Wednesday, 3 October 2018

50gram x Swanicoco Show Me The Velvet Lipstick

Assalamualaikum dan salam sejahtera readers. Syira excited sangat nak kongsi dengan korang mengenai jenama lipstick terhangat di Korea yang baru sahaja dilancarkan di Malaysia pada 18 September 2018. A few days ago, syira dah cuba keluaran terbaru Swanicoco iaitu Swanicoco Show Me The Velvet Lipstick.

Swanicoco
First of all, meh syira cerita sikit mengenai Swanicoco. Swanicoco ni merupakan sebuah syarikat yang pada mulanya mengeluarkan sabun daripada proses penapaian. Swanicoco banyak menggunakan bahan semula jadi sebagai bahan utama dalam penghasilan produk mereka. Jadi tidak perlu risau ye. Produk Swanicoco ini sememangnya selamat.

50Gram
50gram pula merupakan sebuah kedai bunga secara online di Malaysia. Kali ini 50gram berkolaborasi dengan Swanicoco. Untuk pengetahuan semua, 50gram adalah yang pertama di Malaysia yang menjual Swanicoco Show Me The Velvet Lipstick.

Swanicoco Show Me The Velvet Lipstick
Swanicoco Show Me The Velvet Lipstick kalau nak tau sangat limited edition. Once its sold, takkan restock lagi. Jadi korang kena dapatkannya sebelum terlambat ye. Mempunyai tiga warna iaitu Juliet Red, Shine Orange dan Pink Blossom. Swanicoco Show Me The Velvet Lipstick yang syira terima adalah kod Juliet Red. Bagi syira, lipstick ini sangat pigmented dan senang nak oles di bibir. Letak sikit pun dah menyerlah warnanya yang merah nak oren sikit.

Didatangi dengan bekas berputar yang agak praktikal bagi syira. Bagi ibu seperti syira memang sesuai sangat sebab kadang Medina suka main barang make up syira. Jadi agak sukar bagi Medina untuk buka. Kalau korang nak tau Swanicoco Show Me The Velvet Lipstick ini direka khas dengan pelembap semula jadi. Jadi bila syira pakai di bibir, bibir takkan kering. Sentiasa moist walaupun selepas syira makan. Amazing!

Bahan yang digunakan adalah:
Octyldodecanol, Isononyl Isononanoate, Silica, Ricinus Communis (Castor) Seed Oil, Isoeicosane, Ozokerite, Ethylhexyl Palmitate, Microcrystalline Wax, Paraffin, Phenyl Trimethicone, Caprylic/Capric Triglyceride, Copernicia Cerifera (u) Wax, Polyhydroxystearic Acid, Kaolin, Tocopheryl Acetate, Caprylyl Glycol, Argania Spinosa Kernel Oil, Pentaerythrityl Tetra-Di-T-Butyl Hydroxyhydrocinnamate, Hexylene Glycol, Fragrance, Phenoxyethanol, Ci 15850, Ci 45410, Ci 15985, Ci 19140, Ci 15850
wajib bawa ke mana saja!

Harga Swanicoco Show Me The Velvet Lipstick
Harga yang ditetapkan adalah RM88.85. Korang boleh dapatkan di website 50gram. Nationwide delivery!

Oh ya! Syira hampir terlupa. Korang boleh purchase Swanicoco Show Me The Velvet Lipstick ini dengan diskaun 25% dan juga berpeluang untuk stay di villa dan lipstick PERCUMA! Korang klik sini okay untuk purchase >> Swanicoco

Maklumat lanjut boleh layari


 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page