Sunday, 13 January 2019

Review: Biosol Prebiotic Feminine Hygience Wash


Assalamualaikum korang!
Hari ni syira nak kongsi dengan korang mengenai produk penjagaan kesihatan miss V korang. Selain daripada penjagaan badan, kita sebagai wanita kena juga menitikberatkan penjagaan kesihatan miss V juga lebih-lebih lagi kalau yang sudah berumah tangga. Jangan sampai suami tegur, malu wei. Hehehe. Cerita punya cerita produk apa ni? Haa.. Biosol Prebiotic Feminine Hygience Wash.
Biosol Prebiotic Feminine Hygience Wash merupakan produk keluaran Neil Armayan. Neil Armayan ini merupakan syarikat perniagaan spa di Thailand dan Korea. Asalkan dengar Korea ja mesti excited syira. Sebab syira tahu produk Korea antara yang terbaik. 

Antara bahan aktif Biosol Prebiotic Feminine Hygience Wash:
1/ Pueraria Mirifica Root Extract
Mampu menghilangkan bau miss V yang tidak menyenangkan, mengetatkan miss V, mencerahkan miss V dan juga membantu kitaran haid.
2/ Prebiotic Inulin
Menghalang daripada pertumbuhan bakteria yang tidak baik. Selain itu memastikan kulit sentiasa sekata dan balance gitu.
3/ Hydroxypropyltrimonium Honey
Dengan adanya Hydroxypropyltrimonium Honey, ia mampu melembapkan miss V. Tidak la rasa kering ja kan.

9 kebaikan Biosol Prebiotic Feminine Hygience Wash yang korang perlu tahu:
1/ Melenyapkan masalah kekeringan vagina
2/ Menegangkan @ mengetatkan otot yang kendur
3/ Mengekalkan pH optimum untuk vagina
4/ Meningkatkan kesihatan dan menyamankan kulit
5/ Merangsang pembiakan bakteria yang berfaedah dalam lapisan kulit dalaman
6/ Mengandungi ciri anti-penuaan dan menukar sel kulit yang lesu
7/ Mengetat dan menegangkan otot vagina, mengembalikan tona dan tekstur
8/ Menyediakan nutrien penting yang diperlukan untuk melembap dan menghidrat kulit
9/ Menggalakkan pertumbuhan semula epidermis untuk memperbaiki, melembut dan memulihkan kulit

Testimoni Syira
Syira sudah seminggu guna Biosol Prebiotic Feminine Hygience Wash ni. Kebetulan syira datang bulan masa review ni. Jadi sangat diperlukan la pembersih wanita. Supaya kekal segar. Tekstur Biosol Prebiotic Feminine Hygience Wash ni sedikit pekat. Jadi syira gunakan sedikit je. Bau Biosol Prebiotic Feminine Hygience Wash sangat wangi bagi syira. Sesuai sangat untuk hilangkan bau yang tak menyenangkan. Sepanjang syira gunakan Biosol Prebiotic Feminine Hygience Wash, masalah keputihan selepas datang bulan berkurangan. Yeay suka sangat.
Untuk tempahan dan maklumat lanjut:
Facebook: Neil Armayan
Instagram: @n.armayanig

Tuesday, 8 January 2019

Kulit Si Manja Sensitif? Cubalah Chomel Baby


Assalamualaikum
Penjagaan kulit si manja sememangnya penting. Syira excited sangat nak kongsi dengan korang mengenai produk Chomel Baby. Sebelum ini, syira pernah mencuba rangkaian produk Chomel Baby iaitu Foaming Hand Wash dan Hand Sanitizer. Syira paling suka guna Hand Sanizer Chomel Baby. Untuk info lanjut korang boleh klik sini sekiranya berminat untuk mengetahui dengan lebih jelas. Untuk kali ni, syira nak share dengan korang rangkaian produk Chomel Baby iaitu Head to Toe Wash, Baby Wipes dan juga Baby Daily Lotion. Meh syira cerita satu-satu.

