Saturday, 18 August 2018

Set Make Up Lengkap Dengan Jardin Air Cushion Foundation Dan Serum Susuk Beradu

Set Make Up Lengkap Dengan Jardin Air Cushion Foundation Dan Serum Susuk BeraduAssalamualaikum dan salam sejahtera lovelies! Korang sihat ke? Dah makan belum? Kalau sudah, alhamdulillah. Okay kali ni syira nak cerita dengan korang mengenai produk keluaran Imaan Suci World iaitu Jardin Air Cushion Foundation dan Serum Susuk Beradu.
Syira ni nak kata suka make up sangat pun tak. Suam suam kuku je kot. Sometimes kalau datang mood baru syira make up. Itu pun make up yang simple sahaja. Tak suka yang tebal sangat. Sebabnya rasa macam setempek haaa kalau make up tebal tebal. Tak gitu?
Tapi penting juga untuk kaum hawa bagi menata rias wajah kita supaya imej terjaga. Walaupun dah bergelar isteri, tak semestinya kita tak perlu make up. Kena okay! Pernah dengar kan, seorang isteri wajib berhias untuk suaminya? Haaa.. tau pun. So syira rasa bertuah sangat sebab diperkenalkan dengan produk Imaan ni.

Jardin Air Cushion Foundation sangat ringan dan tidak bercapuk! 

Kandungan Jardin Air Cushion Foundation
Minyak argan, Vitamin E, Minyak sweet almond, Shea butter, Minyak chamomile dan Aloe vera

Kebaikan Jardin Air Cushion Foundation
-Melembapkan kulit kering
-Mengatasi masalah jerawat
-Mengurangkan sunburn
-Kulit tampak glowing
-Senang blend dengan semua jenis kulit
-Mempunyai SPF 50
-Mencerahkan kulit muka
-Memudarkan jeragat
-Tahan sehingga 8 jam

Cara menggunakan Jardin Air Cushion Foundation
Sapukan Jardin Air Cushion Foundation secara rata di kulit muka dengan menggunakan span yang disediakan

Testimoni Syira
Seriously syira suka try and error foundation yang ada di pasaran kita. Sepanjang syira menggunakan Jardin Air Cushion Foundation ini, syira tak rasa bercapuk. Tekstur Jardin Air Cushion Foundation yang tidak melekit sangat membantu syira. Sebab kulit syira agak kering dan berminyak. Jadi kalau melekit, syira memang tak selesa sikit. Ton Jardin Air Cushion Foundation pun sesuai dengan semua jenis kulit. Jardin Air Cushion Foundation juga cover cela. Syira tak ada la flawless mana tapi bila apply Jardin Air Cushion Foundation ni rasa lebih yakin lah!

Testimoni pengguna lain


Rawatan Emas Dengan Serum Susuk Beradu

Kandungan Serum Susuk Beradu
Citrus aurantium dulcis (oren) callus culture extract, Aqua, citrus medica limonum (lemon) fruit extract, hydrolyzed soy protein, sodium hyaluronate, carbomer, propylene, glycol, gold, phenoxyethanol, chlorphenesin dan hexanediol.

Kebaikan Serum Susuk Beradu
-Mampu meransang kolagen
-Menggantikan sel kulit mati
-Melancarkan peredaran darah di muka
-Melembapkan kulit
-Anti penuaan
-Mencegah jerawat
-Mengurangkan jeragat
-Merawat lingkaran hitam bawah mata
-Kulit tampak glowing

Cara menggunakan Serum Susuk Beradu
Sapukan ke kulit muka secara rata. Pakai pada waktu malam. Untuk kesan efektif boleh juga dipakai di waktu pagi.

Testimoni Syira
Syira menggunakan Serum Susuk Beradu sebagai base make up. Sebelum apply foundation, syira sapukan dulu Serum Susuk Beradu. Serum Susuk Beradu sangat membantu bagi meratakan foundation di muka. Make up lebih tahan lama. Korang jangan tak tau pulak Serum Susuk Beradu ni mampu mencerahkan kulit muka. Best kan sebab kulit kita dirawat semasa kita tidur. Lagi pula, Serum Susuk Beradu memberi efek glowing kepada si pemakainya. Mana taknya, serum ni mengandungi emas okay! Memang shinning je kulit masa pakai. Korang kena cuba!

