Saturday, 17 November 2018

Belajar Makan Dengan Oxo Tot Training Plate dan Cutlery Set


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pembaca. Sebagai ibu, kita mahukan yang terbaik untuk anak-anak kita. Kita juga pastinya mahukan anak-anak kita mampu menjalani kehidupan seperti yang lain. Contohnya berkemampuan untuk makan menggunakan peralatan dengan betul. Untuk itu, syira memperkenalkan Medina dengan Oxo Tot Training Plate dan Cutlery Set.

Oxo Tot Training Plate
Seawal usia 6 bulan si manja anda boleh menggunakan Oxo Tot Training Plate ini. Syira suka sangat dengan Oxo Tot Training Plate yang direka khas dengan lingkaran pinggan yang boleh ditanggal. Wah, lain macam ye boleh ditanggal. Ini bertujuan supaya segala makanan yang dihidangkan tidak senang terkeluar atau tumpah daripada pinggan. Sekiranya si manja sudah pandai menggunakan Oxo Tot Training Plate boleh la tanggalkan lingkaran pinggan tersebut. Medina masih lagi di dalam proses pembelajaran. Boleh la sikit-sikit guna. Lama-lama nanti pandai la kan. Hehe.
Oxo Tot Training Plate juga dicipta khas sebagai anti slip base supaya tidak licin dan kekal stabil di atas meja. Wah bagusnya. Sesetengah si manja kan agak lasak, jadi pinggan boleh terjatuh sekiranya ditolak. Oxo Tot Training Plate juga bebas BPA, PVC dan phthalate. Sememangnya sangat selamat untuk anak-anak. Oh ya, Oxo Tot Training Plate juga selamat digunakan di dalam gelombang mikro anda. Senang la kerja ibu kalau nak panaskan makanan Medina.


Oxo Tot Cutlery Set
Selain daripada training plate, syira juga introduced Medina dengan Oxo Tot Cutlery Set. Oxo Tot Cutlery Set dilengkapi dengan sudu, garfu dan pisau yang diperbuat daripada keluli. Oxo Tot Cutlery Set sangat selamat untuk usia Medina yang baru setahun enam bulan. Material keluli yang digunakan lebih halus pembikinan jika hendak dibandingkan dengan sudu orang dewasa. Taklah ibu risau Medina nak guna garfu hehehehe. Sebab tidak setajam garfu orang dewasa punya. More safe and effective cutlery.
Saiz Oxo Tot Cutlery Set juga bersesuaian dengan Medina. Easy to grab and hold. Bersesuaian lah dengan proses Medina yang masih in training to the grown up table.Oxo Tot Cutlery Set ini juga bebas phthalate, BPA dan PVC. Oxo Tot Cutlery Set juga terdapat dalam warna aqua, hijau dan merah jambu. Yang Medina punya warna hijau.



Untuk maklumat lanjut:
Facebook: Bloom & Grow / Smart Mum


Friday, 16 November 2018

#7YearsAnniversaryGiveaway Dunia Zumal


Klik banner untuk join😊
Syira join sebab dah lama tak join mana-mana GA. Hadiah pun menarik. So why not kan? Moga terselit rezeki syira. Amin

Sunday, 11 November 2018

Resepi Ringkas Dan Mudah Kerang Masak Cili


Assalamualaikum dan selamat petang uols! Dua hari lepas syira beli kerang dekat Tesco. Baru hari ni sempat nak masak. Hehe. Tak ada idea sangat nak masak. Selalu kerang ni mak syira mesti ketuk serai then rebus je. Pastu cicah dengan air asam.
Tapi kali ni, syira nak masak something different. So syira masak kerang masak cili. Resepi yang mudah dan simple ja. Tak susah pun cuma lecehnya nak kena kopek kerang jela. Meh syira kongsi resepi
2 biji bawang besar*
4 ulas bawang putih*
1 inci halia*
2 biji cabai/cili besar*
3-4 biji cili padi*
2 batang serai (diketuk)
1 sdb sos tiram
1 sdb sos cili
Garam
Gula
Yang bertanda (*) tu korang blend dulu. Lepastu tumis sampai naik bau. Masukkan serai yang diketuk. Masukkan sos tiram dan sos cili. Lepastu masukkan kerang yang direbus. Lastly season to taste. Siap!
Selamat mencuba!


