Sunday, 17 February 2019

#RezekiDiKongsiBersama Giveaway By Mrs Pip

1:07 pm 1 Comments

Klik banner untuk join ye..

Giveaway ni berlangsung sepanjang bulan Febuari 2019 , dan hari terakhir ialah pada 28/02/2019 jam 8 malam

Hadiah akan diumumkan kemudian (tunggu hadiah dah siap, nanti mrs pip info kat korang apa hadiah untuk giveaway ni)


Thursday, 14 February 2019

Giveaway PantangPlus.com Di Mialiana.com

8:53 pm 2 Comments
PantangPlus.com – Pakej berpantang selepas bersalin

Baca kisah benar ini dulu, dari pengasas PantangPlus, Puan Zamzana Mohd Arifin:

Semasa berpantang anak pertama, ada seorang makcik tukang urut selepas bersalin ini, mengurut belakang saya dengan kaki dia. Tiba-tiba, dia tergelincir sebab berminyak. Dipendekkan cerita, tulang belakang saya hampir retak. Saya terpaksa buat ‘check-up’ dengan doktor pakar selama 6 bulan.


Kini, boleh ‘booking online

Antara sebab PantangPlus diwujudkan, saya tidak mahu orang lain merasai keperitan berpantang kerana salah pilih tukang urut wanita. Di PantangPlus, semua bidan atau tukang urut selepas bersalin kami disaring terlebih dahulu, terlatih, berpengalaman dan mempunyai sijil. Paling penting, semuanya orang tempatan.


Di PantangPlus juga, pakej berpantang kami lengkap, termasuk penjagaan ibu, penjagaan bayi dan makanan pantang. ‘Confinement lady’ akan menjaga dengan penuh kasih sayang. Boleh lihat senarai penuh servis di laman web kami.

Pelanggan dari luar negara

Atas kesedaran ramai ibu-ibu muda tentang kepentingan berpantang, tempahan bukan sahaja datang dari Malaysia. Malahan dari Singapura, United Kingdom, Australia dan UAE.

Pesanan kami, jaga badan elok-elok semasa berpantang selepas bersalin. Barulah badan sedap, hati tenang!


Giveaway ini dianjurkan oleh PantangPlus.com dengan kerjasama Mialiana.com. Hadiah wang tunai sebanyak RM300 untuk dimenangi. Sila klik banner untuk join.

Read more: http://www.mialiana.com/2019/02/giveaway-pantangpluscom-di-mialianacom.html#ixzz5fVeoSWuI

Wednesday, 13 February 2019

Giveaway Cash Blogger Malaysia

7:52 pm 3 Comments
Hello Blogger Malaysia!

Elih dengan kerjasama blogger Cik Akak nak berkongsi sedikit rezeki dalam Giveaway Cash Blogger Malaysia bermula pada 13 Febuari 2019 (Rabu) sehingga berakhir pada 27 Febuari 2019 (Rabu) jam11:59 malam.

Giveaway ini akan berlangsung selama 2 minggu sahaja, bloggers sekalian perlu cepat kalau tak nak terlepas peluang memenangi hadiah bertuah giveaway ini. "Tuah ayam nampak dikaki, Tuah manusia siapa yang tahu"!



Syarat Penyertaan Giveaway & Hadiah Giveaway boleh semak di Blog Elih Japahar atau klik banner diatas.

Marilah join beramai-ramai. Giveaway ini dianjurkan oleh www.elihjapahar.net [ Elih Japahar ] dengan kerjasama www.sweetyzhanieyz83.blogspot.com [ Cik Akak ]

** support giveaway ini ya, thanks rakan Blogger Malaysia!


Monday, 4 February 2019

Ainaa Cleanser Dan Ainaa Serum Daripada Syafiqah Ainaa

5:44 pm 21 Comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pembaca syira. First and foremost tahniah diucapkan kepada pasangan berbahagia, Syafiqah Ainaa dan Hafiz Mahamad di atas kejayaan dalam menghasilkan produk berkualiti seperti Ainaa Cleanser dan Ainaa Serum. Sekali gus membuktikan produk tempatan Malaysia mampu mencipta nama baik sebaris dengan jenama tersohor yang lain. Sejujurnya, syira follow up kisah Syafiqah Ainaa ini sebelum mereka berdua berkecimpung di dalam bidang perniagaan. Banyak cerita viral mengenai pasangan merpati dua sejoli ini. Syira tak perlu cerita, korang pun tahu kan? Hehe okay mari syira kongsikan dengan pembaca syira mengenai dua produk best ini.


