Tuesday, 11 September 2018

Meh Nak Review Sikit Samyang Hot Chicken Jjajang

Assalamualaikum semua. Selamat pagi. Oh ya. Selamat menyambut awal muharram buat semua umat Islam. Happy new year guys. Semoga tahun ni kita dimurahkan rezeki dan diberkati. Amin. Okay pagi ni syira nak review sikit pasal Samyang Hot Chicken Jjajang.
Samyang hot chicken ni banyak perisa kan? Ada yang original, mala, carbonara, cheese dan sebagainya. Syira tertarik nak cuba yang jjajang punya sebab terpengaruh dengan Running Man. Hahahaha nampak sedap depa makan okay! Jjajang atau orang Korea panggil jajangmyeon merupakan mee yang dihidangkan dengan sos hitam.
Tak silap syira sos jjajang ni based dia chunjang (black bean) dan sos tiram/kicap dicampur dengan tepung. Correct me if syira silap. Tapi ni versi ramen punya. Kepada yang tanya, halal ke idok? Of course la halal. Ada tanda halal, don't worry. Kalau hampa was-was jangan dok gatai makan. Kang haremmm pulak.
Cara penyediaan samyang jjajang ni mudah ja macam kita masak maggi biasa. Rebus ramen dia sampai lembut dan anjal gitu. Toskan dan masukkan ke dalam mangkuk. Lepas tu hampa curahkan segala sos dan condiments yang dia bagi. Lepas tu gaul sebati ye.
So first bite, syira rasa macam makan mee kicap. Masuk dua ke tiga suap rasa macam makan megi sedaap pun ada. Nothing much. Tak dak la special sangat. Maybe tak authentic macam makan jjajang yang sebenar kot. Sebab tu rasa biasa ja.
Was it spicy? Yes, of course. Tapi tak sepedas samyang original. Kurang sikit pedas dia. Tapi kalau yang jenis tak tahan pedas memang tak boleh go on. Macam syira memang makan pedas jadi dah biasa kot lidah ni. Hehe
Jadi sedap ke tak? Ok la not bad. Nak kata sedap sampai mengigau diulit mimpi tu tak dak la. Sekali sekala nak makan okay. Kalau selalu i don't think so. Sebab sos dia agak thick. Takut jemu ja. Kalau nak sedap sikit maybe boleh serve dengan telur goreng atau ayam goreng.
Next? Syira nak try yang carbonara pulak. Dengar cita yang carbo tak pedas. Betul ka? Tak pa nanti syira cari. Oh ya, syira beli samyang jjajang ni dekat shopee. Harga tak ingat tapi around rm4 je. Murah kan? Pastikan ada logo halal okay baru beli. 


Friday, 7 September 2018

Atasi Masalah Dalaman Wanita Dengan Mama Sutra

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca tersayang! Sebagai wanita sememangnya menjadi kepentingan bagi kita untuk menjaga kesihatan luaran dan juga dalaman. Ini kerana kita perlu sentiasa memastikan keadaan kesihatan tubuh badan terjamin bagi menjalani kehidupan seharian. Sejak bersalinkan Medina setahun yang lalu, syira tidak mengamalkan sebarang jamu atau makanan tambahan kerana masih menyusukan Medina ketika itu. Mujurlah syira diperkenalkan dengan produk terbaru di pasaran iaitu Mama Sutra. So, syira nak kongsikan dengan korang mengenai Mama Sutra ini.

Apakah Mama Sutra?
Mama Sutra merupakan sejenis jus kesihatan keluaran syarikat Glamohealth Sdn Bhd. Mama Sutra ini mampu merawat masalah-masalah kesihatan dalaman yang dihadapi oleh wanita. Mama Sutra juga merupakan produk yang mendapat kelulusan halal JAKIM dan seratus peratus produk keluaran Malaysia.
Kandungan bahan Mama Sutra
•Kurma
Mengandungi potasium yang baik untuk daya ingatan, meningkatkan daya ketahanan diri dan mampu membangkit nafsu kelamin
Arabic gum
Arabic gum mampu menyembuhkan senggugut ketika haid
•Collagen
Berfungsi untuk memelihara keremajaan dan keanjalan kulit
•Habbatussauda
Berfungsi bagi merangsang tenaga badan dan juga membantu kesuburan
•Manggis
Kandungan kulit manggis sangat membantu dalam menangani masalah keputihan
•Serapat
Digunakan bagi mengetatkan faraj dan memelihara kesihatan rahim
•Manjakani
Mengetatkan kembali otot vagina dan rahim selepas bersalin
•Kunyit putih
Sangat membantu untuk mencuci darah kotor serts memulihkan luka dalaman. Selain itu bagus untuk proses pembuangan angin dalam badan dan dapat mengatasi masalah rahim jatuh
•Sirih
Digunakan untuk membantu membina rahim dan sistem peranakan
•Halia
Sangat bagus untuk merawat masalah otot seperti sakit akibat datang bulan dan arthritis
•Buah asam gelugur
Dikenali juga sebagai garcinia cambogia yang mampu mengembalikan bentuk badan supaya tampak muda dan langsing
•Prunes
Sangat bagus bagi menangani masalah penghadaman dan sembelit
•Delima
Berfungsi untuk mengurangkan tahap kolestrol dan lemak berlebihan. Selain itu, ia juga mengandungi vitamin yang cukup baik untuk kulit
•Buah tin
Makanan tambahan untuk kesuburan wanita
•Kacip fatimah
Terkenal dengan fungsinya bagi mengetatkan dan melicinkan serta meningkatkan rangsangan seksual
•Kelopak mawar
Digunakan untuk membangkitkan rasa tenang dan segar kepada tubuh badan. Selain itu dapat mengurangkan bau badan yang tidak diingini
•Kayu manis
Dapat mengawal sakit senggugut dan mengimbangi hormon wanita
Kelebihan dan kebaikan Mama Sutra
•Membantu dan merawat masalah keputihan dan haid yang tidak teratur
•Membantu masalah vagina yang berbau
•Mampu mengetatkan faraj
•Membantu merawat lelehan yang banyak pada faraj
•Melambatkan proses monopaus
•Mengurangkan masalah senggugut ketika haid
•Membantu membuang angin dalam badan
•Menghilangkan bau badan
•Memberikan tenaga kepada wanita
•Mampu merawatkan masalah kesuburan dan membantu mendapatkan zuriat

