Saturday, 11 April 2015

PENIPUAN KERJA SAMBILAN MELIPAT RISALAH DI RUMAH


Assalamualaikum

Secara asasnya, apa yang awak semua faham tentang kerja melipat risalah? Kalau tanya adik syira, dia cakap agaknya lipat katalog lepas tu pos ke company balik. Haha SALAH. Generally, kerja sambilan melipat risalah ni memerlukan kita membayar sejumlah wang untuk tujuan pendaftaran. Selepas tu, kita akan terima satu sampul berisi risalah. Penerangan yang lengkap tentang kerja tu. Lepas tu kita kena pasarkan balik macam orang yg war²kan tentang kerja sambilan ni. Potostat kertas² tu dan pos kepada mangsa seterusnya. Licik tak?

Celah mana yang kita kaut keuntungan tu? Haa.. syira nak kongsi pengalaman kakak syira sendiri yang dah terkena dengan penipuan kerja sambilan di rumah ni. Beberapa hari yang lepas, dekat facebook ramai nau syira tengok orang iklankan kerja sambilan. Keuntungan berdasarkan kerajinan. Average gaji RM200-RM500 seminggu. SEMINGGU!! Hambik ko. Sapa tak nak bila dengar kan? Nak nak sekarang ni GST semua benda perlu duit. 



Kakak syira dikenakan bayaran sebanyak RM40 sebagai bayaran penyertaan sekali seumur hidup. So settle bayar. Harapan kakak syira tu sama macam adik syira cakap. Ingat kerja lipat katalog pastu pos ke client. Sekali sampai... Nahhhhhh! Ya Allah, tersentap syira yang baca ni. KITA KENA ULANG BENDA YANG SAMA MACAM ORANG TU BUAT. Sama tak macam menipu? Ya sama. Ini scammer!

Sama seperti kita ambil duit orang kononnya ganjaran lumayan yg mana kita sendiri kena memikat orang lain untuk membayar balik RM40 tu. Menipu secara halus bagi mengaut keuntungan dengan cara mudah. Dari aspek Islam, adakah duit RM40 tu halal? Bayangkan kalau yang minta PM tu 100 orang. Dah berapa keuntungan? RM4000!!!! Memang licik benor orang macam ni. Tak rasa bersalah ke buat orang lain tertipu? Basically, tiada sebarang kerja pun kita kena buat. Cuma iklankan balik dan ulang benda yg sama. Tapi kakak syira tak sanggup buat benda yg sama dekat orang lain. Hang gila ka kiah? Silap hari bulan orang mai tetak kepala hang percuma ja.

Moral of the story, jangan mudah terpengaruh dengan iklan di media sosial. Tiada kerja yang mudah di dunia hari ini tanpa usaha gigih. Banyak lagi kerja lain. Contoh join dropship jual produk kecantikan ka, baju ka, jam ka. Kan lagi membawakan hasil yang yakini halal. 




 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page