Ainaa Cleanser 2in1 Purifying Gel
Kenapa 2in1? Ainaa Cleanser ini bukan hanya pencuci muka tetapi berfungsi juga sebagai pembersih mekap. Wah unik bukan? Sangat memudahkan bagi kalian yang selalu travel ke sana sini. Kalau nak cuci mekap sebelum ambil wudhu pun senang dengan adanya Ainaa Cleanser. Antara bahan yang terkandung dalam Ainaa Cleanser adalah Cocamidopropyl, Lecithin, Dimethicone, Trehalose, Coco Glucoside.

Kebaikan Ainaa Cleanser 2in1 Purifying Gel
✅Merawat masalah jerawat
✅Mengurangkan jeragat
✅Mengurangkan sunburn
✅Mengekalkan hidrasi kulit
✅Melindungi kulit daripada bakteria
✅Melembutkan kulit wajah
✅Membersihkan kekotoran kulit wajah
✅Tidak menyebabkan pori-pori tersumbat


Cara Menggunakan Ainaa Cleanser 2in1 Purifying Gel
Pencuci muka: Basahkan kulit wajah dan cucikan kulit wajah dengan 1-2 pam sahaja. Urut rata ke seluruh wajah. Bilas kulit wajah dengan air sebersihnya. Pembersih mekap: Tidak perlu basahkan kulit wajah. Cucikan dengan Ainaa Cleanser sehingga hilang kotoran. Bersihkan dengan tisu basah atau air bersih. Harga Ainaa Cleanser 2in1 Purifying Gel adalah RM45.

Ainaa Serum
Selain itu, Syafiqah Ainaa juga mengeluarkan Ainaa Serum. Seingat syira, Ainaa Serum merupakan produk pertama yang dihasilkan sebaik sahaja mereka terlibat di dalam perniagaan. Bahan yang terkandung dalam Ainaa Serum adalah timun, lavender, aloevera, saponaria officinalis/soapworts dan asparagopsis armata.

Kebaikan Ainaa Serum
✅Menyegarkan kulit wajah
✅Melembapkan kulit
✅Mengurangkan pigmentasi
✅Menghilangkan kesan jerawat
✅Mengurangkan lingkaran gelap di mata
✅Mengurangkan jeragat
✅Mengecilkan liang roma pada wajah
✅Mencerahkan kulit


Cara Menggunakan Ainaa Serum
Digunakan selepas mencuci kulit, sapukan serum secara rata di kulit muka. Boleh digunakan 2-3 kali sehari. Harga Ainaa Serum adalah RM65.

Testimoni Syira

Ainaa Cleanser: Syira menggunakan Ainaa Cleanser sebagai pembersih muka dan make up removal. Sangat menyenangkan bagi syira jika hendak pergi ke mana-mana. Segala kekotoran mudah ditanggal dengan menggunakan Ainaa Cleanser. Syira boleh dikatakan kerap juga mengenakan solekan jika keluar. Jadi dengan adanya Ainaa Cleanser, dapat mengurangkan masalah jerawat. Korang jangan tak tahu pulak, kalau solekan tak bersih memang mengundang miss J. Hehe
Ainaa Serum: Syira paling suka gunakan Ainaa Serum sebab tekstur serum yang ringan sahaja. Senang meresap ke dalam kulit. Bau pun sangat wangi. Sepanjang syira menggunakan Ainaa Serum, masalah eyebag semakin berkurangan. Syira selalu apply Ainaa Serum sebelum tidur di bawah mata supaya bangun tidur tidaklah bermata panda. Hihi


Haaa.. korang jangan lupa cuba tau. Harga combo untuk Ainaa Cleanser dan Ainaa Serum ini adalah RM110. Harga yang sangat berbaloi dan packaging pun tampak eksklusif. Dekat mana nak tempah? Korang boleh layari di maklumat bawah ini: