Friday, 12 October 2018

Susu Fernleaf UHT Pilihan Bijak Kami Satu Keluarga

Assalamualaikum dan salam sejahtera korang! Seperti mana yang kita tahu susu merupakan salah satu keperluan kalsium yang perlu diambil secukupnya tanpa mengira usia. Penting okay untuk diet kita. Sebab susu tidak menggemukkan malahan memberi banyak manfaat dan kebaikan kepada tubuh badan kita seperti menguatkan tulang kita, membantu kita mendapatkan tidur yang lebih berkualiti dan sebagainya. Sebab tu syira suka minum susu sebelum tidur. Salah satu susu favourite syira ialah keluaran Fernleaf Malaysia.

Mengenai Fernleaf
Fernleaf diperbuat dengan 100% susu dari New Zealand. Fernleaf juga merupakan salah satu jenama di bawah Fonterra iaitu sebuah syarikat yang mempunyai rangkaian produk lain seperti Anlene, Anmum, Anchor dan CalciYum. Mak syira juga penggemar susu Anlene tau.

Susu Fernleaf boleh didapati di kebanyakan pasaraya seperti Tesco, Giant dan banyak lagi. Selain susu tepung, Fernleaf juga boleh dinikmati dengan pek sedia untuk diminum! Iaitu Fernleaf UHT yang mempunyai tiga variasi; krim penuh, rendah lemak dan perisa coklat. Korang jangan tak tahu Fernleaf juga available dengan pek 200ml dan 1 liter. Kalau syira selalunya beli yang pek 200ml. Senang untuk dibawa ke mana sahaja.

Lembu tenusu dan rumput
Syira nak cita sikit yang lembu-lembu di New Zealand diberi makan rumput tau. New Zealand mempunyai tanah yang subur serta iklim yang terbaik bagi melayakkan negara tersebut untuk menghasilkan susu. Eh bagusnya kan. Lembu tenusu juga diberi kebebasan 90% daripada masa untuk meragut rumput tanpa batasan sebab apa? Rumput yang tumbuh di sana sangat berkualiti dan sangat membantu dalam penghasilan susu yang tinggi vitamin D. berbanding dengan lembu yang terkurung di dalam kandang, susu yang terhasil amat berkualiti.

Penghasilan susu secara semulajadi
Tanpa penggalak susu, lembu tenusu Fernleaf dapat menghasilkan susu dengan semula jadi. Dengan adanya iklim yang baik dan selesa, udara dan air yang bersih serta rumput yang terbaik tidak menjadi halangan untuk penghasilan susu yang terbaik.

Pakar tenusu
Peladang Fernleaf sangat berdedikasi dalam memastikan kualiti susu tertinggi dalam setiap peringkatan pengeluaran susu. Bermula dengan penyediaan air yang bersih sehinggalah produk sedia untuk diedarkan kepada penguna. Mana taknya peladang Fernleaf mempunyai pengalaman lebih daripada 140 tahun dalam bidang perladangan tenusu sebab tulah susu Fernleaf 100% Mmmmm!
"Saya suka saya suka"
Straw biasa is too mainstream thats why kita minum guna straw ni
Banyak kan kebaikan susu Fernleaf ni! Selain daripada itu, korang kena tahu mengenai kebaikan susu jugak. Meh syira cerita sedikit sebanyak mengenai kebaikan dan manfaat susu terhadap badan kita.

-Melindungi gigi kita daripada kerosakan. Korang yang ada masalah kaviti jangan lupa minum susu okay.
-Melangsingkan tubuh badan. Susu banyak memberikan kita vitamin supaya kita sentiasa cergas dan sihat
-Bertindak sebagai anti-asid. Bagi pesakit pedih ulu hati memang digalakkan minum susu.
-Mengurangkan ketidakselesaan semasa PMS. Iye betul susu ni boleh dijadikan penenang tekanan yang kita hadapi semasa haid.
-Menguatkan tulang kita. Yang ni sebab utama kalau nak kekal bertenaga dalam kita menjalani kehidupan seharian.

Sebelum kita berakhir di sini (menda dah macam ending drama pukul tujuh ni hehehehe) syira nak kongsi resepi susu kurma dan badam. Syira suka minum ni masa syira pregnant dulu bagi kekalkan tenaga. Caranya, tiga biji kurma, enam biji badam dan blend bersama susu Fernleaf low fat. Dan sedia untuk diminum lebih lebih lagi minum sejuk-sejuk. Yummy!

Selamat mencuba!


5 comments:

  1. Susu fernleaf memang sedap dan kami sekeluarga juga minumnya

    ReplyDelete
  2. sedap kan yang perisa coklet tu. saya pun suka sebab jarang minum susu UHT perisa coklet.
    Janji Kita

    ReplyDelete
  3. terusss rasaa nak carikkk susu fernleaf sekarangg...hahahaha..

    ReplyDelete

 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page