Tuesday, 1 January 2019

Selamat Datang 2019!

Assalamualaikum dan selamat malam korang! Sedar tak sedar kita dah melangkah ke tahun baru. Sekejap ja kan dah setahun. Pejam celik genap setahun. Well, i hope its not too late for me to wish you all, happy new year!
Untuk tahun 2019, syira tak banyak azam baru. Cuma syira berhasrat untuk jalani kehidupan yang lebih sihat. Yelakan usia dah makin meningkat ni, kena la jaga kesihatan diri kan. Maybe eat clean sikit hehe jangan hangat-hangat tahik ayam sudah la. Nak cuba kurang minum air manis. Last year, syira dah kurang minum air bikarbonat. Satu achievement dicapai.
Selain daripada tu, syira harapkan rezeki melimpah ruah pada tahun ni. Amin. Korang aminkan sekali. Tahun lepas, alhamdulillah banyak jugak job review yang syira terima. Mostly rezeki anak. Betullah anak ni pembawa rezeki kan.
Korang pulak ada azam baru ke tak? Syira dah tak azam nak kurus hahahaha. Maybe kurangkan a few kilos maybe. Tahun 2017 syira dah berjaya kurangkan 20kg. Cuma slow down balik masa 2018 sebab syira menyusu. So susah sikit nak cut meal. Menyusu cepat lapaq wehhh. Sumpah tak tipu. Since Medina dah nak almost 2 tahun ni, maybe dah boleh cut sikit portion makan dan diet sikit. Gituuu. K la, bye. Selamat malam nohhh.

4 comments:

  1. selamat tahun baru syiera! rindu kot kat hangggg.. terima kasih sebab banyak ajar aku pas dunia blog ni.. semoga kita kosisten update blog yer!

    ReplyDelete
  2. Hi menarik content. lets blogwalking and click ads. done follow u, follow me back http://acuyuhan.blogspot.com/ .thanks

    ReplyDelete
  3. Happy new year . Moga azam tahu baru akan tercapai

    ReplyDelete
  4. salam tahun baru 2019. semoga dimurahkan rezeki sihat sentiasa dan happy2 selalu =)

    ReplyDelete

 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page