Saturday, 3 November 2018

Review: Jom Sihat Dengan Neotide-S Soy Peptide Powder


Review: Jom Sihat Dengan Neotide-S Soy Peptide Powder l Assalamualaikum dan salam sejahtera! Hello semua, sihat ke korang? Raya dah habis kan. So we’re back to the normal routine. Semakin kita meningkat umur ini, terus terang aspek kesihatan kita sangat penting. Apa yang korang selalu lakukan bagi mengekalkan kesihatan tubuh badan yang baik? Selain daripada kita melakukan senaman setiap minggu, kita juga boleh mengamalkan pemakanan yang seimbang. Justeru itu, syira nak kongsi dengan korang pasal kebaikan Neotide-S Soy Peptide Powder. Well, sharing is caring kan.

Apa itu Soy Peptide Powder?

Soy Peptide atau dalam Bahasa Melayu iaitu soya peptida adalah merupakan sumber protein daripada kacang soya yang sangat bermanfaat kepada kesihatan tubuh badan. Seperti mana yang kita tahu soya sememangnya sangat berkhasiat terutamanya kepada sistem imunisasi kita.

Fungsi dan kebaikan Neotide-S Soy Peptide Powder

Mengawal darah tinggi/hypertension
Menurunkan paras gula dalam darah
Mampu mengurangkan risiko sakit jantung
Memberi tenaga berpanjangan
Mengawal kadar kolesterol
Meningkatkan produktiviti dan kualiti susu ibu
Meningkatkan tahap sistem imun badan
Testimoni Emak Syiera

Emak syira menggunakan Neotide-S Soy Peptide Powder. Tujuan utama emak syira mengamalkan Neotide-S Soy Peptide Powder adalah untuk menurunkan paras gula dalam badan. Untuk pengetahuan korang semua, emak syira merupakan pesakit diabetes sejak dari tahun 2013. Cuma beliau tidak perlu ambil insulin. Hanya meneruskan penggunaan ubat daripada doktor. Setiap tahun emak syira akan menjalankan pemeriksaan berkala sebanyak dua kali dalam setahun. Kebetulan semasa syira menerima produk ini, jadi syira mengesyorkan emak supaya untuk mencuba sendiri.

Sepanjang dua minggu, emak syira mengamalkan Neotide-S Soy Peptide Powder ini beliau lebih bertenaga dalam menjalani kehidupan harian. Yelakan, pesakit kencing manis ni kalau korang nak tahu mereka cepat letih dan lesu. Kadang kadang emak syira tertidur semasa menjahit (emak syira merupakan seorang tailor) sedangkan beliau selalu tidur awal bila malam. Paling ketara, emak syira dah tak selalu kencing kerap. Alhamdulillah, paras gula dalam darah semakin menurun daripada sebelum ini.  Sebelum emak syira mengamalkan Soy Peptide, bacaan gula emak syira adalah 11.7 mmol/L. bacaan gula yang normal adalah antara 4.4 hingga 7.0 mmol/L sekiranya diperiksa ketika berpuasa.
Sebelum
Selepas
Selepas mengamalkan Neotide-S Soy Peptide Powder ini, paras gula dalam darah emak syiera turun mendadak kepada 5.8 mmol/L. Alhamdulillah syiera happy sangat dengan penurunan bacaan gula emak syiera. Korang pun tau kan? Pesakit kencing manis kena selalu berjaga-jaga supaya kesihatan sentiasa di dalam keadaan yang baik. Tambahan pula, usia emak syiera dah semakin meningkat. Untuk pengetahuan korang, syiera juga turut mengamalkan Neotide-S Soy Peptide Powder ini. Alhamdulillah, susu badan tidak kering dan mampu boost produktiviti susu badan. Syiera selalu memikirkan cara bagaimana untuk meningkatkan kualiti susu badan. Yelakan syiera dah berniat untuk menyusukan medina sehingga medina berusia 2 tahun. Amin, doakan syiera tau.

