Saturday, 3 October 2015

Syiera Dah Kawin !




Assalamualaikum

Hai hai semua! Syira basically dah almost 3 bulan dah kawin. Alhamdulillah. Dah selesai semuanya. Ek eleh dah lama baru nak post entry. Eh, suka hatilah. Haha. Syira tak sempat nak update sebab busy kot. Sekarang baru sempat nak share serba sedikit majlis syira.


PERNIKAHAN/SOLEMNIZATION - 18 JULY 2015

Syira nikah malam. Malam kedua raya puasa. Perasaan masa tu macam-macam. Rasa macam tak caya nak kawin pun ada. Pukul 6.30 ptg syira dah pi bersiap dekat butik. Awal kan? Org butik cakap ramai pulak nikah tarikh tu. Pukul 8.30 mlm syira dah sampai masjid. Nak jadikan cerita, syira tak pakai inai pun masa tu. Tapi kawan syira ni  beria nak syira pakai. Jadi dia lah yg bubuh. Inai instant mmg tak payah tunggu semalaman untuk merah. Inai ni mmg merah lps 5 minit bubuh. Imam pulak masa tu tak sampai2 lagi. Janji lepas isyak nak ijab kabul. Tapi imam kena bawa isteri dia pi dialysis. Kata bilal. Naik mengantuk jugak syira tunggu luar masjid. Luar masjid? Ya, syira datang bulan masa nikah. Jangan ambik sambil lewa. Walaupun nikah tetap tak boleh masuk masjid kalau period. Syira stay luar dkt dewan masjid. Pukul 10 mlm baru imam sampai. Imam tak banyak cakap, mungkin dia sedar dia dah lewat. Imam ada soal suami syira masa nikah. Soalan simple ja, mengucap dan rukun nikah. Ok pass! Pukul 10.15 mcm tu, imam dh selesai baca khutbah dia laung kat syira yg jauh ke belakang.

"Norsyahira, hang nak kawin dak?"
Syira angguk ja
"Betul ni hang nak kawin ni?"
Kali ni syira jawab, "Ya"

Semua tertumpu kat syira. Alahai malunyaaaa rasa. Alhamdulillah dengan sekali lafaz, syira bergelar isteri. Syira nangis ke tak? Jawapannya tak. Syira tak sempat nak rasa nervous ke terharu sebab imam kalut2 ja terus nikah. Hahahahha Maybe sebab ada mak dekat sebelah. So cool sikit rasa. Suami syira nervous. Sampai lupa berapa mas kahwin hihi

Muka nervous. Takut la tuuu hihi

Eh eh gelak pulak, imam ni kelakar sikit.


Time kena jawab soalan hihi

Masa ijab kabul


Alhamdulillah selesai...


RESEPSI PENGANTIN PEREMPUAN - 19 JULY 2015

Esok tu majlis resepsi rumah syira. Menu rumah syira simple je. Nasi ayam, bihun sup, buah tembikai, air sirap & teh tarik. Tersangatlah simple. Syira memang nakkan majlis yg ringkas je dan semua happy. Rata-rata yg datang semua puji nasi ayam sedap. Nasi ayam syira tempah catering. Satu kepala RM4.50. Murah kan? Bihun sup, kakak sulung sponsor. Teh tarik ayah saudara yg buat. Alhamdulillah banyak yg kami jimat. Syira cuma ambil khidmat baju pengantin, pelamin & meja makan pengantin. Total RM1600. Bilik pengantin hias sendiri. Alah hias simple ja pun. Hihi


Henna art kawan syira buatkan ala2 keknis


The wedding cake



Outdoor photoshoot





Okay habis. Thanks sudi baca. Majlis tandang punya nanti syira update. Bye :)





 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page