Wednesday, 5 October 2016

6 Minggu Hamil.. Tapi Tak Nampak Baby..


Assalamualaikum


Baru baru ni syira pi klinik untuk pengesahan pregnancy. Perasaan memang berdebar debar sebab pengalaman pertama kan. So noob sikit apa yang perlu syira buat. Tujuan syira pi klinik untuk pengesahan kandungan dah berapa bulan.

Selesai isi borang register semua, staf klinik tanya syira "Puan dah buat upt test dekat rumah? Kalau ada gambar boleh tunjukkan tak" ujarnya lembut. Syira pun tunjuk la gambar dekat dia. "Tahniah puan, memang betul puan dah pregnant" Tersenyum syira.

Lebih kurang 5minit juga tunggu doktor masuk kerja sebab masa tu waktu rehat. Lepas doktor dah sampai, syira dan husband dipanggil masuk. Mula-mula dia tanya asal mana, stay mana. Agak friendly la doktor ni. "First day period of your last period bila ye puan?" Nasib syira ni jenis yang catat setiap kali datang period. Korang kena catat tau kalau dah kawin nanti sebab penting sangat.

"First day period on 17th August" bagitau syira dekat doktor sambil doktor tu dok key in info dalam monitor dia. "Your baby should be dah 6 weeks and 5days. Congrats" Alhamdulillah dah sebulan lebih rupanya. "Jom kita scan" doktor tu cakap. Syira cakap dalam hati "eh dah kena scan ke?"

Syira ikutkan jelah. Maybe prosedur klinik swasta macam tu kot. Masa nak scan tu, tetiba pundi kencing syira kosong pulak dah. Hahaha mana la cek tau kena tahan kencing sebelum scan ultrasound. Ini pun korang kena take note tau sebelum scan kena minum air at least 2 gelas 30 minit sebelum jumpa doktor.

Lepas dorang bagi syira minum, dipanggil masuk balik. Hati berdebar tak tau nak cakap. Doktor sapu apa benda ntah dekat perut. "Sejuk?" tanya doktor. "Tak lah" ringkas syira jawab. "Bukan awak, tu yang dalam tu" Ceh dia maksudkan baby. Tergelak husband syira.

Mata kami tertumpu dekat skrin monitor, doktor tunjuk la ini pundi kencing, dinding rahim etc. Tapi,.. doktor cakap "baby puan tak nampak lagi. It should be somewhere right here" Syira dengar dah cuak. Puas doktor tu pusing kiri kanan still tak nampak jelas dekat mana.

Syira dah mula risau. Kenapa tak nampak. Doktor cakap "Maybe your baby was too tiny. Kandungan belum matang but then saya risau akan risiko hamil luar rahim" Rasa macam nak luruh jantung syira masa tu dengar. Macam nak nangis.

Then doktor cakap "apa kata puan refer dengan hospital. sana nanti dorang lagi detail" Enough with that. Syira pi hospital Shah Alam untuk buka buku pink. But then doktor cakap no need to scan in this state. 6minggu terlalu awal untuk scan sebab takkan nampak. Hmm mana satu nak percaya. Syira dah risau sangat ni. Next check up baru doktor nak scan. Sebab masa tu baby dah masuk dua bulan lebih.

Mommy mommy sekalian, pernah tak alami isu macam ni? Share sikit pengalaman korang. Sebab kakak syira first scan pun masa kandungan dah 5 bulan. Help me. Risau. Hmmm. Doakan syira dan baby ye.

 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page