah nak dekat raya ni. Alhamdulillah tinggal lagi seminggu lebih untuk kita menyambut aidilfitri. Dah beli ke baju raya? Syira dah beli online. Senang semua di hujung jari. Giteww..
Medina pun alhamdulillah dah genap setahun pada 22 Mei lepas. Dah besar anak ibu. Semakin medina membesar ni semakin mencabar nak menjaga dia. Yelakan first time mother. Masih lagi belajar nak jadi ibu. Ilmu tak cukup lagi ni. Macam macam perangai dia tambah tambah dalam peringkat usia sekarang semua benda medina nak masukkan dalam mulut.
Sepertimana yang korang tahu medina pernah terkena penyakit kaki tangan dan mulut bulan lepas (Boleh baca sini), so penjagaan kebersihan medina memang syira utamakan sekarang. Tak nak dah berulang macam dulu. Kesian dia bila dia jatuh sakit. Ibu jugak yang risau nanti. Bagi menyelesaikan masalah tu, syira mencuba sendiri produk Chomel Baby iaitu Chomel Foaming Hand Wash dan Chomel Hand Sanitizer.

Chomel Hand Sanitizer
Syira paling suka menggunakan hand sanitizer ni sebab sangat berguna untuk ibu macam syira. Sebabnya setiap kali lepas handle diaper medina sememangnya syira akan apply hand sanitizer bagi menjaminkan kebersihan tangan syira. Yelakan nak pegang medina kan so memang kena make sure tangan bebas kuman. Packaging Chomel Hand Sanitizer ni comel sangat dan bau sangat wangi.
Senang untuk dibawa ke mana sahaja. Secure tak mudah tumpah. Baru baru ni syira travel dari Kedah ke Selangor memang syira bawak. Letak je dalam handbag. Nak guna tuang ja sikit. Sikit je tau sebab hand sanitizer ni mudah meresap ke dalam kulit dan cepat kering. Syira siap letak dekat tangan medina lagi lebih lebih lagi kalau dia selesai makan sebab ia mampu membunuh 99.9% germs dan bakteria. Harga hand sanitizer ni RM7.90 sahaja ibu ibu. Jom grab satu!

Chomel Foaming Hand Wash
Selain daripada tu, untuk menjaminkan kebersihan bayi korang kena cuba Chomel Foaming Hand Wash ni. Wajib simpan satu dalam rumah sebab sangat berguna. Formula Chomel Foaming Hand Wash yang berbuih mampu membersihkan kotoran yang melekat dekat tangan bayi dan jugak pelembap semula jadi. Faham faham jelah ada anak kecik ni. Kadang makan tumpah sana sini. Ibu nak suapkan dia pun sibuk nak suap sendiri.
End up habis comot tangan medina. Tapi tak pa, guna je Chomel Foaming Hand Wash untuk cuci tangan medina. Dia pun suka main buih hehehehe. Chomel Foaming Hand Wash ni tak perlu campur air tau. Just basahkan tangan then tekan sikit pastu gosok sehingga bersih. Jangan terkena mata tau satgi pedih pulak mata tu. Harga Chomel Foaming Hand Wash ni RM15.90 sahaja uols.
Apa yang bestnya pasai produk Chomel Baby ni tidak mempunyai bahan kimia, hypoalergenik, eco-friendly dan Halal Jakim. Selain daripada dua produk ni, korang jugak boleh dapatkan produk lain seperti baby fabric softener, baby laundry detergent, breast pump & bottle cleanser, toy & surface cleanser, travel & surface cleanser dan travel & highchair cleanser.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut dan tempahan:



 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page