Mama Sutra Sangat Membantu Masalah Keputihan Dan Senggugut!
Sebelum ini, syira mengalami masalah keputihan yang agak teruk selepas bersalin. Orang tua cakap kalau keputihan keluar maknanya rahim sedang dicuci. Ya, itu kalau masa berpantang memang la bagus segala kotoran dan keputihan keluar. Tapi masalah keputihan ini berlarutan sampaikan syira pun tak tahu nak guna produk apa dah. Sepanjang seminggu syira menggunakan Mama Sutra ini, syira perasan masalah keputihan syira semakin berkurangan. Kalau tidak, syira terpaksa menggunakan pantyliner bagi mengelakkan ketidakselesaan masalah keputihan. Serius weh tak selesa bila keputihan ni keluar. Selain daripada masalah keputihan, syira juga mengalami sakit senggugut ketika haid. Sebenarnya syira agak lama tak senggugut. Kali terakhir jadi pun masa syira zaman anak dara. Selepas bersalin, senggugut datang balik. Sakit betul rasanya. Kebetulan pada 3hb September hari tu, syira period. Senggugut memang tak ada langsung! Magik betul. Kalau tidak syira dah berguling-guling menahan kesakitan. Sesiapa yang pernah mengalami sakit senggugut mesti tahu perasaan syira macam mana kan.
Cara menggunakan Mama Sutra
Satu sudu sebelum sarapan dan satu sudu sebelum tidur. Seeloknya menggunakan sudu plastik bagi kesan efektif.

Berapakah harga Mama Sutra?
RM40 SM / RM45 SS

BERITA BAIK UNTUK KORANG YANG BERMINAT UNTUK MENJADI AGEN, PENDAFTARAN ADALAH PERCUMA!!

Maklumat dan sebarang tempahan:
Facebook: Mama Sutra HQ
Instagram: @mamasutrahq
No. Telefon: 014 711 6101



Sunday, 2 September 2018

Tampil Bergaya Dengan Koleksi Beg Baginning.com

Tampil Bergaya Dengan Koleksi Beg Baginning.comAssalamualaikum and hello lovelies! Sebagai wanita menjadi kebiasaan sekiranya kita sentiasa ingin bergaya dengan koleksi beg atau tas tangan. Macam syira juga, syira pun suka mengumpul koleksi pelbagai jenis beg. Kalau guna satu jenis beg macam tak menepati majlis atau gaya fesyen ja kan? Jadi sangat penting bagi kita mengenakan beg yang sesuai. Kebetulan syira tengah google laman web mengenai beg, syira terjumpa satu laman web ni iaitu Baginning.com. Syira tertarik betul dengan koleksi beg yang dijual di website ini.
Mengenai Baginning.com
Baginning.com merupakan sebuah laman web yang menjual pelbagai jenis beg mengikut trend terkini. Bertapak sejak 2011, Baginning memenangi hati pelanggan dengan adanya 25 kedai secara offline, 3 buah kilang dan juga gudang di Amerika Syarikat. Matlamat Baginning.com adalah menyediakan trend beg terkini kepada setiap pelanggan mereka selain memastikan setiap pelanggan menikmati pengalaman indah ketika membeli dengan Baginning.com. It’s for fashion lovers, it’s Baginning!

Terdapat banyak jenis beg yang terjual di Baginning.com ini seperti tote bag, purse, beg sandang bahu, beg satchel, beg galas, handbag dan banyak lagi. Dalam banyak banyak koleksi Baginning.com, syira sangat tertarik dengan koleksi handbags! Terdapat lebih daripada 200 pilihan handbags yang tersedia untuk dipilih oleh korang! Wow banyak betul pilihan. Syira jadi rambang mata nak pilih. Harga not bad dengan kualiti yang baik. Korang boleh je pilih mana mana yang korang minat sebab terlalu banyak yang menarik di mata syira. Pastikan buat pilihan yan tepat okay. Macam syira, syira suka pilih handbag yang agak besar. Faham jelah mak mak macam syira ni kadang nak sumbat je sekali barang si medina tu. Hehe sebab tulah husband cukup stress kalau cari barang tak jumpa dalam beg syira. Macam macam khazanah negara ada katanya.
Ini antara koleksi handbag yang syira rasa sangat menarik dan cantik di mata syira. Lawa lawa belaka koleksi handbag yang disediakan. Sesuai sangat bagi individu yang suka tampil bergaya dan tak kurang juga bagi yang suka mengumpul handbags. Selain daripada handbags, ada juga beg yang menarik perhatian syira seperti di bawah.
Korang boleh membuat sebarang tempahan dengan membuat pembayaran secara Paypal  dan juga kad kredit kerana Baginning.com merupakan syarikat antarabangsa. Ala, senang ja guna paypal. Tak susah serius. Order korang akan diproses dalam masa 1 ke 3 hari. Sekiranya beg yang korang order tidak menepati citarasa korang seperti rosak ke apa, korang boleh return dengan terma dan syarat yang disediakan.

Sebarang pertanyaan dan tempahan
Facebook: Baginning
Instagram: @baginningcom
Email: support@baginning.com

 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page