Wednesday, 17 January 2018

Lama sangat menyepi.. Sebab ni laaa..


Assalamualaikum


Hai korang! 1st of all, minta maaf sangat syira jarang sangat nak update blog. Sejak sejak ada baby ni memang tak menyempat nak menaip. Hehe.. So sekarang ni baru la nak start balik aktif. Memandangkan ada masa free sikit. Untuk pengetahuan korang, syira telah selamat melahirkan baby girl pada 22 May 2017 secara c section. Alhamdulillah semuanya selamat.

Berat baby girl masa lahir 2.28 kg je. Kecik kan? Rata2 yang melawat semua tanya baby premature ka? Eh takkkk.. baby cukup bulan. Sebab syira beranak cukup 38 minggu. Tapi nak buat macam mana kan. Janji baby sihat. Nama yang telah diberikan ialah Nur Medina Insyirah. Maksudnya "cahaya kegembiraan kota Madinah". Syira memang suka nama ni start daripada dapat tahu pregnant lagi walaupun masa tu tak expect pun gegirl.

Sekarang ni Medina dah 7 bulan. Sekejap ja rasa dah masuk 7 bulan. Rasa macam baru ja beranak semalam. Muahaahaha.. Simptom mak mak yang tak dapat dielakkan. Medina dah start makan puree, bubur nasi etc. Alhamdulillah selera betul dia. Tak ada masalah bab makan. Semua dia bedal. Medina alhamdulillah full breastfeeding. Moga moga dapat rezeki full BF sampai cecah umur 2 tahun. Penah jugak ajar minum botol (masa tu try pump) tapi dia tolak botol. Hahaha tak apa la sayang. Janji sihat aja okay. Okay lah nanti syira update lagi pasal medina. Meh syira belanja sikit gambar medina. Muka sebiji ayah dia sob sob sob..

A few hours after deliver

Dalam pantang masa ni, abaikan muka ibu yang macam mak limah..

Ni masa 4 bulan. Sado ke idok?

ok tu aja.. bye auntie :)

 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page