Sunday, 5 August 2018

Mexicana Chicken Burger Bukan Indah Pada Khabar!

Mexicana Chicken Burger Bukan Indah Pada Khabar! l Assalamualaikum dan selamat petang korang! Sihat ke hari ni? Syira alhamdulillah sihat walafiat. Eh tak tanya pun kan. Hehe. Baru-baru ni syira berkunjung ke Damansara Damai, Selangor. Ada keja sikit yang perlu diuruskan. Sambil-sambil tu syira jalan-jalan jelah sekitar area Damansara.

Tak pergi mana sangat pun. Hari pertama lepak dekat rumah ja. Masing-masing penat sebab sampai rumah abang ipar pun dah pukul 3 pagi. Medina pulak sampai sampai ja tak nak lena pulak. Ajak ibu dia main. Mana taknya dalam keta dah puas lena. Makanya dia nak explore tempat baru la. Habis satu rumah dia tawaf. Pukul 5 pagi jugak la dia lena balik. Rabak mata ibu medina oii. Sabor jela bila ada anak kecik.

Hari kedua, kami semua jalan jalan dekat The Curve dan Ikea Mutiara Damansara ja. Kenapa tak pergi jauh sikit? Abang ipar syira sebenarnya tak suka tempat yang crowded dan kena hadap jem. Hahaha. So terpaksa lah ikut majoriti. Cadang tu nak beli rak lennart dekat Ikea tapi boleh pulak kehabisan stok. Baru ibu medina bercita-cita tinggi nak deko meja solek. Medina ni dia dah makin tinggi, tangan tu mula dok capai macam macam atas meja solek. Haha geram ja ibu.

Apa yang syira suka sangat pergi Damansara Damai ni, sebab makanan di murah-murah belaka. Dia punya street foods dah macam pasar malam. Punyalah ramai orang berniaga. Harga not bad la. Tapi portion besar. Syira tak larat nak habiskan nasi ayam berempah hari tu. Rm6 tapi portion untuk dua orang makan. Ko rasa? Syira ni jenis makan sikit tapi berulang. Last puasa haritu pun kami mai sini jugak. Bazaar dia memang best. banyak pilihan. Sampaikan Sufian Suhaimi pun beli kat sana. Tak sempat nak request “Di matamu satuuuuu pian!”. sebab dia macam rushing. Pendek rupanya orangnya ke aku yang terlebih tinggi. Hahaha

Okay, last day sebelum nak balik, singgah makan di McDonald’s bagi merasa the famous Mexicana Chicken Burger. Amboi kemain orang dok viral. Semua review cakap sedap. So, syira pun terjah la haritu. Packaging cantik. Well,kita nak beli apa pun mesti tengok packaging kan! Tak gitu? First impression syira “bapak aa besar burger ni”. terpikir jugak macam mana nak tokak ni. Haahaha. Patty ayam dia tebal. Crunchy enough for me yet still moist patty dia.

Sos jalapeno dia sedap weii. Ada rasa pedas tapi boleh dibendung lagi. Pastu ada rasa masam sikit sebab tomato mayo dia. Good combo of sauce. Kena la pada tekak syira. Yang lain-lain pelengkap dia ada cheese, salad, capsicum dan tomato. Set yang syira pesan macam biasa ada fries dan mcfreeze perisa coke. Ala air coke je pun.
Tebal betul patty dia
Meleleh sos jalapeno dia. Yums!
Bagi syira, burger McD kali ni memang sedap. Satu set worth RM17 berapa sen ntah tak ingat. Ingat makan jek. Lol. Pricey but worth it. Ala bukan selalu makan pun. Hahahah penyedap hati gituuu. Aiskrim strawberi pun dah rasa. Rasa common ja macam aiskrim yang lain. Hahahha. So korang dah rasa belum? Sama tak macam syira? Ke korang rasa macam biasa ja? Hehe okay la. Anak nangis pulak. Bye!
Si kecik ni happy dapat spek mata Happy Meals


18 comments:

  1. huu.. terliur TB tengok gambar Mexicana Chicken Burger ni syiera uii.. TB belum berkesempatan makan lagi burger ni.. mungkin nanti nak try jugak.. hehehe..

