Thursday, 5 March 2015

AWAS THIRD PARTY SCAMMER




Assalamualaikum



Report polis telah dibuat. Biar pihak polis yg menjalankan siasatan. Syira pun dah go through process soal siasat (macam Gerak Khas tu hihi). Alhamdulillah syira post ni bertujuan untuk clear nama syira yg dah busuk  disebabkan si scammer tak guna ni. Tak tau la nama betul ke tak. Mostly yg kena tipu dgn dia masa dia guna nama ig @iman.lala. Lepas tu dia tukar. Bagi yg tak tau, terpinga² syira cita pasal apa, apa si penipu ni buat. Okay, penipu ni dah salahgunakan no akaun syira untuk scam org lain. Kononnya jual dress bunga². KONON!! Come on lah, syira jual produk kecantikan. Celah mana jual dress pulak :(


Bila customer dah deal dgn dia, dia kasi no akaun syira. Bila customer dah bank in atas nama syira, dia cakap dia akan pos. Memang takkan pos la kalau pic dalam igshop dia pun gambar curi. Then customer tunggu barang tak sampai². Wechat & Instagram kena block. So cust ni nak cari siapa? Of kos la cari syira sebab payment atas nama syira. Ye idok? Syira ni dijadikan kambing hitam. Tak tau menahu benda gapo dio kena maki free² dgn cust dia yg dah mengamuk. Siap ugut nak report polis lagi. Sebelum uols nak report syira, syira report dulu at least syira boleh defend diri syira dah teraniaya ni. Sob sob 


Antara motif yg pihak polis percaya .
● dia nak beli something dkt syira tapi gunakan org lain utk bank in atas nama syira, so that dia boleh guna resit tu utk beli dr syira. Nak barang free ke?
● dia nak claim cakap duit tersalah bank in. So nak minta transfer balik. .


Gituuu tapi alhamdulillah la si licik ni tak sempat nak tipu syira. Dia pun dh block syira dkt wechat. Kantoi agaknya  Nasihat syira kpd semua, pls make sure masa buat payment nama penerima tu nama pemilik bisnes. Benda ni boleh jadi pada sesiapa shj. Kalau la kan, Kalau.. ada lagi mangsa yg nak claim dekat syira(yela, tak tau brapa ramai yg dia tipu), pls bertimbang rasa. Jangan la maki hamun. Tau marah. Jgn main ugut syira nak buat itu ini. Syira boleh report awak tau sbb mengugut syira? (Abam polis kata boleh report hihi). Cakap elok² kemukakan bukti payment so on. Then kita slow talk. Tapi syira malas la nak amik tindakan. Tau uols naik hantu sebab kena tipu. Mak jemah pun stress kena aniaya. Hihi Hopefully cepat² la polis tangkap dia ni. Jahat bebenor. 
      






                                               
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page