Sunday, 6 January 2019

Fasa Tantrum Medina

Assalamualaikum
Tantrum ni keadaan yang biasa bagi anak. Bagi syira, umur 1-3 tahun ni memang fasa anak tantrum. Anak selalu jadi hyper dan boleh mengamuk tak tentu pasal. How did you guys handle anak yang tantrum? Syira kadang pening jugak bila Medina start mengamuk tiba-tiba😐
Pernah jugak rasa macam malas nak keluar mana-mana bila mengenangkan Medina mengamuk kalau dia tak dapat apa yang dia nak. Serius weh. Tipu la kalau tak rasa macam tu. Sebab kadang kita terlalu fikirkan apa orang nak cakap pasal diri kita. Kan?
Normally, syira akan cari trigger point. Apa punca Medina mengamuk. Antara punca dia kadang Medina mengantuk, bosan, tak sihat dan sebagainya. Ada masa Medina bosan duduk dalam stroller. Dia nak bebas berjalan. Pernah lepas berjalan dalam Nagoya, Medina tertolak gulungan kain wakkk😭
Bila satu yang jatuh makanya bergulung2 lagi yang jatuh. Tak pasal2 ayah jadi pekerja part time masa tu angkat gulungan kain yang jatuh😅 Nasib la staff semua okay. Entah okay ke buat-buat okay kan hahahaha. Medina medina nasib tak viral ibu. Kalau idok depa cakap ibu tak jaga anak😂 Well it was an accident. Syira pun dah minta maaf and tak bagi staff tolong angkat sebab anak yang salah.
Halo pulis.. ada bayi kena buang. Bayi lagi ke hehe😅😅
Salah satu cara bila Medina tantrum, syira alihkan perhatian dia dengan something. Contohnya buka tv. Hehe Medina ni kalau mengamuk sekejap ja. Tak pernah lagi la lama-lama. Syira tak ajar Medina main hp sebab takmau dia terlalu bergantung dengan hp. So far alhamdulillah la, Medina tak minta hp walaupun dekat rumah cousin dia selalu main hp.
Other than that, syira selalu akan ignore je itupun lepas tanya tapi tak tau punca. Yes its work for me. Medina diam sendiri lepas tu. Tapi kalau ikut orang tua dulu, depa cukup pantang weh biar anak nangis. I believe that it is the way on how they express their feelings. Yelakan sebab Medina nak bagitau pun tak berapa pandai lagi.
Speaking bahasa jerman lagi mana la ibu nak faham😂😂 Sorang melayu, sorang jerman. Ada la a few words yang syira faham like "num"(minum), "kan"(makan), "nek"(naik) etc. Paling lancar yang dia sebut ayam, ayaq(air dalam loghat kedah😅), ayah, ibu dan sebagainya. Bolehlah daripada takdak langsung. Kalau dia taktau sebut benda tu, dia akan tunjuk.
"Ok ibu, Medina janji tak tantrum lagi"
So mummies, share lah sikit macam mana nak handle anak tantrum ni. Kot2 la berguna untuk syira. Yang paling penting kena bawa bersabar. Tapi kadang syira jadi singa jugak hahaahaha ada hari nak marah, marah jugak. Lepastu menyesal😝 Ok la bye.

1 comment:

  1. hihi cabaran tapi tu manisnya pengalaman membesarkan anak2 kan.. kejap je tu nanti da besar sikit lagi geng la dengan mummy dia =D

    ReplyDelete