Wednesday, 11 March 2015

REVIEW: LENOVO A5500



Assalamualaikum


Sebelum ni, syira pernah review Lenovo A889. Sekarang ni syira nak review pulak tablet keluaran Lenovo iaitu Lenovo A5500 atau A8-50. Syira beli masa bulan Disember tahun lepas seingat syira. Syira bukanlah gadget freak tapi syira suka bagi reward kepada diri syira bila dah penat lelah bekerja. Hihi. Sebelum ni pun, memang syira target nak beli tab untuk kegunaan online business syira. Alhamdulillah, hasil bekerja secara online syira dapat beli sebijik untuk diri sendiri. Hihi


Gedabak besau ,muka cek tau


Harga berapa? Mesti soalan ni selalu orang tanya. Masa syira beli harga yang syira dapat setelah penat nego dengan apek tuan kedai, last price RM650 for original set. Free casing, free charger etc. Apa yang membuatkan syira tertarik nak angkat Lenovo A5500? 


8" wideview IPS Display
Yes. Sebab besar sangat. Besar daripada muka syira. Hahahha. Display tab ni sebesar 8 inci. Haaaa kalau cakap tak cukup besar lagi tak tau la kan.


Slim dan ringan
Salah satu sebabnya ringan. Tak berat sangat pun kalau nak usung sana sini. Berat tab ni cuma 350g ja tau. Ketebalan tab ni lebih kurang 9mm thin. Slim ke idok? 


Slimnya lahai.. Tuannya bila lagi? Haha


Dolby Digital Plus dengan dua speaker
Yang ni paling excited, sebab sound tab ni best! Speaker di kiri kanan. Nak layan movie ke lagu ke running man ke memang best. Sebab sistem tab ni menggunakan Dolby Digital Plus. Alaa macam GSC Cinema tu. 


Midnight blue gituuuu..


Bateri so far syira guna boleh bertahan selama lapan jam kalau guna secara tidak berterusan. Syira guna mostly untuk online je. Kegunaan lain kadang-kadang main game. Itu pun kalau dah bosan sangat. Terus-terang syira puas hati guna tab ni. Superb bagi syira.Harga pun berpatutan. Tab ni dikeluarkan dalam 4 warna. Masa syira beli tu ada warna putih dan biru ja. Kalau ada merah dah lama syira rembat!


Yang mana satu idaman kalbu awak semua?


Full specifications boleh usha SINI SINI SINI






 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page