Cara menggunakan Soy Peptide

Bancuh 1 peket Neotide-S Soy Peptide Powder dengan 120ml air suam sebelum sarapan atau makan malam. Atau boleh dicampurkan dengan minuman yang korang selalu minum. Contoh campurkan dengan minuman oats. Elakkan minum bersama teh ye.
Kami dah cuba. Korang bila lagi? Jom sihat! Sebarang pertanyaan dan tempahan boleh dihubungi di link berikut:

Nombor Whatsapp: 018-9624369
Email: neotidesupplement@gmail.com
Website: https://www.neotidesupplement.com

Surprise Box Daripada Motherhood.com.my

Assalamualaikum dan salam sejahtera lovelies. Syira baru-baru ni terima surprise box daripada Motherhood.com.my. Alhamdulillah ini sebenarnya kali kedua syira menerima review invitation daripada PR yang sama. Terima kasih kerana sudi invited syira. Hehehe
Apa yang syira dapat dalam box ni? Syira terima sample pack Bamboo Nature Diapers, Set sudu, Baby teether dan Deluxe clip fan. Medina paling tak sabar nak unboxing box ni. So syira pun record la video dia unbox. Well good job baby walaupun dia sibum betul nak masuk kotak tu. Sabor jela anak oii.
Tujuan campaign kali ni untuk promote kebaikan Bamboo Nature Diapers. Bamboo Nature Diapers ni organik tau. Sesuai sangat bagi si manja yang mengalami masalah kulit seperti ekzema, alergik dan sebagainya. Jadi korang yang ada baby yang memerlukan diapers khusus seperti Bamboo Nature Diapers ni, mungkin ini yang terbaik untuk anak korang.
Syira dah cuba pakaikan dekat Medina. Memang lembut gila. Macam pakai bantal pun ada. Hehe. Medina pun nampak selesa ja. Maybe boleh jadi wishlist syira for next baby. Eh. Tetiba. Hahahha joking okay.
So korang kalau nak beli diapers ni boleh la dapatkan di details bawah ni. Sayonara!😊😊



Friday, 2 November 2018

Anugerah Skrin 2018


Anugerah Skrin 2018 bakal berlangsung pada malam ini, 2 November 2018 jam 9.00 malam. Siapa kat sini ternanti-nanti Anugerah Skrin setiap tahun? Syira boleh dikatakan tidak terlepas peluang untuk menonton setiap tahun. Acara kemuncak la katakan.
Drama dah tengok jadi mestilah kita nak tau siapa pemenangnya kan? Antara drama yang bertanding bagi Drama Terbaik seperti Aku Nazmi, Qalbu, Cucu Atuk dan banyak lagi. Kalau pilihan syira semestinya drama Qalbu sebab storyline agak mantap. Sedih giler drama ni😣
Tambah yang berlakon pulak pelakon veteran lagi la menambahkan kesyahduan drama ni. Tapi tak tau la kan, drama lain pun best jugak. Ini cuma pilihan syira je. Hehehe okay jom tengok kategori lain pulak.

KATEGORI DRAMA

  1. Drama Terbaik
  2. Pengarah Drama Terbaik
  3. Videografi Drama Terbaik
  4. Lakon TV Terbaik
  5. Penyunting Drama Terbaik
  6. Pelakon Lelaki Terbaik Drama
  7. Pelakon Wanita Terbaik Drama
  8. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama
  9. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama
  10. Drama Komedi Terbaik
  11. Drama Rantaian Terbaik ( Kategori Bahasa Melayu )
  12. Drama Rantaian Terbaik ( Kategori Bahasa Cina ) *Baru
  13. Pelakon Lelaki Terbaik Drama Rantaian ( Melayu/Cina ) *Baru
  14. Pelakon Wanita Terbaik Drama Rantaian ( Melayu/Cina ) *Baru

KATEGORI FILEM

  1. Filem Terbaik Filem
  2. Pengarah Terbaik Filem
  3. Lakon Layar Terbaik Filem
  4. Pelakon Lelaki Terbaik Filem
  5. Pelakon Wanita Terbaik Filem
  6. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem
  7. Pelakon Pembantu Wanita terbaik Filem
 KATEGORI BUKAN DRAM DAN TEKNIKAL
  1. Rancangan Majalah Terbaik
  2. Rancangan Realiti Terbaik
  3. Rancangan Anugerah Terbaik
Apa apa pun malam ni kita saksikan para pemenangnya. Ok la bye.

 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page