Tuesday, 24 July 2018

Anda Ibu Menyusukan Bayi? Rugi Kalau Tak Cuba Shapee Disposable Nursing Pads

Anda Ibu Menyusukan Bayi? Rugi Kalau Tak Cuba Shapee Disposable Nursing Pads l Assalamualaikum dan salam sejahtera readers! Masa syira pregnant dulu memang syira tak terfikir pun bab kepentingan nursing pad yang sesuai bagi seorang ibu yang menyusukan bayi seperti syira. Yelakan nama pun first time mother. Jadi banyak benda yang syira tak tau. Sekarang syira dah tau. Mujurlah, syira diperkenalkan dengan Shapee Disposable Nursing Pads.
Shapee merupakan sebuah syarikat yang menawarkan pelbagai keperluan ibu supaya tampak lebih yakin dan selesa. Termasuk golongan ibu menyusukan bayi dan juga ibu mengandung. Antara produk Shapee adalah sassy nursing bra, shapee belly wrap, waist shaper dan sebagainya. Shapee Disposable Nursing Pad merupakan produk terbaru daripada Shapee.
Apa itu Shapee Disposable Nursing Pads?
Shapee Disposable Nursing Pad adalah pelapik pakai buang yang diletakkan di dalam bra supaya ibu lebih selesa. Tau tak pentingnya nursing pad supaya menyerap susu yang mengalir tambahan pula bagi ibu yang berada dalam keadaan pantang.

Apa yang syira suka tentang Shapee Disposable Nursing Pads?
Ultra thin design
Shapee Disposable Nursing Pads ini sangat nipis supaya memberi keselesaan semasa memakainya. Almost rasa macam tak pakai pun Shapee Disposable Nursing Pads. Bayangkanlah kalau nursing pad yang tebal pasti akan menonjol bila pakai baju. 
Dri-comfy technology
Sepanjang syira menggunakan Shapee Disposable Nursing Pads, terasa sentiasa kering dan lebih yakin jika ada urusan di luar. Tak perlu risau sekiranya terdapat pengaliran susu sebab teknologi yang diterapkan oleh Shapee Disposable Nursing Pads ini memastikan tahan kering lebih lama. 
Ultra water absorbent
Tahukah korang Shapee Disposable Nursing Pads ini mampu menyerap sehingga 55ml susu badan? Jadi, ibu ibu jangan risau. Takkan basah. Korang akan rasa selesa dan yakin macam syira. 
Leak proof coverage
Sepanjang menggunakan Shapee Disposable Nursing Pads, alhamdulillah tiada kebocoran yang dialami kerang Shapee Disposable Nursing Pads ini dicipta khas dengan kuasa penyerapan yang baik dan memberikan perlindungan supaya tidak bocor. 
Double anti-slip adhesive strips
Yang ni syira paling suka pasal Shapee Disposable Nursing Pads sebab dengan adanya pelekat di nursing pad sangat memudahkan proses pemakaian para ibu. Syira pernah guna nursing pad yang tiada pelekat, boleh pulak jatuh. Tak sedar pun bila jatuh. Sob sob. 
3D shaped design
Shapee Disposable Nursing Pads ini sangat selesa dan mengekalkan bentuk walapun pad basah atau penuh. Jadi korang jangan risau. Yakin selalu, nak buat kerja pun tak was was.
Kalau korang nak tahu, Shapee Disposable Nursing Pads ini dihasilkan di Korea. Wow. Bestnya sebab Korea sangat terkenal dengan teknologi yang canggih. Berapa harga Shapee Disposable Nursing Pads? Harga Shapee Disposable Nursing Pads adalah RM18.90. Namun sebagai harga pengenalan, Shapee menawarkan harga promosi iaitu RM13.90. Murah dan jimat sangat. Setiap kotak Shapee Disposable Nursing Pads mempunyai sebanyak 30 keping. Penggunaan bergantung kepada diri sendiri. Macam syira kalau nak keluar mana mana baru pakai.