    ReplyDelete
  2. wajib cuba ni.
    aida punyer feveret is alway mcchicken & big mac.
    kekadang terlupa nak order burger yg baru.
    yg ni aida x perasan lah time dating dgn asben di mcD last 2 weeks.
    perasan mcflurry durian aje ha ha ha ha...
    nampak menarik sgt gambar syiera tu.

    ReplyDelete
  3. Teringin kot nak try burger Mexicana ni. Tapi kan asyik gi beli je sold out tak pun dia suruh kita tunggu 20 minute. Drive thru kot selalunye. So I drive thru and go back home je all the time.isk isk isk

    ReplyDelete
  4. Alamak...! ! Wrong timing laaa singgah sini. Terus rasa lapar. Terliur nengoknya. Kena pi cari laaaa jap lagi ni. Huhuuu

    ReplyDelete
  5. Kinah pun dah cuba burger Mexicana ni. Memang sedap terutama sosnya. Rasa nak repeat lagi la nanti. Macam tak puas makan aritu

    ReplyDelete
  6. Orang kata burger ni pedas. So since saya tengah pregnant ni, memang tak nak cuba. Burger nasi lemak hari tu pun tak berani nak cuba sebab orang cakap pedas jugak. Time pregnant ni tiba-tiba jadi tak tahan pedas siap pakej muntah loya lagi lepas makan benda pedas

    ReplyDelete
  7. saya tak cuba lagi tapi ni memang wajib cuba. tengok gambar pun dah menyelerakan. saya follow sini ye. folllowers 1614

    ReplyDelete
  8. Rawlins tak berani try sebab kawan bagitahu pedas dan Rawlins sejenis tak tahan pedas. Tapi bila tengok kawan makan, memang terliur tapi menyedari diri ini tak tahan pedas maka tak try. Hehe

    ReplyDelete
  9. Belum lgi cuba burger mexicana ni. Tengok gambar cam menarik je. Nanti nak rasa jugak lah

    ReplyDelete
  10. Nampak menyelerakan la mexicana chixken burger ni.. Skrg mcm2 ada kan... Utk mexicana ni wawa xpernah try sbb kt johor masih xde lagi... Tp klo sos dia sdp...daging sdp..maka sedaplah burger tu.. Hehe

    ReplyDelete
  11. Kalau sedap mesti akan di ulang semula lain kali kan sebab sambutan menggalakkan

    ReplyDelete
  12. Lia tak try lagi Burger ni sblum ni masa fifa Rio Burger dh try . Duk try aiskrim durian & strawberi sedap gila .

    ReplyDelete
  13. Ibu memang suka makan makanan dari mexico dan negara latin. Sedap lah pulak. taco, salsa dan lain lain. Burger ni pun kena torai ni

    ReplyDelete
  14. Kalau sedap memang nak cuba lah. Tekak kita pun lain lain, ada yang rasa sedap, ada yang kurang suka.

    Dah banyak kali komen susah nak lekat ni

    ReplyDelete
  15. Sedap..tapi xleh nk makan selalu sebab tgh on diet kan..
    Tpi kalau time cheat day ok la makan mexicana burger ni

    ReplyDelete
  16. Saya dah try, tapi tak berapa kena dengan tekak. Bagi saya kurang sedap. Saya lebih prefer Burger Rio dan,Chicken McDelux still be my favorite.
    Burger ni sebab ayam dia tal juicy, macam nugget je rasa, haha.

    ReplyDelete
  17. Nanti nak cuba, sebab baru je hari tu makan mcd world cup tu. Hahaha. Suka tengok burger yang banyak sayur. Burger RIO hari tu pedas black pepper. Nyummmy! Mexicana ni apa la rasa dia.

    ReplyDelete
  18. ha ah.. aiskrim strawberry mcd tu, rasa biasa je. ingatkan ada la special kot letak strawberry pieces ke dlm tu.hehe

    ReplyDelete

 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page