Thursday, 7 June 2018

Tips Bengkak Susu

Tips Bengkak Susu | Assalamualaikum uols! Sihat ke? Syira tak berapa sihat 😥 Tetiba jadi bengkak susu. Normally, bengkak susu terjadi disebabkan susu tidak dikeluarkan dengan secara betul atau efisien. Tapi kes syira ni, medina kurang menyusu sebelah siang. Acuh tak acuh je dia. Asyik nak main je. Itu pasal la malam semalam syira rasa sakit di sekitar payudara.
Sakit betul rasa dia. Bagi yang tak penah alaminya, rasa sakit dia macam kita nak datang period kan sometimes breast rasa tegang dan sakit. Lebih kurang macam tulah. Actually ini kali ketiga syira bengkak susu. Masa pantang dulu tak jadi. Huhu jadi apa yang perlu buat kalau bengkak susu?
Tuam sejuk dan panas
Setiap kali jadi bengkak susu, syira akan tuam sejuk dulu lepas tu baru tuam panas. Boleh guna ice pack atau balut ais pastu tuam di sekitar breast. Kenapa tuam sejuk? Sebab nak bagi rasa kebas. So kurang sikit sakit. Then tuam panas menggunakan tuala yang direndam dengan air suam. Yang ni bagus sebab air suam mampu melancarkan ketulan susu yang tak keluar tu.
Kerapkan breastfeeding
Ini tips paling penting kalau bengkak susu. Sila lah kerapkan penyusuan supaya susu dapat dikeluarkan. Lagi kerap lagi bagus.
Letak kobis
Ini petua orang tua dulu. Syira cuba petua ni. Memang menjadi. Tapi tak boleh letak lama. Sebab ada kajian mengatakan letak kobis ni penyebab susu kering. Alhamdulillah syira tak alami hal tu. Lain orang lain kesannya.
Pam susu
Part ni menangis nak buat. Macam syira, medina ada masa dia menyusu sat ja so kena lah pam. Memang sakit tapi kena tahan. Perlu diingatkan untuk pam pun jangan sampai breast kosong. Agak2 kita rasa lega. Sambil2 pam sambil urut/tuam bahagian ketulan tu.
Mandi air suam
Yang ni syira pernah buat sekali je. Tapi bagus untuk melancarkan susu yang berketul. Boleh cuba yang ni.
Ini antara tips yang syira gunakan bagi meredakan bengkak susu. Selalunya bengkak susu sembuh dalam 3 hari. Tapi kalau rasa macam memudaratkan, sila ke klinik okay. Jangan biar. Satgi jadi benda lain pulak. Okay itu saja. Byeee 😊😊


 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page