Monday, 10 December 2018

Mamaway Perfect Seamless Nursing Bra Review

Mamaway Perfect Seamless Nursing Bra Review l Hello dan assalamualaikum readers. Syira sememangnya suka berkongsi tips atau produk berkaitan ibu selain parenting. Kali ni syira ingin berkongsi dengan korang mengenai Mamaway Perfect Seamless Nursing Bra. Bagi ibu breastfeeding adalah kebiasaan bagi mencari nursing bra yang sesuai. Secara kebetulan, syira diperkenalkan dengan Mamaway Perfect Seamless Nursing Bra ini.

Mengenai Mamaway
Mamaway merupakan pemenang anugerah bagi jenama pregnancy dan breastfeeding yang menjanjikan produk bagi ibu menyusu dan mengandung. Pengasas Mamaway sendiri berkeinginan supaya dapat menyediakan keperluan yang selesa kepada para ibu menyusu. Kini Mamaway mempunyai lebih daripada 70 buah cawangan di seluruh dunia.

Kelebihan Mamaway Perfect Seamless Nursing Bra
Fabrik yang memeri (high stretchable)
Mamaway Perfect Seamless Nursing Bra sangat memeri. Boleh memeri sehingga 2-3 saiz cup. Ini disebabkan semasa para ibu mengandung atau menyusu, saiz cup selalunya akan berubah. Jadi, ibu tak perlu risau kalau rasa macam saiz bra dah berubah.
Acuan bra bersuhu rendah
Mamaway Perfect Seamless Nursing Bra sangat sesuai bagi wanita yang berdada tidak sekata. Ini kerana Mamaway Perfect Seamless Nursing Bra mampu menyokong sebarang bentuk dan saiz payudara.
Bra pad yang stays in place
Yang ni ada faktor penting dalam pemilihan nursing bra sebab syira sangat la tidak selesa sekiranya padding tidak berada dalam keadaan yang betul. Sekejap herot sana sini. Faham ke tidak? Haha hanya yang mengalami je memahami perasaan syira.
Lift and gather
Mamaway Perfect Seamless Nursing Bra sangat menyokong supaya si pemakai kelihatan kemas dan lifting payudara dengan lebih baik. Panel yang lebih tinggi di tepi bra mampu menyokong lebihan lemak. Tidak la nampak macam menggelebeh ja kan. Eh sukanya.
Klip menyusu yang tahan lama
Mamaway Perfect Seamless Nursing Bra direka khas supaya membantu si pemakai menyusu dengan baik. Klip menyusu boleh ditanggal dengan menggunakan satu tangan dan amat memudahkan penyusuan ibu.
Kestabilan
Mamaway Perfect Seamless Nursing Bra dilengkapi dengan empat cakuk atau hook mengikut keselesaan para ibu.

Berita baik untuk semua pembaca, korang boleh dapatkan RM25 off untuk pembelian pertama di website Mamaway Malaysia. Hanya valid untuk ahli baru Mamaway sahaja. Bagaimana caranya? Korang boleh klik link di bawah:

Untuk maklumat lanjut:
Facebook: Mamaway
Instagram: @mamawaymy

 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page