Head to Toe Wash
Chomel Baby Head to Toe Wash diformulasikan daripada tumbuh-tumbuhan di mana bebas sabun dan mempunyai pH balanced yang membantu membersih tanpa kekeringan yang berlebihan. Selain itu, Head to Toe Wash juga tiada sintetik dan bahan yang digunakan terdiri daripada benih rami (flaxseed), rosehip, kelapa dan minyak Manoi Tiare yang memberikan kelembapan kepada kulit si manja.
Head to Toe Wash juga diperkaya dengan vitamin C dan E bagi membantu kulit si manja lebih sihat dan lembut sentiasa. Syira suka sangat Head to Toe Wash sebab tear free! Tak memedihkan mata Medina bila mandi. Head to Toe Wash ini juga sesuai bagi bayi baru lahir dan bayi berkulit sensitif.

Harga Chomel Baby Head to Toe Wash: RM34.90

Baby Wipes
Comel gila packaging Chomel Baby Wipes ni. Hehe ibu Medina pulak yang teruja. Macam Head to Toe Wash, bahan yang digunakan juga sama. Sememangnya syira yakin 100% selamat digunakan untuk Medina. Apa yang syira suka pasal Baby Wipes ni sebab ultra tebal dan tahan lama.
Baby Wipes ini juga melembapkan kulit bayi dan lembut sesuai untuk bayi berkulit sensitif. Baby Wipes ini boleh digunakan untuk newborn baby, jari yang kotor, permainan bayi, sebelum dan selepas makan dan sebagainya. Syira suka bawa Baby Wipes kalau travel. Senang nak guna contoh lepas Medina makan.

Harga Chomel Baby Wipes: RM6.90

Baby Daily Lotion
Selain itu, syira juga mencuba Chomel Baby Baby Daily Lotion. Ya ampun, wangi betul losyen ni. Serius mummy, syira tak tipu okay. Tekstur Baby Daily Lotion ini juga sangat ringan dan mudah meresap ke dalam kulit si manja korang. Bila sapu dekat Medina, kulit Medina lebih lembut dan lembap sentiasa.
Sesuai sangat untul bayi baru lahir dan bayi berkulit sensitif. Syira sapu dekat Medina selepas mandi agar kulit Medina kekal lembap. Bukan setakat Medina je guna, ibu dia pun nak tumpang sekaki juga. Haha Baby Daily Lotion ini tidak mempunyai minyak mineral dan silikon yang boleh mengakibatkan iritasi, ruam dan kemerahan pada kulit. Wah bagus kan.

Harga Chomel Baby Baby Daily Lotion: RM34.90

Untuk maklumat lanjut dan tempahan:
Facebook: Chomel
Instagram: @chomel_baby_


Sunday, 6 January 2019

Fasa Tantrum Medina

Assalamualaikum
Tantrum ni keadaan yang biasa bagi anak. Bagi syira, umur 1-3 tahun ni memang fasa anak tantrum. Anak selalu jadi hyper dan boleh mengamuk tak tentu pasal. How did you guys handle anak yang tantrum? Syira kadang pening jugak bila Medina start mengamuk tiba-tiba😐
Pernah jugak rasa macam malas nak keluar mana-mana bila mengenangkan Medina mengamuk kalau dia tak dapat apa yang dia nak. Serius weh. Tipu la kalau tak rasa macam tu. Sebab kadang kita terlalu fikirkan apa orang nak cakap pasal diri kita. Kan?
Normally, syira akan cari trigger point. Apa punca Medina mengamuk. Antara punca dia kadang Medina mengantuk, bosan, tak sihat dan sebagainya. Ada masa Medina bosan duduk dalam stroller. Dia nak bebas berjalan. Pernah lepas berjalan dalam Nagoya, Medina tertolak gulungan kain wakkk😭
Bila satu yang jatuh makanya bergulung2 lagi yang jatuh. Tak pasal2 ayah jadi pekerja part time masa tu angkat gulungan kain yang jatuh😅 Nasib la staff semua okay. Entah okay ke buat-buat okay kan hahahaha. Medina medina nasib tak viral ibu. Kalau idok depa cakap ibu tak jaga anak😂 Well it was an accident. Syira pun dah minta maaf and tak bagi staff tolong angkat sebab anak yang salah.
Halo pulis.. ada bayi kena buang. Bayi lagi ke hehe😅😅
Salah satu cara bila Medina tantrum, syira alihkan perhatian dia dengan something. Contohnya buka tv. Hehe Medina ni kalau mengamuk sekejap ja. Tak pernah lagi la lama-lama. Syira tak ajar Medina main hp sebab takmau dia terlalu bergantung dengan hp. So far alhamdulillah la, Medina tak minta hp walaupun dekat rumah cousin dia selalu main hp.
Other than that, syira selalu akan ignore je itupun lepas tanya tapi tak tau punca. Yes its work for me. Medina diam sendiri lepas tu. Tapi kalau ikut orang tua dulu, depa cukup pantang weh biar anak nangis. I believe that it is the way on how they express their feelings. Yelakan sebab Medina nak bagitau pun tak berapa pandai lagi.
Speaking bahasa jerman lagi mana la ibu nak faham😂😂 Sorang melayu, sorang jerman. Ada la a few words yang syira faham like "num"(minum), "kan"(makan), "nek"(naik) etc. Paling lancar yang dia sebut ayam, ayaq(air dalam loghat kedah😅), ayah, ibu dan sebagainya. Bolehlah daripada takdak langsung. Kalau dia taktau sebut benda tu, dia akan tunjuk.
"Ok ibu, Medina janji tak tantrum lagi"
So mummies, share lah sikit macam mana nak handle anak tantrum ni. Kot2 la berguna untuk syira. Yang paling penting kena bawa bersabar. Tapi kadang syira jadi singa jugak hahaahaha ada hari nak marah, marah jugak. Lepastu menyesal😝 Ok la bye.