Testimoni pengguna lain

Berapakah harga produk Imaan?
Jardin Air Cushion Foundation: RM58.00
Serum Susuk Beradu: RM60.00

Maklumat lanjut dan tempahan boleh dibuat melalui:
Contact: 019-286 2828




Friday, 10 August 2018

Sihat Dan Bertenaga Sentiasa Dengan Kitsui Royal Lpo & Kitsui Belloss Fiber

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca kesayangan! Wah kesayangan gitu. Ee.. gemuk! Semua orang tak suka dipanggil atau dilabelkan sebagai gemuk. Ada ke yang lahir terus gemuk badan dia? Kalau macam syira ni kategori chubby atau tembam. Well, syira pernah ja kurus masa zaman sekolah lepas tu badan naik kejap. Lepas tu kurus balik dan sekarang tembam balik. Semua ni salah makanan! Eh eh salah diri sendiri tak nak mengaku. Salahkan makanan pulak kan.

Lepas ja daripada bersalinkan Medina, syira memang tak ada ambil supplement untuk kurus sebab Medina masih menyusu badan. Dalam masa yang sama, Medina masa tu still 6 bulan ke bawah. So, syira tak berani la nak consume takut ganggu proses produktiviti susu badan. Yelakan apa yang syira makan, dia pun terkesan daripada penyusuan. Sekarang Medina dah setahun dua bulan, so yakin la sikit nak amalkan supplement untuk kurus.

Syira tak ada la target nak kurus macam zaman sekolah dulu, at least boleh turunkan berat ke tahap yang lebih ideal. Orang cakap ibu menyusu ni senang turun berat badan, ya betul. Tak dinafikan sebab syira banyak susut berbanding sebelum mengandung. Tapi disebabkan syira ada ambil suntikan perancang, nafsu makan semakin menjadi jadi pulak. Berhuhuhu la kita wak. Untuk itu, syira memilih untuk mencuba produk Kitsui Royal Lpo dan Kitsui Belly Loss Fiber.

Kitsui Royal Lpo rasa sedap seperti jus mangga sebenar!
Kitsui Royal Lpo atau terdahulu dikenali sebagai Royal Lipo Trim merupakan campuran minuman botani bagi menyelesaikan masalah berat badan berlebihan dan lemak degil.
Kandungan Bahan Kitsui Royal Lpo
Crystalline fructose, Maltodextrin, Green coffee, Citrid acid, Tricalcium phosphate, African mango, Hoodia, Serbuk mangga, Serbuk arabic gum, Ascorbic acid, Pewarna mangga dan Serbuk jus mangga.

Kebaikan/Fungsi Kitsui Royal Lpo
-Menurunkan berat badan secara efektif
-Memberikan tenaga kepada badan
-Mengawal selera makan anda
-Mengekalkan rasa kenyang
-Membakar lemak berlebihan
-Mampu mengurangkan tekanan darah, kolestrol dan tahap gula dalam darah
Cara menggunakan Kitsui Royal Lpo
Bancuhkan 1 paket dengan 150ml air suam dan goncang sehingga larut. Diminum selepas sarapan pagi. 1 paket setiap 2 hari. Minum air secukupnya sepanjang hari untuk kesan yang efektif.

Kesan pengambilan Kitsui Royal Lpo
Sepanjang syira mengamalkan Kitsui Royal Lpo selama seminggu ni, syira rasa lebih bertenaga daripada sebelum ini. Walaupun Medina agak aktif sejak boleh berjalan ni, syira tak ada la rasa semput nak berkejar ke sana sini. Hehe. Badan tak cepat rasa lesu. Yang pastinya, perut syira rasa kenyang selepas minum Kitsui Royal Lpo. Tapi tak semestinya syira skip makan. Syira makan tapi dengan kuantiti yang lebih sedikit. Wah, kalau macam ni selalu memang senang lah nak diet kan.

Sebelum tidur wajib minum Kitsui Belloss Fiber!
Kitsui Belloss Fiber pula merupakan minuman yang membekalkan serat yang mencukupi kepada tubuh badan kita. Tahu tak serat ini sangat penting untuk tubuh badan kita? Antara makanan berserat adalah seperti sayur sayuran, buah buahan dan sebagainya. Jadi di sini tujuan syira mengamalkan Kitsui Belly Loss Fiber.  

Kandungan Bahan Kitsui Belloss Fiber
Fruktos, Serbuk epal, Maltodekstrin, Serbuk senna, Asid sitrik, Campuran buah dan sayur, Guar gum, Perisa nenas, Serbuk oren, Trikalsium fostat dan pewarna dibenarkan.

