Sunday, 5 August 2018

Mexicana Chicken Burger Bukan Indah Pada Khabar!

Mexicana Chicken Burger Bukan Indah Pada Khabar! l Assalamualaikum dan selamat petang korang! Sihat ke hari ni? Syira alhamdulillah sihat walafiat. Eh tak tanya pun kan. Hehe. Baru-baru ni syira berkunjung ke Damansara Damai, Selangor. Ada keja sikit yang perlu diuruskan. Sambil-sambil tu syira jalan-jalan jelah sekitar area Damansara.

Tak pergi mana sangat pun. Hari pertama lepak dekat rumah ja. Masing-masing penat sebab sampai rumah abang ipar pun dah pukul 3 pagi. Medina pulak sampai sampai ja tak nak lena pulak. Ajak ibu dia main. Mana taknya dalam keta dah puas lena. Makanya dia nak explore tempat baru la. Habis satu rumah dia tawaf. Pukul 5 pagi jugak la dia lena balik. Rabak mata ibu medina oii. Sabor jela bila ada anak kecik.

Hari kedua, kami semua jalan jalan dekat The Curve dan Ikea Mutiara Damansara ja. Kenapa tak pergi jauh sikit? Abang ipar syira sebenarnya tak suka tempat yang crowded dan kena hadap jem. Hahaha. So terpaksa lah ikut majoriti. Cadang tu nak beli rak lennart dekat Ikea tapi boleh pulak kehabisan stok. Baru ibu medina bercita-cita tinggi nak deko meja solek. Medina ni dia dah makin tinggi, tangan tu mula dok capai macam macam atas meja solek. Haha geram ja ibu.

Apa yang syira suka sangat pergi Damansara Damai ni, sebab makanan di murah-murah belaka. Dia punya street foods dah macam pasar malam. Punyalah ramai orang berniaga. Harga not bad la. Tapi portion besar. Syira tak larat nak habiskan nasi ayam berempah hari tu. Rm6 tapi portion untuk dua orang makan. Ko rasa? Syira ni jenis makan sikit tapi berulang. Last puasa haritu pun kami mai sini jugak. Bazaar dia memang best. banyak pilihan. Sampaikan Sufian Suhaimi pun beli kat sana. Tak sempat nak request “Di matamu satuuuuu pian!”. sebab dia macam rushing. Pendek rupanya orangnya ke aku yang terlebih tinggi. Hahaha

Okay, last day sebelum nak balik, singgah makan di McDonald’s bagi merasa the famous Mexicana Chicken Burger. Amboi kemain orang dok viral. Semua review cakap sedap. So, syira pun terjah la haritu. Packaging cantik. Well,kita nak beli apa pun mesti tengok packaging kan! Tak gitu? First impression syira “bapak aa besar burger ni”. terpikir jugak macam mana nak tokak ni. Haahaha. Patty ayam dia tebal. Crunchy enough for me yet still moist patty dia.

Sos jalapeno dia sedap weii. Ada rasa pedas tapi boleh dibendung lagi. Pastu ada rasa masam sikit sebab tomato mayo dia. Good combo of sauce. Kena la pada tekak syira. Yang lain-lain pelengkap dia ada cheese, salad, capsicum dan tomato. Set yang syira pesan macam biasa ada fries dan mcfreeze perisa coke. Ala air coke je pun.
Tebal betul patty dia
Meleleh sos jalapeno dia. Yums!
Bagi syira, burger McD kali ni memang sedap. Satu set worth RM17 berapa sen ntah tak ingat. Ingat makan jek. Lol. Pricey but worth it. Ala bukan selalu makan pun. Hahahah penyedap hati gituuu. Aiskrim strawberi pun dah rasa. Rasa common ja macam aiskrim yang lain. Hahahha. So korang dah rasa belum? Sama tak macam syira? Ke korang rasa macam biasa ja? Hehe okay la. Anak nangis pulak. Bye!
Si kecik ni happy dapat spek mata Happy Meals


 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page