Saturday, 5 January 2019

Giveaway SemakanOnline.com Di Mialiana.com


Pembayaran Bantuan Sara Hidup 2019 atau BSH 2019 fasa pertama akan dibuat pada 28 Januari nanti. Bantuan tersebut dijangka memanfaatkan lebih 4.1 juta penerima di seluruh Malaysia. Terdapat lima jenis kategori bantuan untuk pembayaran BSH kali ini. (rujuk gambar di bawah)


Pembayaran pertama akan dibuat sebanyak RM300 untuk setiap isi rumah. Baki bayaran BSH yang akan disalurkan pada fasa kedua dan ketiga akan menggunakan kaedah baharu seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2019. Urusan kemaskini BSH 2019 akan dibuka semula dalam tempoh terdekat. Setiap penerima wajib kemaskini permohonan masing-masing sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 3 tahun. 

Untuk maklumat lanjut layari portal Bantuan Sara Hidup di https://bsh.hasil.gov.my



Giveaway ini dianjurkan oleh SemakanOnline.com dengan kerjasama Mialiana.com. Hadiah wang tunai sebanyak RM350 untuk dimenangi. Sila klik SINI untuk join.

Read more: http://www.mialiana.com/2019/01/giveaway-semakanonlinecom-di-mialianacom.html#ixzz5bisTEBz2

Tuesday, 1 January 2019

Selamat Datang 2019!

Assalamualaikum dan selamat malam korang! Sedar tak sedar kita dah melangkah ke tahun baru. Sekejap ja kan dah setahun. Pejam celik genap setahun. Well, i hope its not too late for me to wish you all, happy new year!
Untuk tahun 2019, syira tak banyak azam baru. Cuma syira berhasrat untuk jalani kehidupan yang lebih sihat. Yelakan usia dah makin meningkat ni, kena la jaga kesihatan diri kan. Maybe eat clean sikit hehe jangan hangat-hangat tahik ayam sudah la. Nak cuba kurang minum air manis. Last year, syira dah kurang minum air bikarbonat. Satu achievement dicapai.
Selain daripada tu, syira harapkan rezeki melimpah ruah pada tahun ni. Amin. Korang aminkan sekali. Tahun lepas, alhamdulillah banyak jugak job review yang syira terima. Mostly rezeki anak. Betullah anak ni pembawa rezeki kan.
Korang pulak ada azam baru ke tak? Syira dah tak azam nak kurus hahahaha. Maybe kurangkan a few kilos maybe. Tahun 2017 syira dah berjaya kurangkan 20kg. Cuma slow down balik masa 2018 sebab syira menyusu. So susah sikit nak cut meal. Menyusu cepat lapaq wehhh. Sumpah tak tipu. Since Medina dah nak almost 2 tahun ni, maybe dah boleh cut sikit portion makan dan diet sikit. Gituuu. K la, bye. Selamat malam nohhh.
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page