Kebaikan/Fungsi Kitsui Belloss Fiber
-Mengelakkan sembelit
-Meningkatkan metabolisma
-Melancarkan peredaran darah
-Menyingkirkan toksin dalam badan
-Menambahbaikan proses tidur
-Tubuh badan terasa lebih selesa dan bertenaga
Cara menggunakan Kitsui Belloss Fiber
Bancuhkan 1 paket dengan 150ml air suam dan goncangkan sehingga larut. Diminum sebelum makan malam atau sebelum tidur. Sehari 1 paket. Minum air secukupnya bagi kesan yang lebih efektif 


Kesan pengambilan Kitsui Belloss Fiber
Antara kesan yang paling ketara selepas mengamalkan Kitsui Belloss Fiber ini, syira lebih senang membuang. Syira tidak la mengalami masalah sembelit tapi sedikit sebanyak membantu melawaskan sistem pencernaan. Kitsui Belloss Fiber ni best sebab bila kita minum malam, keesokkan pagi terus ke toilet! Badan rasa lebih ringan. Dan jerawat pun segan nak tumbuh. Apa kaitan jerawat dengan Kitsui Belloss Fiber? Korang kena ambil tahu kadang kadang jerawat suka naik disebabkan badan kita ni penuh toksin. Jadi bila minum Kitsui Belloss Fiber, kita singkirkan toksin jahat ni. Nyah kau!

Berapa harga produk Kitsui ni?
Kitsui Royal Lpo RM37.00
Kitsui Belloss Fiber RM37.00

Untuk maklumat lanjut korang boleh tengok sini
Instagram: @kitsuimalaysia
Facebook: Kitsui My

Kalau korang nak beli secara offline boleh je korang cari produk Kitsui di Watsons dan Guardian yang berdekatan dengan korang. Selamat mencuba!



Sunday, 5 August 2018

Mexicana Chicken Burger Bukan Indah Pada Khabar!

Mexicana Chicken Burger Bukan Indah Pada Khabar! l Assalamualaikum dan selamat petang korang! Sihat ke hari ni? Syira alhamdulillah sihat walafiat. Eh tak tanya pun kan. Hehe. Baru-baru ni syira berkunjung ke Damansara Damai, Selangor. Ada keja sikit yang perlu diuruskan. Sambil-sambil tu syira jalan-jalan jelah sekitar area Damansara.

Tak pergi mana sangat pun. Hari pertama lepak dekat rumah ja. Masing-masing penat sebab sampai rumah abang ipar pun dah pukul 3 pagi. Medina pulak sampai sampai ja tak nak lena pulak. Ajak ibu dia main. Mana taknya dalam keta dah puas lena. Makanya dia nak explore tempat baru la. Habis satu rumah dia tawaf. Pukul 5 pagi jugak la dia lena balik. Rabak mata ibu medina oii. Sabor jela bila ada anak kecik.

Hari kedua, kami semua jalan jalan dekat The Curve dan Ikea Mutiara Damansara ja. Kenapa tak pergi jauh sikit? Abang ipar syira sebenarnya tak suka tempat yang crowded dan kena hadap jem. Hahaha. So terpaksa lah ikut majoriti. Cadang tu nak beli rak lennart dekat Ikea tapi boleh pulak kehabisan stok. Baru ibu medina bercita-cita tinggi nak deko meja solek. Medina ni dia dah makin tinggi, tangan tu mula dok capai macam macam atas meja solek. Haha geram ja ibu.

Apa yang syira suka sangat pergi Damansara Damai ni, sebab makanan di murah-murah belaka. Dia punya street foods dah macam pasar malam. Punyalah ramai orang berniaga. Harga not bad la. Tapi portion besar. Syira tak larat nak habiskan nasi ayam berempah hari tu. Rm6 tapi portion untuk dua orang makan. Ko rasa? Syira ni jenis makan sikit tapi berulang. Last puasa haritu pun kami mai sini jugak. Bazaar dia memang best. banyak pilihan. Sampaikan Sufian Suhaimi pun beli kat sana. Tak sempat nak request “Di matamu satuuuuu pian!”. sebab dia macam rushing. Pendek rupanya orangnya ke aku yang terlebih tinggi. Hahaha

Okay, last day sebelum nak balik, singgah makan di McDonald’s bagi merasa the famous Mexicana Chicken Burger. Amboi kemain orang dok viral. Semua review cakap sedap. So, syira pun terjah la haritu. Packaging cantik. Well,kita nak beli apa pun mesti tengok packaging kan! Tak gitu? First impression syira “bapak aa besar burger ni”. terpikir jugak macam mana nak tokak ni. Haahaha. Patty ayam dia tebal. Crunchy enough for me yet still moist patty dia.