Selain Shapee Disposable Nursing Pads, syira dah cuba Shapee Seamless Nursing Bra. Ya Ampun best sangat pakai bra ni. Sangat selesa dan menyenangkan bagi ibu macam syira.

Keistimewaan Shapee Seamless Nursing Bra
>3D seamless design
>Tali tanpa slip yang lebih baik
>Inovasi reka bentuk klip
>Sokongan 360 darjah
>Pelapik yang boleh ditanggal
>Reka bentuk cup penuh

Berita baik untuk korang semua!! sekiranya korang berkeinginan untuk menempah Shapee Disposable Nursing Pads, korang boleh menggunakan diskaun kod 10dnpblogger05 bagi menikmati diskaun sebanyak 10%. Wah untungnya.

Sebarang tempahan dan pertanyaan:
Instagram: @shapeemy
Facebook: Shapee Malaysia
Email: info@theshapee.com
Alamat: No. 119, Jalan Perdagangan 1, Taman Universiti, 81300 Skudai, Johor

Friday, 20 July 2018

Bisnes Yang Ingin Saya Mulakan

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Korang sihat ke? Ke masih lagi mengunyah lemang dan ketupat? Okay takpe, kali ni syira nak cerita pasal bisnes yang ingin syira mulakan. Dah nama pun pelajar lulusan Bachelor in Marketing, so syira sentiasa berminat dalam soal perniagaan. Sejujurnya syira sudah menjalankan perniagaan kosmetik secara kecil-kecilan. Ada la sikit untuk masa depan. Gitu 😊
Sumber Google
Untuk side income atau pendapatan tambahan, syira ingin memulakan bisnes lain. Bisnes yang syira maksudkan adalah perniagaan food truck atau trak makanan dalam bahasa melayu. Sebenarnya sudah lama menjadi impian syira dan suami untuk memiliki perniagaan food truck.

Kenapa food truck? Kenapa tidak buka gerai atau restoran sahaja? Persoalan yang bagus kalau korang tanya sekarang. Sebab kita dapat kurangkan kos sewa kedai jika kita memiliki trak sendiri. Selain daripada tu, sudah menjadi trend sekarang perniagaan food truck yang lebih santai. Antara sebab utama syira memilih perniagaan food truck adalah kerana syira suka makan makanan western. Everybody loves to eat right? Jangan tipu. Hehe.

Makanan yang dicadangkan untuk food truck kami adalah seperti burger dan pelbagai jenis pasta. Antaranya pasta carbonara, pasta aglio e olio, spagetti bolognese dan sebagainya. Kalau suami syira sendiri sukakan burger. Beliau lebih suka makan daging burger yang diperap dan dibakar sendiri. Bukan jenis yang siap frozen tu.

Target market kami ialah di kalangan pelajar dan keluarga. Bagi syira, food is for family. So bila makan bersama keluarga lebih nikmat. Lagi pula di kawasan yang strategik seperti kawasan yang berdekatan dengan universiti amat membantu bagi penjualan food truck. Syira faham sangat keinginan student yang bosan dengan makanan yang disediakan di kafe kolej. Sekali sekala nak jugak makan luar kan?

Bagaimana untuk merealisasikan impian syira ini? Pertama, syira semestinya kena mencari supplier atau pembekal trak makanan. Di Malaysia terdapat banyak pilihan. Untuk memulakan perniagaan kita mesti memerlukan modal yang tinggi kan? Jangan risau sekiranya tiada modal, MARA ada menawarkan Skim Pembiayaan Peningkatan Peniagaan kepada peniagaan bergerak seperti food truck. Selain daripada itu, kaedah pemasaran kenalah gempak. Brand awareness boleh dicipta dengan pemasaran di Facebook, Instagram dan sebagainya.

Macam mana? Korang rasa menarik tak bisnes ni? Hehehe idea biasa biasa ja tapi itulah impian syira. Doakan syira okay? Amin.

Nak tahu tips menarik mengenai perniagaan ? Korang boleh cuba layari The Usahawan 
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page