Sos jalapeno dia sedap weii. Ada rasa pedas tapi boleh dibendung lagi. Pastu ada rasa masam sikit sebab tomato mayo dia. Good combo of sauce. Kena la pada tekak syira. Yang lain-lain pelengkap dia ada cheese, salad, capsicum dan tomato. Set yang syira pesan macam biasa ada fries dan mcfreeze perisa coke. Ala air coke je pun.
Tebal betul patty dia
Meleleh sos jalapeno dia. Yums!
Bagi syira, burger McD kali ni memang sedap. Satu set worth RM17 berapa sen ntah tak ingat. Ingat makan jek. Lol. Pricey but worth it. Ala bukan selalu makan pun. Hahahah penyedap hati gituuu. Aiskrim strawberi pun dah rasa. Rasa common ja macam aiskrim yang lain. Hahahha. So korang dah rasa belum? Sama tak macam syira? Ke korang rasa macam biasa ja? Hehe okay la. Anak nangis pulak. Bye!
Si kecik ni happy dapat spek mata Happy Meals


Friday, 3 August 2018

FSJshoes.com: Pilihan Kasut Terkini Untuk Wanita Moden

FSJshoes.com: Pilihan Kasut Terkini Untuk Wanita Moden Assalamualaikum dan salam sejahtera readers! Baru baru ni syira membuat carian di Google mengenai kasut. Well sebagai peminat kasut, syira suka mengumpul pelbagai design kasut untuk dijadikan koleksi terbaru. So, syira terjumpa dengan satu website ni yang betul betul menarik perhatian syira. Website apa tu syira? Its, FSJshoes.com!

Mengenai FSJshoes.com
FSJshoes.com atau Funny she jill merupakan satu website yang menyajikan pelbagai jenis kasut dan design terkini kepada wanita. Dilancarkan pada tahun 1998, FSJshoes.com sendiri membawa branding kasut mereka dengan design yang menerapkan aspek “inovasi” dan “pengembaraan” di mana begitu sinonim dengan karakter wanita moden yang mementingkan fesyen dan kualiti.

Kalau korang layari laman web FSJshoes.com ni, korang akan terpegun dengan pelbagai jenis kasut yang ada. Antara kasut yang dijual adalah seperti sandal, boots, flats dan juga heels! Dalam banyak-banyak jenis kasut, syira paling tertarik dengan stilettos shoes.

Tampil yakin dan bergaya dengan stilettos heels!
Salah satu stilettos shoes adalah stilettos heels atau kasut tinggi stiletto adalah sejenis kasut yang mempunyai tumit tinggi yang halus dan tinggi. Rata-rata ketinggian stilettos heels di antara 1 ke 10 cm. Wah tinggi tu. Tahu tak korang, FSJshoes.com menyediakan lebih daripada 1000 rekaan kasut stiletto. Banyak gila pilihan! 

Ini antara koleksi stilettos heels yang menarik perhatian syira. Banyak lagi rekaan yang cantik-cantik belaka. Rambang mata oii. Bagi syira, stilettos heels ini menampakkan si pemakainya tampil berkeyakinan tinggi, bergaya dan juga seksi! Seksi bukan sahaja dari segi baju tapi kasut pun seksi okay.

Untuk pengetahuan korang, setiap pesanan yang dibuat di FSJshoes.com perlu dibayar dengan menggunakan akaun Paypal. FSJshoes.com ini merupakan laman web yang beroperasi secara international, jadi no wonder la perlu guna akaun Paypal. Ala, korang jangan risau. Mudah je guna Paypal.

Jadi sekiranya korang berminat atau dah berkenan dengan kasut di FSJshoes.com, korang bolehlah klik banner di sidebar syira atau korang boleh layari terus website FSJshoes.com. Okay la korang, syira nak sambung jamu mata dekat FSJshoes.com ni. Till then, bye.

Untuk tempahan dan maklumat lanjut:
Facebook: FSJshoes


 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page